Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Friday, 1 December 2017

Brunch at Eat & Repeat Melaka

As salammualaikum wbt... :)

After a hectic week! Mommy really need relax, refresh, recharged. Hopefully dapat plan for holiday with family soon.hehe..

Bila dah sibuk-sibuk, dapat spend masa makan luar dengan family pun rasa nikmat. So, this time daddy treat us with brunch dekat Eat & Repeat Melaka.
Brunch.. Breakfast + Lunch. Baru start cuti sekolah, jadi curi-curi masa untuk start lambat berpagi-pagian.hehe.. Happiness is, not having to set alarm for the next day..hehe. Tapi alarm subuh tu wajib la kan.. ;p

Our first time at Eat & Repeat, jadi kita try sort of the menu.
Lontong, nasi goreng cina, nasi rendang ayam, nasi daging cincang (tak ada dalam gambar), mee kari, ayam tandoori, sagu gula melaka, pulut mangga, teh o ais, sirap, cendol.
Menu yang kami try ni, ada yang sangat menepati citarasa kami. Lontong, mee kari, rendang..sedap. Just perfect taste, cukup rasa. Memang lemak-lemak manis.
Pulut mangga dan sagu gula melaka...superb! :) the best!
Ayam tandoori, simple yang lazat betul. Gurihhh..
Ok, nasi goreng and cendol its so-so for us. Tapi nasi goreng tu anak-anak suka la..macam rasa ala-ala nasi kfc pun ada. ;)
Ada banyak menu lain, so memang harusss repeat datang lagi. :D

Aneesa take order. Alhamdulillah, Aneesa sangat lancar membaca. Jadi dia sebut satu-satu dan ambil order kami untuk tick dalam form order tu.
Sebenarnya, Aneesa ada tertick kat tempat ayam tandoori. Kami tak nak order, tapi sebab dah tertulis situ, bila sampai makanan kami makan je. End up siap tambah order ayam tandoori lagi sebab sedap, anak-anak semua suka.hehehe..

Thanks enrm for having us!

Sesuai dengan nama kedai. Eat pastu kita repeat eat lagi..hahaha. 
Mommy suka. Satu bowl memang cukup untuk kanak-kanak. Jadi tak ada pembaziran makanan yang tak habis, atau macam biasa mommy terpaksa habiskan.hehehe..
Untuk yang diet portion makanan pun sesuai, sebab tak banyak, tapi tetap kenyang. ;) ni lagi mommy suka. 
Then, peluang dapat rasa banyak jenis makanan. ;D lagiiii mommy suka!
Satu bowl hanya RM1.90 je you all!

Nice place. Nice food. Bowl pun so far tak ada yang sumbing. Some people concern about it too. ;)

Licin.. ;D

Thanks daddy sebab bawa mommy and kids makan dekat sini. 

You all boleh try ke Eat & Repeat Melaka. Details location and menu, boleh check FB mereka. 

In shaa Allah kita datang lagi. Tahniah pada enrm!

Love,
Mommy_ima~

Thursday, 22 October 2015

Melantak Steak Hub!



As salammualaikum wbt.. :)

Semua jenis makanan saya makan. Masakan melayu, western, cina, thai, india, arab, jepun, atau apa-apa je lah..in shaa Allah saya telan je takde masalah. 

Steak? Sebelum ni tak pernah!

Kalau western, saya pernah makan yang biasa-biasa macam chicken chop/grill, fish grill, fish n chips, spagetti/pasta.. Ala..boleh kata yang biasa-biasa dan mampu saya milik je la.hahaa. Si sudut hati, teringin juga nak try makan steak..steak yang medium well cooked ala-ala omputeh gitu. 
Macam ni..Very juicy steak...

Korang pernah dengar Me'nate Steak Hub? Yang tambah famous jap sebab Azwan Ali tu. Oops..hehe..
Kat Melaka ni ada steak hub juga tau.
Melantak Steak Hub. Boleh dikira macam anak didik Me'nate juga.

First trial nak survey (survey dulu..kalau mahal sangat, next time sebelum datang nak kena withdraw dulu..haha. )
Datang untuk supper je. Sebab anak-anak tiba-tiba lapar lepas jalan shopping. Erk! Semua kedai banyak tutup kan. Nak drive thru mcd memang takkkkk la. Insaf dah. In shaa Allah. 


Untuk supper, kami order:
- 2 x hot drink (boleh refill, pilihan ada banyak.. Cappucino, milo, soya, mocha, dan banyak lagi. Air sedappp ada ummmph!)
- set mushroom soup + garlic bread.
- extra 1 bowl mushroom soup.
- fries (panas-panas sedap.. Kentang ori potong gedabak besar. Crunchy diluar, lembut di dalam)
Total rm19. Pada saya sangat berbaloi. Kalau fast food pun makan remeh-remeh je, lebih kurang camni. Kadang lebih lagi..urgh..


