Showing posts with label 6y. Show all posts
Showing posts with label 6y. Show all posts

Friday, 28 July 2017

Happy 6th Birthday Syaurah

Bismillah.. 

Anak susuan mommy, Dania Syaurah. 
Alhamdulillah.. Membesar dengan sihat dan ceria. 

26hb Julai, genap 6 tahun. 

Syaurah memang senang diuruskan sejak baby, anak solehah yang bijak, penyayang dan aktif. Mommy and everyone love you! ❤️


Semoga Syaurah terus membesar dengan sihat dan ceria, sentiasa taat perintah Allah dan mama papa, serta berjaya dengan cemerlang dunia akhirat. Aamiiin...

Sunday, 1 January 2017

Orientasi Prasekolah Aneesa

Bismilah.. As salammualaikum wbt...

Alhamdulillah, Aneesa layak untuk masuk ke prasekolah. Bedebar-debar mmy tunggu surat tawaran ke prasekolah.

Semalam, 31/12/16 hari orientasi sekolah kebangsaan. Jadi, mmy bawa Aneesa untuk sesi orientasi dan selesaikan bayaran yuran tahun 2 kakak Aleesya.



Syukur semuanya berjalan lancar. Kali ni mmy dan Aneesa je.
Daddy bawa kakak Aleesya dan Alham terus ke rumah ummi (my MIL) sebab pagi tu ada kenduri khatam Al-quran dan hari lahir abang Aniq (my kids cousin).
Lepas habis je orientasi, terus mmy dan Aneesa ke rumah ummi. Tapi majlis dah habis, datang makan je..hehe. (^_^')




Bermulalah sesi sekolah tahun 2017. 
Mmy nak atur jadual semula. Nak prepare balik apa yang patut.
Harap semuanya berjalan lancar.

Alhamdulillah... Allah beri kesempatan masih berpeluang melangkah ke tahun 2017.
Anak-anak juga melangkah setapak lagi perkembangan ke tahun baru. 

Mmy pun berdebar menanti baby 2017 ni. :p


Love,
Mmy Eima..~

Friday, 20 November 2015

Konvokesyen Sekolah Tadika Anak-Anak


As salammualaikum wbt..

Tahun 2015 merupakan tahun terakhir Aleesya kat sekolah tadika. Tahun depan dah 7 tahun, akan ke peringkat sekolah sebenar. (mommy pula yang berdebar-debar bila terfikirkannya :p)

15 November 2015, berlangsungnya hari Konvokesyen PASTI Ar-Rahim. Excited lebih sikit sebab Aleesya mendapat keputusan paling cemerlang, Aneesa pula pertama kali pengalaman konvo untuk 4 tahun. Alhamdulillah..

Apa-apapun fresh selfie dulu di awal pagi.. :)
Selfie dengan Daddy pula.. ;)

Kami jemput Ummi sekali (my MIL)

Bersiap sedia beratur nak buat persembahan ramai-ramai..
Semua naik pentas. Kakak Aleesya dah "tenggelam" kat belakang. :'D
Aneesa kat tengah-tengah cenonet terselit tu. :p
Persembahan lagi. :)
Tepi pula. Baru nampak.. :) Aneesa nampak mommy time ni. Dia melambai-lambai kat atas pentas. Yeay! Semangat!
Aneesa dah monyok. Dia kata, "Kenapa lambat sangat nak dapat hadiah ni???" hahaha.. :')
Persembahan istimewa, AleesyaElvira dan AneesaEryna.. :) :) :)
Persembahan mendapat tepukan dan sambutan. Hebat anak-anak kecil ni.. mommy pun kecik-kecik tak macam ni tau. ;)
Yeay! Aneesa dah naik pentas dapat hadiah. Special cute hamper gift, sijil dengan gambar yang comel!
Alhamdulillah.. Aneesa dapat tempat ke-5 dalam kelas 4 tahun. Semua markah peperiksaan 100%, kecuali 1 subjek je tak dapat markah penuh. ;)
Anak manja daddy tersenyum simpul.. Gembira terserlah sangat dia dapat hadiah! :)
Tadaaa! Aneesa Eryna, 4 Tahun, 2015.
Alhamdulillah... Aleesya Elvira dapat nombor 1!
Dan dapat amugerah pelajar paling cemerlang. 
Cute berbaju jubah konvo. :D
Sijil Aleesya Elvira, 6 Tahun, 2015.

