Friday 30 October 2015

Alhamdulillah.. habis final exam anak-anak

As salammualaikum wbt.. :)

Anak-anak yang exam, mommy yang stress.. hehe. betul tau... Aleesya dan Aneesa habis je exam hari ni, tiba-tiba mommy yang excited rasa merdeka.. :p

Post yang lepas, saya tertanya-tanya macam mana la kalau budak 4 tahun exam kan.
Ni haa contohnya dalam video ni. Saya dah upload sini, video kiriman cikgu. :) tq cikgu..



Soalan lisan dan bertulis. Sorang seorang diuji. Nak pastikan anak-anak didik kenal dan faham. Bagus teknik ni untuk kanak-kanak yang kecil lagi. Bukan atas kertas semata. :)

Sebelum result keluar, anak-anak dah listkan nak hadiah apa..,. ohh..wahai anak! :p
In shaa Allah akan diusahakan. Reward anak-anak yang dah berusaha. :)

Kalau korang perasan, Aneesa tulis nombor 2 tu ada yang terbalik. Yes... Aneesa buat masa ni ada masalah macam tu. Pakai kasut selalu terbalik, baca buku terbalik, dan lain-lain. Kira minor dileksia. Apa tu dileksia? Nanti in shaa Allah saya terangkan kemudian. Dulu Aleesya pun macam tu. Tapi atas latihan tertentu, in shaa Allah pulih seperti biasa..
Anak korang ada yang macam ni tak? Jom jemput share pengalaman n story... ;)

Monday 26 October 2015

Exam untuk 4 tahun, soalan macam mana?

As salammualaikum wbt.. :)

Tiba-tiba adik Aneesa pun ada exam esok. Apa nak study ni dik??haha..main je selalu kan..exam subjek tentang main2 mmy rasa kot. buat latihan pun kalut-kalut je dik oii.. #AneesaEryna #4y2m


Latihan apa nak buat untuk subjek bm bi matematik jawi ni.. Soalan latihan kakak Aleesya pun mommy tak siapkan sepenuhnya lagi.. :')


Peperiksaan Akhir 6 tahun

As salammualaikum wbt.. :)

Hari ni Aleesya start final exam. Doakan semoga Nur AleesyaElvira dipermudahkan menjawab soalan-soalan dengan tenang dan cemerlang, in shaa Allah.. Aameeen. 

Semoga semua anak-anak syurga ini juga berjaya dunia akhirat. Berusaha semua! 💪 :)

Thursday 22 October 2015

Melantak Steak Hub!



As salammualaikum wbt.. :)

Semua jenis makanan saya makan. Masakan melayu, western, cina, thai, india, arab, jepun, atau apa-apa je lah..in shaa Allah saya telan je takde masalah. 

Steak? Sebelum ni tak pernah!

Kalau western, saya pernah makan yang biasa-biasa macam chicken chop/grill, fish grill, fish n chips, spagetti/pasta.. Ala..boleh kata yang biasa-biasa dan mampu saya milik je la.hahaa. Si sudut hati, teringin juga nak try makan steak..steak yang medium well cooked ala-ala omputeh gitu. 
Macam ni..Very juicy steak...

Korang pernah dengar Me'nate Steak Hub? Yang tambah famous jap sebab Azwan Ali tu. Oops..hehe..
Kat Melaka ni ada steak hub juga tau.
Melantak Steak Hub. Boleh dikira macam anak didik Me'nate juga.

First trial nak survey (survey dulu..kalau mahal sangat, next time sebelum datang nak kena withdraw dulu..haha. )
Datang untuk supper je. Sebab anak-anak tiba-tiba lapar lepas jalan shopping. Erk! Semua kedai banyak tutup kan. Nak drive thru mcd memang takkkkk la. Insaf dah. In shaa Allah. 


Untuk supper, kami order:
- 2 x hot drink (boleh refill, pilihan ada banyak.. Cappucino, milo, soya, mocha, dan banyak lagi. Air sedappp ada ummmph!)
- set mushroom soup + garlic bread.
- extra 1 bowl mushroom soup.
- fries (panas-panas sedap.. Kentang ori potong gedabak besar. Crunchy diluar, lembut di dalam)
Total rm19. Pada saya sangat berbaloi. Kalau fast food pun makan remeh-remeh je, lebih kurang camni. Kadang lebih lagi..urgh..


