Showing posts with label Teachers Day Gift Ideas. Show all posts
Showing posts with label Teachers Day Gift Ideas. Show all posts

Sunday, 22 November 2015

Teachers' Year-End Gift 2015

As salammualaikum wbt... :)

Saya suka buat gift! Bahagia bila dapat buat orang lain happy. Kalau ada bajet, memang hari-hari nak buat gift.hehehe... So, kali ni nak share idea gift untuk cikgu-cikgu tadika Aleesya. Iyelah, Aleesya kan last kat Tadika PASTI tahun 2015 ni. Lepas ni nak pindah sekolah lain pula.. :')

Nak buat hadiah kenang-kenangan daripada Aleesya, haruslah libatkan hasil dari Aleesya juga. :)
Nota ni khas daripada Aleesya kepada cikgu-cikgu. Walau comot-comot sikit, ikhlas daripada Aleesya.
Semangat dia tulis sendiri. Berusaja siapkan juga sebelum Aleesya masuk tidur. ;)

Ini hasilnya.. Penanda buku paling istimewa.
Mommy designkan bookmark special untuk cikgu-cikgu.
Siap laminate sekali supaya tak cepat rosak. :)

Tadaaa! Dah siap. Cantekkk tak?
Semua mommy DIY sendiri. Kecuali buku-buku ilmiah tu, haruslah beli kan..hehe (takkan nak tulis buku sendiri.. :p)
Sampai larut malam buat bersungguh-sungguh.
Laminate pun buat sendiri sebab takde mesin.. :p ;)

Saya laminate pakai seterika sahaja.. :)
Senang je tau. Tapi saya guna plastik laminat saiz A6, so masih passed kalau guna sterika.
Kalau saiz besar, saya belum pernah, takut juga kalau berkedut. :p

How to laminate using iron?
1. Masukkan kertas kat dalam plastik khas untuk laminate tu. Pastikan letak centre cantik-cantik.
2. Alaskan atasnya kertas tebal (saya guna kadboard drawing blok yang belakang sekali tu).
3. Panaskan sterika suhu yang sesuai, jangan panas sangat!
4. Sterika atas kadboard. Jangan iron direct kat plastik tau!
5. Tengok laminate dah perfect ke belum. Pastikan takde gelembung n laminate jadi cantik.
Terbalikkan n iron lagi sikit2 bagi cantik.
Siap!

Kat belakang tu, reben saya lekatkan supaya bookmark ni khas kat sini.
Takmo hilangkan..heheeh. :p

Siap!


Moga special gift untuk cikgu-cikgu ni bermanfaat. In shaa Allah..





Adik pun nak bagi something. Nasib baik ada standby keychain n fridge magnet lebih. :)

Aleesya cakap nak beri hadiah kat sahabat-sahabat juga. Tapi mommy tak sempat belikan.
Jadi, mommy bagi Aleesya idea untuk buat kad je. Aleesya kan suka buat benda-benda seni... :)
Hasilnya nanti saya share kat entry lain ye.

Love,
Mommy Ima.. :)



Saturday, 16 May 2015

Hadiah Hari Guru 2015

As salammualaikum wbt.. :)

Aleesya dan Aneesa sekarang masih sekolah di PASTI AR-RAHIM.
Seperti tahun-tahun lepas, sekolah memang akan buat sedikit jamuan. Jadi ibu- ibu pun bekalkan lah sikit makanan untuk dikongsi bersama. 

Macam biasa juga, mesti nak juga buat hadiah atau paling tidak pun kad ucapan. Walau mom tak kreatif sangat, tapi memang suka buat benda-benda macam ni.hihihi..

Kali ni,....special gift teachers day:


Kali ni paling simple je. Sebab kesihatan pun tak berapa mengizinkan. Baby muhammad pun tak berapa sihat, jadi mom nak buat apa-apa pun agak terbatas. 



Kad tu, memang tekap saiz tangan Aleesya dan Aneesa. Anak-anak buat sendiri, mom tolong gunting je. Kemudian label, mom print kat kertas sticker yang selalu mom guna buat kerja label Shaklee. Hihi.. Ikat-ikat reben sikit (recycle je..hadiah baby-baby mom simpan reben-reben nya..haha). Siap.

Boleh la, tak seberapa. Saje nak share dengan u all teachers day gift ideas.. ;)


Hadiah, botol air 600ml apple lady. Glitter pen. Beli kat kedai serbaguna, malam sebelum kejadian (beli lepas balik klinik bawa bany muhammad, kedai dah nak tutup dah :p).


Selamat hari guru! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...