Dengan Pelajar 6 Tahun.


Dengan bestfriend Aleesya.. Aisyah namanya. :)
Tahniah anak-anak mommy daddy! :)


Beri juga hadiah pada rakan-rakan sebaya yang cemerlang, Aisy (6y) dan Ammar (4y).


Alhamdulillah...majlis berjalan lancar. Anak-anak pun happy sangat.
Moga anak-anak syurga ni maju jaya cemerlang dunia hingga akhirat.. Aameeen. :)

Love,
Mommy Ima. :)

Saturday, 16 May 2015

Hadiah Hari Guru 2015

As salammualaikum wbt.. :)

Aleesya dan Aneesa sekarang masih sekolah di PASTI AR-RAHIM.
Seperti tahun-tahun lepas, sekolah memang akan buat sedikit jamuan. Jadi ibu- ibu pun bekalkan lah sikit makanan untuk dikongsi bersama. 

Macam biasa juga, mesti nak juga buat hadiah atau paling tidak pun kad ucapan. Walau mom tak kreatif sangat, tapi memang suka buat benda-benda macam ni.hihihi..

Kali ni,....special gift teachers day:


Kali ni paling simple je. Sebab kesihatan pun tak berapa mengizinkan. Baby muhammad pun tak berapa sihat, jadi mom nak buat apa-apa pun agak terbatas. 



Kad tu, memang tekap saiz tangan Aleesya dan Aneesa. Anak-anak buat sendiri, mom tolong gunting je. Kemudian label, mom print kat kertas sticker yang selalu mom guna buat kerja label Shaklee. Hihi.. Ikat-ikat reben sikit (recycle je..hadiah baby-baby mom simpan reben-reben nya..haha). Siap.

Boleh la, tak seberapa. Saje nak share dengan u all teachers day gift ideas.. ;)


Hadiah, botol air 600ml apple lady. Glitter pen. Beli kat kedai serbaguna, malam sebelum kejadian (beli lepas balik klinik bawa bany muhammad, kedai dah nak tutup dah :p).


Selamat hari guru! 




Monday, 12 January 2015

First Day Skool 2015 My Dear Daughters

As salammualalikum wbt.. :)


Nak juga up entry gambar my kids td pagi..hihi.




Alhamdulillah.. First day skool Aneesa 4 tahun ok je. Ye la, kita risau juga sbb tak pernah kene tinggal (selain tinggal rumah umi..hehe :p). 

Tp sangkaan mmy mmg tepat, walaupun aneesa pendiam, tp hatinya kental n lebih berdikari. ;)

Tak menangis pun. Duduk sorang-sorang ke kat kelas. 

Mommy cakap nak balik, dia kata "tak siap kaler lagi"..hihi. Sebab time tu cikgu dah bagi kertas untuk dia kaler, pastu mommy cakap balik tu dia ingat dia pun balik sekali. Jadi, mommy pun cakap la "ok, anesa kaler dulu, monmy balik dulu ok. Nanti mommy datang ambil aneesa bila dah habis skool." Aneesa angguk je tanda setuju. Salam.. Dan babai mommy. Ok je. Sempat la mommy pesan kalau nak 'pee' cakap cikgu nak ke toilet. Nak apa-apa bagitahu cikgu.. Kakak pun ada kat kelas 6 tahun.


Aneesa belum dapat kawan kat kelas lagi, sbb kawan lain semua pemalu juga. Nnt lama2 ok la. Jadi, kwn dengan kakak Aleesya dulu la baru2 ni ye. :)


Aleesya sampai2 sekolah je, taknak duduk, melekat je. dia kata kawan dia (bff dia) takde punnnn... Bila kawan dia dah sampai, baru bawak diri. 


Cepatnya masa berlalu.. Tak lama lagi mesti Alham pulak skool..tinggal mmy sorang2..haha. :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...