Monday, 23 February 2015

Resepi Homemade Chicken Nuggets


As salammualaikum wbt.. :)

Nuggets Homemade. Healthy. 
Puas hati! ;)

Walaupun rupanya tak cantik, tapi rasanya sedap! My dear daughters, Aleesya dan Aneesa pun setuju..hihih.

Dan yang penting, tiada pengawet, perasa atau pewarna tiruan. Aleesya ada sikit alergik dengan processed food, kalau makan banyak sangat, mulalah naik ruam gatal-gatal kat leher.

Resepi Chicken Nuggets by #zaimahbakar
(Hidangan 15 ketul comel-comel)

1 isi whole leg chicken atau chicken breast
3 sudu besar oats
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang besar
2 ulas garlic
mix herbs
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1) bersihkan ayam, buang tulang, kulit dan urat muscle kalau ada. Then, blend..ketepikan masuk dalam bowl.
2) blend bawang besar, garlic dan telur. jangan masukkan air ye, nanti adunan lembik susah nak bentuk jadi nugget.
3) campurkan bahan yg blend dengan isi ayam kisar, oats, tepung, mix herbs, garam n gula. uli sebatikan.
4) bentukkam jadi nugget, golekkan dengan oats. (kalau ada breadcrumbs pun best. boleh search resepi breadcrumbs homemade dalam blog saya juga).
5) goreng dan hidang!

Kalau rasa banyak sangat nak goreng perhabiskan semua, boleh la simpan frozenkan. Bila nak makan baru goreng, senang! :)

Saya dah buat beberapa kali. Masa mula-mula buat tu kan, Aleesya makan seketul je pastu cakap, "dah mummy!"
Saya pun terkejut la kan..Sebab dia suka sangat, kenapa makan satu je. Lepas tu, saya  pun tanya la..

"Kenapa Aleesya tak nak lagi, tak sedap eh..."

"Sedap sangat...tapi, nanti kalau Aleesya makan banyak.....Alergik!", Aleesya jawab.

"Laa...it's ok. Yang ni mummy buat sendiri. Takde ALERGIK and healthy. Aleesya boleh makan banyak-banyak!"

Barulahhh dia makan dengan semangatnya.
Tapi bila dah tinggal seketul dalam pinggan, yang kat tangan tu dia pegang gigit sikit-sikit.
Tanya kenapa lagi, dah full ke?
Rupanya....

"Aleesya sayang nugget ni. Nanti kalau Aleesya makan cepat-cepat, habis!"

"Ya Allah..takpe, habiskan je. Nanti habis mummy buat banyakkk lagi ok sayang...."

Ok, selamat mencuba! :)
Saya buat banyak dan frozenkan. Yang ni bulat-bulat, cucuk kat lidi satay.
Bawakkan bekal Aleesya Aneesa ke sekolah. :)

Yang ni terOVERcooked.
Legam hitam sikit..ampunnn ye. ;P

2 comments on "Resepi Homemade Chicken Nuggets"

Ferra Leza on 20 January 2016 at 12:56 said...

oat yg utk campur dlm mixture ayam tu blh kan kalu dikisar dulu?

Mommy_ima on 23 January 2016 at 17:10 said...

@Ferra Leza, Saya adun masuk2 tu je. sebab oats tu dah kecik2 kan. Kalau nak kisar sekali dengan ayam boleh kot pakai food processor. Tp kalau pakai blender biasa tu, mcm tak boleh jalan sebab 'kering' texturenya utk blend. If letak air masa blend, takut adunan terlembik pulak nak bentuk nnt. (^_^')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men