Saturday, 16 May 2015

Hadiah Hari Guru 2015


As salammualaikum wbt.. :)

Aleesya dan Aneesa sekarang masih sekolah di PASTI AR-RAHIM.
Seperti tahun-tahun lepas, sekolah memang akan buat sedikit jamuan. Jadi ibu- ibu pun bekalkan lah sikit makanan untuk dikongsi bersama. 

Macam biasa juga, mesti nak juga buat hadiah atau paling tidak pun kad ucapan. Walau mom tak kreatif sangat, tapi memang suka buat benda-benda macam ni.hihihi..

Kali ni,....special gift teachers day:


Kali ni paling simple je. Sebab kesihatan pun tak berapa mengizinkan. Baby muhammad pun tak berapa sihat, jadi mom nak buat apa-apa pun agak terbatas. 



Kad tu, memang tekap saiz tangan Aleesya dan Aneesa. Anak-anak buat sendiri, mom tolong gunting je. Kemudian label, mom print kat kertas sticker yang selalu mom guna buat kerja label Shaklee. Hihi.. Ikat-ikat reben sikit (recycle je..hadiah baby-baby mom simpan reben-reben nya..haha). Siap.

Boleh la, tak seberapa. Saje nak share dengan u all teachers day gift ideas.. ;)


Hadiah, botol air 600ml apple lady. Glitter pen. Beli kat kedai serbaguna, malam sebelum kejadian (beli lepas balik klinik bawa bany muhammad, kedai dah nak tutup dah :p).


Selamat hari guru! 




0 comments on "Hadiah Hari Guru 2015"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men