Second time kami pergi waktu dinner. Yeay! My hubby ajak lagi.. Nak bagi saya try steak.

Steak! yeayyyy..

Tengokkk.. Selera tak? Saya ambil kecil je, bahagian stirloin. Waitress suggest ambil ni jangan tebal-tebal untuk beginner macam saya.. Dia cadangkan try medium well cooked. 75% masak, masih juicy. Kalau agak-agak tak boleh telan, bagitahu dia. They all akan masakkan lagi bagi masak terus.

Harga steak?
rm37.80 sahaja..ada lagi yang lebih mahal ohoi..ikut besar and bahagian mana dagingnya.
Ada gaya tak? Mak jemah dari kampong baru first time merasa steak tau! haha..

My hubby's plate.. Chicken chop grill. Sedap! :)


Anak-anak happy je..makanan yang diorang suka, laju je makan.
Tengok saiz fries yang Alham pegang..beza tak dengan yang biasa? :)
Steak sangat lembut senang nak potong.
Rasa yang sedap, tapi first time makan daging yang masih ada merah-merah, kekok rasanya..hihih.. :p


Total?
Sangat berbaloi...kenyang tahap taknak makan daging seminggu..haha. :p


Will come again..in shaa Allah.
Kalau nak pergi, kena awal-awal. If lambat.....penuh table. ;)

Monday 19 October 2015

Penyusuan Eksklusif Gold Pakej ;)

As salammualaikum wbt... :)

Alhamdulillah, anak saya Muhammad Alham Naufal @ Muhammad sekarang dah cecah 16 bulan+. Syukur saya dapat settlekan peyusuan ekslusif  6 bulan pertama. Bertambah syukur dapat additional penyusuan sehingga sekarang sebagai nutrisi sampingan selain dari real food kepada Muhammad. :)

Nak kata tak pernah drop susu? Pernah...merundum serundum rundumnyaa... :( Tapi, saya percaya rezeki Allah, dan sentiasa titipkan rasa syukur anak-anak pernah rasa susu saya. :) Bila kita tenang tanpa stress, selain tu ambil makanan seimbang dan air yang cukup, in shaa Allah... masih ada rezeki untuk anak tercinta.

Kenapa saya obses sangat dengan breastfeeding?

6 bulan pertama... memang sangat-sangat penting tau. Untuk baby, mahupun mommies.

Antara kebaikan untuk baby:-
membina antibodi semulajadi baby.
mengurangkan risiko baby daripada mendapat jangkitan, cirit birit, jangkitan paru-paru (penafasan), alergi, dan banyak lagi.
pembentukan dan perkembangan otak baby.
mengeratkan kasih sayang antara baby dan mommy. 

Untuk mommies pun banyak kebaikan. Antaranya:-
mengurangkan risiko breast canser. 
bakar kalori (up to 600calories/ day!) Wahhh..ni yang paling top dalam wishlist mak-mak kan..hahah. Termasuk saya nak slim n fit juga! :p

Aktiviti breastfeeding ni memang moment paling indah tau. Walau rasa selalu macam sampai cramp pinggang menahan lama tunggu anak siap menyusu.. ;p Tapi, bila tenung anak yang tengah meyusu tu. Allah....hanya Allah je tau perasaan kasih sayang yang mengalir. Percaya atau tak, anak kecil tu pun boleh rasa kasih sayang yang kita lemparkan tu. Sebab tu kadang banyak anak-anak yang breastfeed, 'melekat' dengan mak je.. lebih selesa dan secure perasaan anak kecil tu dengan mak.

Pernah tak dengar tentang TITISAN EMAS?
Subahanallah.. kalau korang tengok gambar mikro dari kolustrum susu ibu, memang sebiji macam titisan emas. It's perfect! sangat menyentuh perasaan tau. Tu secara fizikal je. Bila dah masuk dalam badan baby, tersangatlah ajaib sebab dari situ juga ia boleh menaikkan antibodi baby, mengenyangkan baby, memberi nutrisi kat baby untuk membesar dengan sihat. Semua dalam satu! :)


[sumber: Google]

Hebat kan?

