Monday 28 September 2015

Boat Noodles

As salammualaikum wbt.. :)

Hujung minggu yang lepas, ber'cuti' di wad kanak-kanak. Aneesa demam, plus alergik. Sebelum demam tu, we have a great family time. Outing dengan ummi (my mil) dan my abg ipar join sekali. Lepas settlekan beberapa urusan, kami terjah untuk merasa makanan restoren boat noodle yang tengah hot sekarang ni kan. Dah rasa boleh la buat review, ye tak? Haha.. Review la sangat. :p

Lokasi boat noodles yang kami pergi ialah di Empire Damansara. Konon pergi sini tak ramai orang la kan, sebab bukan shopping centre. Tapi tapi.. Erk..

Ok, at the first sight.. "Alahai..ramainya orang beratur luar kedai tunggu turn nak dapat table seat. Restoren kecik pulak tu.. Malasnya nak tunggu lama-lama".

Tapi..dah datang jauh-jauh, takkan la tak merasa kan. Gigih my abg ipar n kakak ipar beratur. ;)

Dah dapat meja, tak tau nak order apa pulak kan. Ada beberapa flavour untuk noodle. Dalam menu dicadangkan ambil 4 bowl for 1 person? Serius ke 4 mangkuk untuk seorang boleh habis...?!
Haaaa.. Tu la, mee dalam mangkuk tu, secoet je tau. 2-3 slurppp dah yileeek.. Haha.. Psyco betul, memang makan 1 mangkuk tak cukup, dah la sedappppp yg hamattt. :) :) :)

Kalau korang perasan, makan kat boat noodles mangkuk tersusun sampai bertingkat. Tu lah sebabnya. Memang tak cukup 1 ohoii. Saya pun bantai makan 5-6 magkuk.. Gulp! Ohmai..Banyaknya...

Rasa mee seco-et n kuahnya memang ok kena dengan tekak kitorang. Nampak hidangan simple je, ada rice noodles, pastu kuah special sikit, pastu daun sup daun bawang sikit, pastu ayam/fish/beef ball seketul dalam satu mangkuk tu. Hangin tak dia bagi tu je? Kahkah.. Sebab tu jangan order 1 mangkuk je, lagipun 1 mangkuk baru rm1.90 je. ;)

Side dishes, ada banyak.. Antara kami ambil, chicken wing comels2, kangkung goreng tepung, salad buah-buah, satay ball apa ntah namanya. Semua memang sedap-sedap. Gravy buat cecah kangkung rangup tu memang marvelous! Sos satay tu pun sedap just nice. 

Air pula, yang nampak special macam green tea dan red tea. Dalam gelas panjang. Sedap.. Tak tau la apa yang tak sedap kat sini..hohoho. :p

Tak banyak snap gambar, sebab syok sangat santap makanan sedap. Lain kali teringin pergi lagi in shaa Allah. ;) cari lokasi lain pula. :p
Sebelum makanan sampai, bagi 'makan' anak kecil dulu. Breastfeeding dimana jua.. ;)


Wednesday 9 September 2015

Brownies tanpa Oven

As salammualaikum wbt. & salam sejahtera.. :)

Tekak memang dah teringin lama nak makan kek lah..brownies lah. Nak beli, macam mahal sangat, tak puas makan secoet je dapat. Nak buat, mood ke laut sebab oven dah rosak...tskk..tsk.. :'(

Takpe..takpe, jangan susah hati. Selalu buat cake/ brownies in the mug. Masakkan dalam microwave je. Atau buat kek choc moist yang kukus. 

Resepi brownies in the mug, saya selalu pakai yang ni: 

Kalau kek choc moist, google je resepi sukatan cawan. Berlambak kawan2 yang dah share. :)

Tapi tekak teringin yg amat nak makan brownies. Nak beli brownies tersedap yang pernah dimakan kat butik mj, takde stok. Makanya, gigih nak buat juga walau tak sesedap rasanya. 

Tadaaa...!


Hoih.. Kata takde oven, camne buat? :p

Saya pakai kuali pemanggang ajaib tu je. Paksa rela, redha je walau suhu tak sekata. Asal boleh ngap! ;)

Tapi alas dengan baking paper juga lah. Sebab supaya senang keluarkan dan tak hangus direct kena kuali. Hewhew..


Ok sangat ni bagi saya. Kalau ada oven, mesti boleh terhasil brownies dengan lebih cemerlang.. Muhahahaha. (Cc: my hubby. *ada peruntukkan tak oven baru? Erk... :p)

Saya guna resepi dari website onelovelylife.com.


5.0 from 3 reviews
Fudgy Homemade Brownies
 
Ingredients
  • 1⅓c semi-sweet chocolate chips (use best quality-Guittard or Ghiradelli)
  • 5 Tbsp butter
  • 1tsp vanilla
  • 2 eggs
  • ¾c sugar
  • ¼tsp salt
  • 3 Tbsp baking cocoa
  • ⅓c flour
Instructions
  1. In a double boiler, melt chocolate chips and butter together. Stir in vanilla and set aside to cool.
  2. In a medium bowl, whisk together eggs and sugar until light yellow and in the ribbon stage (you know you've reached this when you can lift up your whisk and the egg mixture drip down in a steady ribbon rather than in gloopy clumps). Stir in salt and cocoa and mix well to combine.
  3. Stir chocolate mixture into egg mixture and combine well. Sift over flour and fold in until just mixed. Do not overmix, or you will have tough, dry brownies and I will cry for you.
  4. Pour into a sprayed 8 x 8" baking pan and bake at 350 degrees for 20-25 minutes.
Notes
*The brownies may not pass the toothpick test (where it comes out clean), but they will continue to set as they cool. Allow to cool before serving.  

Selamat mencuba! ;)

P/s: selepas semalaman tinggal sepotong dua brownies bski yang tinggal, ohmaiiii....lagi sedap sebab bertambah moist dia jadinya. Nak buat lagi lah! :) :)

Tuesday 8 September 2015

Berderet dengan Daddy...

As salammualaikum wbt. & selamat sejahtera.. :)

Di Melaka sekarang jerebu agak teruk. Cuaca macam ni tak berapa baik untuk kesihatan. Semangat nak walk n jog (sebab dah dapat sport shoes baru..hew..hew.. :p tq hubby!).. Aktiviti luar terpaksa tangguhkan dulu. 

Jadi, aktiviti dalam bangunan je kita buat. Contohnya window shopping..heheh. Nak cuci mata ke ikea, jauh sangat. Kat melaka ni berapa kerat je la yang ada. Takpe, kita terjah juga sebab susah nak cari waktu free my hubby sekarang. Some of the weekends je yang free. 

Bila daddy tak work, semua anak-anak memang hurung daddy je. Mommy dah lupakan sekejap (Alham je yang ingat mommy bila nak susu..tskkk..tsk.. Nasib baik ingat juga. :p)

See.. Mommy kena tinggal jalan belakang. :')
Dari kiri: Aleesya, Daddy, Alham, Aneesa. 

Dah besar anak-anak mommy. Bahagia tengok mereka berempat ni depan mata. Alhamdulillah.. Ya Allah, lindungilah keluarga kami..berikanlah kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Aameeen...

Love,
Mommy ima..~ ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...