Second time kami pergi waktu dinner. Yeay! My hubby ajak lagi.. Nak bagi saya try steak.

Steak! yeayyyy..

Tengokkk.. Selera tak? Saya ambil kecil je, bahagian stirloin. Waitress suggest ambil ni jangan tebal-tebal untuk beginner macam saya.. Dia cadangkan try medium well cooked. 75% masak, masih juicy. Kalau agak-agak tak boleh telan, bagitahu dia. They all akan masakkan lagi bagi masak terus.

Harga steak?
rm37.80 sahaja..ada lagi yang lebih mahal ohoi..ikut besar and bahagian mana dagingnya.
Ada gaya tak? Mak jemah dari kampong baru first time merasa steak tau! haha..

My hubby's plate.. Chicken chop grill. Sedap! :)


Anak-anak happy je..makanan yang diorang suka, laju je makan.
Tengok saiz fries yang Alham pegang..beza tak dengan yang biasa? :)
Steak sangat lembut senang nak potong.
Rasa yang sedap, tapi first time makan daging yang masih ada merah-merah, kekok rasanya..hihih.. :p


Total?
Sangat berbaloi...kenyang tahap taknak makan daging seminggu..haha. :p


Will come again..in shaa Allah.
Kalau nak pergi, kena awal-awal. If lambat.....penuh table. ;)

Monday, 28 September 2015

Boat Noodles

As salammualaikum wbt.. :)

Hujung minggu yang lepas, ber'cuti' di wad kanak-kanak. Aneesa demam, plus alergik. Sebelum demam tu, we have a great family time. Outing dengan ummi (my mil) dan my abg ipar join sekali. Lepas settlekan beberapa urusan, kami terjah untuk merasa makanan restoren boat noodle yang tengah hot sekarang ni kan. Dah rasa boleh la buat review, ye tak? Haha.. Review la sangat. :p

Lokasi boat noodles yang kami pergi ialah di Empire Damansara. Konon pergi sini tak ramai orang la kan, sebab bukan shopping centre. Tapi tapi.. Erk..

Ok, at the first sight.. "Alahai..ramainya orang beratur luar kedai tunggu turn nak dapat table seat. Restoren kecik pulak tu.. Malasnya nak tunggu lama-lama".

Tapi..dah datang jauh-jauh, takkan la tak merasa kan. Gigih my abg ipar n kakak ipar beratur. ;)

Dah dapat meja, tak tau nak order apa pulak kan. Ada beberapa flavour untuk noodle. Dalam menu dicadangkan ambil 4 bowl for 1 person? Serius ke 4 mangkuk untuk seorang boleh habis...?!
Haaaa.. Tu la, mee dalam mangkuk tu, secoet je tau. 2-3 slurppp dah yileeek.. Haha.. Psyco betul, memang makan 1 mangkuk tak cukup, dah la sedappppp yg hamattt. :) :) :)

Kalau korang perasan, makan kat boat noodles mangkuk tersusun sampai bertingkat. Tu lah sebabnya. Memang tak cukup 1 ohoii. Saya pun bantai makan 5-6 magkuk.. Gulp! Ohmai..Banyaknya...

Rasa mee seco-et n kuahnya memang ok kena dengan tekak kitorang. Nampak hidangan simple je, ada rice noodles, pastu kuah special sikit, pastu daun sup daun bawang sikit, pastu ayam/fish/beef ball seketul dalam satu mangkuk tu. Hangin tak dia bagi tu je? Kahkah.. Sebab tu jangan order 1 mangkuk je, lagipun 1 mangkuk baru rm1.90 je. ;)

Side dishes, ada banyak.. Antara kami ambil, chicken wing comels2, kangkung goreng tepung, salad buah-buah, satay ball apa ntah namanya. Semua memang sedap-sedap. Gravy buat cecah kangkung rangup tu memang marvelous! Sos satay tu pun sedap just nice. 

Air pula, yang nampak special macam green tea dan red tea. Dalam gelas panjang. Sedap.. Tak tau la apa yang tak sedap kat sini..hohoho. :p

Tak banyak snap gambar, sebab syok sangat santap makanan sedap. Lain kali teringin pergi lagi in shaa Allah. ;) cari lokasi lain pula. :p
Sebelum makanan sampai, bagi 'makan' anak kecil dulu. Breastfeeding dimana jua.. ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...