Saya tak menyesal langsung pilih untuk eksklusif penyusuan anak saya. Walau sebelum anak lahir lagi, saya dah niat dalam hati nak susu sepenuhnya. Yang paling PENTING, 6 BULAN PERTAMA.

Jadi, kepada mommies sekalian.. kuatkan semangat tau! Teruskan penyusuan baby secara eksklusif. Kalau ada masalah penghasilan susu, kita ikhtiarkan sehabis baik. Biar anak latching, sebab ia boleh hantar signal kat otak kita untuk penghasilan susu ibu.
Banyak lagi tips yang mungkin saya boleh kongsikan, hasil dari pengalaman dan pembacaan. In shaa Allah akan dikongsikan di lain entry.

Bagi mommies to be, jom niatkan dalam hati untuk menjayakan penyusuan eksklusif untuk anak sejurus sahaja ia dilahirkan. In shaa Allah. Moga Allah perkenankan doa dan niat kita. Aameen.. :)

Love, 
Mommy ima :)




Wednesday 14 October 2015

First Birthday for Muhammad Alham Naufal

As salammualaikum wbt... :)

Draf entry sekian lama baru nak publish. :p Birthday Alham Naufal a.k.a baby Muhammad yang pertama adalah pada 13 Jun 2015. Sekarang dah bulan Oktober dah...lama sangat entry ni diperam..erk! ampun yer.. :p

Ok, first of all.. [PART 1 BIRTHDAY STORY ALHAM] nak belanja gambar sekitar majlis ulangtahun kelahiran baby Muhammad (ehh..eh, dah tak boleh panggil baby lagi lah. dah kategori toddler ni, bukan infant.heheh.. :p)

Mula-mula, dah kenduri doa selamat dengan family belah saya dulu. Sebab my only sister (my kids call her mama long or ma-long-hawilah) dah sampai dan ada sponsor kek pada 13 Jun (Sabtu). Kira majlis tak formal la ni. Kumpul dulu mak abah dan kakak saya yang jarang dapat jumpa.. Majlis untuk kita-kita aje...~ :)



Kek red velvet betul-betul sedap. My sis tempah dengan member dia. Lidah saya kata lebih sedap dari secret recip*. :p (Kek free memang bertambah sedap!haaha)

Majlis dalam perancangan diraikan pada 14 Jun 2015, Ahad. Ditunda pada tarikh ni sebab ada VViP tak dapat hadir kalau buat pada tarikh sebenar kelahiran Muhammad.

Sekitar majlis...


Dari pandangan dalam rumah.. Kat luar susun kerusi meja, pinjam set dari surau saje.. :)

Antara jiran tetangga, dan isteri kepada kawan sekerja my hubby.

Kemeriahan para jemputan. :) Alhamdulillah...terima kasih semua yang hadir. ;)

Pose kat photo booth yang tak berapa nak siap! heh.. :p
- dengan sister, biras-biras yang cool.

Walau dah kepenatan..menyempatkan diri pose dengan birthday boy. :)

Muhammad first time cake bite! Wahhh..langgar pantang larang dah yer.. :p
Sebelum ni makan bukan main jaga.. :')

Anak comel dah comot momot.. :)

Mak ngah, Paksu, Pakngah, Ummi.

POTONG!

Potong kek! 4 sekali harung.. :D
Kakak Aleesya, Muhammad, Kakak Aneesa, dan cousin Abang Ammar.

Prob yang sempat ni je..do it yourself katanya. Tu pun ink dah nyawa-nyawa ikan. :p
Hentam je la.. 

Hall.. sampai melecet-lecet jari jemariku pam semua belon. :')

Ini bukan sebarang kek. Kek inspirasi special dari mommy untuk Muhammad Alham Naufal. :)
Homemade.. healthy and clean. Delicious and awesome too! (ewah..puji hasil sendiri lebih-lebih pula :p)
In shaa Allah akan kongsikan cerita selanjutnya di lain entry pula.
Nak share dengan korang di sebalik tabir dan close up segala details (suppliers, resepi, preparation, huru hara, etc..hahah)

Terima kasih sudi baca...singgah lagi yer. :) :)

Love,
Mommy Ima




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...