Friday, 20 November 2015

Konvokesyen Sekolah Tadika Anak-Anak



As salammualaikum wbt..

Tahun 2015 merupakan tahun terakhir Aleesya kat sekolah tadika. Tahun depan dah 7 tahun, akan ke peringkat sekolah sebenar. (mommy pula yang berdebar-debar bila terfikirkannya :p)

15 November 2015, berlangsungnya hari Konvokesyen PASTI Ar-Rahim. Excited lebih sikit sebab Aleesya mendapat keputusan paling cemerlang, Aneesa pula pertama kali pengalaman konvo untuk 4 tahun. Alhamdulillah..

Apa-apapun fresh selfie dulu di awal pagi.. :)
Selfie dengan Daddy pula.. ;)

Kami jemput Ummi sekali (my MIL)

Bersiap sedia beratur nak buat persembahan ramai-ramai..
Semua naik pentas. Kakak Aleesya dah "tenggelam" kat belakang. :'D
Aneesa kat tengah-tengah cenonet terselit tu. :p
Persembahan lagi. :)
Tepi pula. Baru nampak.. :) Aneesa nampak mommy time ni. Dia melambai-lambai kat atas pentas. Yeay! Semangat!
Aneesa dah monyok. Dia kata, "Kenapa lambat sangat nak dapat hadiah ni???" hahaha.. :')
Persembahan istimewa, AleesyaElvira dan AneesaEryna.. :) :) :)
Persembahan mendapat tepukan dan sambutan. Hebat anak-anak kecil ni.. mommy pun kecik-kecik tak macam ni tau. ;)
Yeay! Aneesa dah naik pentas dapat hadiah. Special cute hamper gift, sijil dengan gambar yang comel!
Alhamdulillah.. Aneesa dapat tempat ke-5 dalam kelas 4 tahun. Semua markah peperiksaan 100%, kecuali 1 subjek je tak dapat markah penuh. ;)
Anak manja daddy tersenyum simpul.. Gembira terserlah sangat dia dapat hadiah! :)
Tadaaa! Aneesa Eryna, 4 Tahun, 2015.
Alhamdulillah... Aleesya Elvira dapat nombor 1!
Dan dapat amugerah pelajar paling cemerlang. 
Cute berbaju jubah konvo. :D
Sijil Aleesya Elvira, 6 Tahun, 2015.

Dengan Pelajar 6 Tahun.


Dengan bestfriend Aleesya.. Aisyah namanya. :)
Tahniah anak-anak mommy daddy! :)


Beri juga hadiah pada rakan-rakan sebaya yang cemerlang, Aisy (6y) dan Ammar (4y).


Alhamdulillah...majlis berjalan lancar. Anak-anak pun happy sangat.
Moga anak-anak syurga ni maju jaya cemerlang dunia hingga akhirat.. Aameeen. :)

Love,
Mommy Ima. :)

0 comments on "Konvokesyen Sekolah Tadika Anak-Anak"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men