Friday, 11 November 2016

Aleesya 7th Birthday Celebration at School


Bismillah.. As salammualaikum wbt..

Kami tak pernah buat sambutan hari lahir anak-anak di sekolah walau di tadika. Biasanya hanya buat kenduri sambutan kecil-kecilan dengan family je. Jadi, kali ni memang first time pengalaman nak beri Aleesya rasa sambut birthday dengan kawan-kawan. Boleh ke buat birthday party kat TAHUN 1 SEKOLAH KEBANGSAAN ni? Errr...~ :p

Birthday Brownies Cake! Special mommy's touch with love.. :)

Mmy pun tak pasti sebenarnya boleh ke tak..hehe. Biasanya agihkan goodies bag. But before this, ada parents rakan kelas Aleesya juga pernah buat jamuan simple kat kelas, so..mmy pun text message dengan guru kelas untuk dapatkan kepastian dan keizinan. Iyelah..ni bukan sekolah tadika yang boleh curi-curi masa untuk anak-anak terlebih enjoy kan..hihi. :p Mmy pun taknak la menganggu masa pembelajaran persekolahan. Jadi, after discussion.. cikgu cadangkan lebih sesuai buat pada waktu rehat. Kebetulan lepas rehat tu memang waktu subjek guru kelas. :)

Sebenarnya.. 7th Birthday Aleesya jatuh pada 9 Oktober 2016, hari Ahad. Kami dah celebrate sekeluarga (mmy, ddy, Aleesya, Aneesa, Alham), kek sepotong, lunch together, spend time ambil angin pada hari Ahad tu. Kebetulan.. Ummi baba sekeluarga (my in law family) time ni outstation ke Medan, Indonesia sebab ada jemputan majlis perkahwinan. Jadi.. Aleesya request nak juga sambut dengan kawan-kawan. Mmy ddy setuju, nak bagi anak-anak happy. Bagi meriah sikit dalam hatinya untuk hari lahirnya yang ke-7 ni. Walau mmy dah kalut last minute sangat-sangat nak prepare sambut esok dengan kawan-kawan. Ddy work pula tu kan.. (T_T) Nasib baik ddy memberi sokongan moral dan bantu banyakkk benda untuk preparation. Tinggal beberapa perkara nak mmy settlekan dan untuk uruskan di sekolah pula.

Untuk catatan, checklist perlu ada. Supaya mana yang kurang atau terlebih boleh diperbaiki di masa akan datang. Maybe membantu juga untuk you all. boleh laaa sikit-sikit nak buat rujukan kot.. hehe.

Checklist Birthday Celebration with Classmate:

1) Birthday Cake:
     *Beli atau buat?
       - yang ni boleh prepare awal. Simpan dalam chiller. Make sure portion cukup untuk semua murid-murid.
Mmy decided buat brownies je. Simple dan senang simpan dan handle. Fridge penuh.. :p
Lagipun kurang berkecah anak-anak nak makan dalam kelas. Kalau kek cream, comot takut kena baju sekolah yang suci lagi bersih.

2) Meal
    * Simple dan kenyang. Healthy. ;p
contoh: Nasi lemak, mee/bihun/kuey teow goreng/ spagetti
side meal: sandwich, fruits.
Mmy masakkan nasi lemak je. Last minit katanya kan.. :p
     * Jangan lupa prepare sudu garfu pinggan dispossable.
Mmy dah siap-siap bungkus nasi lemak satu-satu. Nampaknya lebih ringkas dan mudah
diuruskan untuk anak-anak dalam kelas. Tak digalakkan cara buffet.

3) Air Minuman
    * Yang dah siap pack. Contohnya air kotak, mineral water dalam sealed cup/ botol.
Mmy beri air mineral dalam sealed cup. Sebab tak tau kalau ada anak-anak yang alergik susu, etc. Risau sebab Aleesya juga ada alergik, selalu pesan kat dia tak boleh suka-suka telan makanan/minuman tertentu. Tapi, kanak-kanak kan namanya.. Ambil langkah selamat lebih baik.
Mmy letak air terus dalam goodies bag, senang nak agihkan sekali harung.

4) Goodies
    * Stationaries/ toys. Ddy pilih pensil 2B dan pemadam. Sebab final exam pun tinggal beberapa hari je lagi nak start :p In shaa Allah ada manfaatnya juga. :)
    * Makanan sampingan. Mmy letak kek macam apollo/oriental/wafer.

Layan gambar kenangan Jamuan Hari Lahir AleesyaElvira ke-7 dengan rakan kelas Tahun 1 Arif.


Dengan rakan-rakan kelas.. Seronok Aleesya. Senyum meleret je sepanjang majlis. ;)


Dapat angpow special birthday Teacher Azizah Elias. Thank you teacher!
Teacher kesayangan 1 Arif.


Saya 7 tahun dah! :D


Teacher terbaik! :)


Posing konon nak potong kek. Tapi actually brownies ni dah siap-siap potong dah. :p


Kenangan birthday Aleesya. Ddy work..kalau ddy ada lagi seronok! (-_-')
Next time in shaa Allah.. Moga ddy diberi lebih kelapangan masa dengan keluarga lepas ni.
Time freedom, financial freedom soon..in shaa Allah. :)


Thank you so much teacher. Selesa dan mudah sangat berurusan dengan teacher.
Terima kasih beri keizinan dan bantuan menguruskan jamuan hari lahir untuk AleesyaEvira. 

Jom tengok video rakan kelas Aleesya tujukan lagu birthday untuk birthday girl seorang ni.
Serius...senyum meleret je dia.haha.. Habis majlis je kata dia sakit perut. Ddy kata suspek sebab dia nervous stand in public. ;D




Koleksi slide photo 7th Birthday AleesyaElvira at School.


Ok, sekian dulu throwback kali ni. 
Special thanks pada ddy tolong packing goodies, potong timun, boiled-peel-cut the eggs, uruskan anak-anak pada malam sebelum kejadian. 
Mmy kena practice bungkus nasi lemak lepas ni. Kalut bungkus nasi lemak pagi-pagi.
Siapa nak resipi nasi lemak special mmy???hahaha..special and healhty version tau. :p

Love,
Mummy Eima 

1 comments on "Aleesya 7th Birthday Celebration at School"

nuyui a.k.a miss YUI on 11 November 2016 at 08:47 said...

sdpnya tgk brownies tu.. happy belated birthday aleesya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men