Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

Cari bekas Juadah Hari Raya?

As salammualaikum…

Wahh..cerita Judah hari raya ke? Mentang mentang la raya kurang dari 100 hari lagi.hihi… ;p 
Ok, sebenarnya nak buat entry ringkas untuk Manjawap persoalan seorang pembaca blog yang mengajukan soalan di fanpage saya.. (fanpage ker??awww..tak kuasa nak layan saya yang perasan ni..hakhak :D)

“assalamualaikum saya nk tanya bekas makanan ni beli kt mana? ada penutup tak?”

Bukan taknak reply secara eksklusif di fanpage tu, tapi saya dah try reply tak boleh. Keluar note “Invalid Recepients” Camne tu? Dah delete ke profile fb cik Soo Yun? Siapakah? Err..takpe takpe..straight to the point je la.. Saya jawap kat blog je ok. Mana tau ada juga pembaca entry NI pun nak tanya soalan yang sama, tapi belum sempat nak tanya. Jom tengok jawapan saya.. 


Waalaikumussalam sekali lagi.. Ok, belum tanya mil lagi sebab saya masih di kampung my family di muar. (pheww,,betapa macabre menaip blog di muar..sebab loading memanjang, nak view 1 window dah makan 1 jam..errkkk!) Nanti saya balik Melaka saya tanyakan my mil ok. 

Langkawi! Yer..saya ada pergi langkawi lagi hujung bulan Mac. Sebab nak tengok last last LIMA tu.. Sempat la jugak tengok2 memebeli sikit kat HIG..kikiki. Oh ya..bekas Judah raya macam dalam entry saya (yg cik soo yun tanya tu) pun ada kat sana. Tapi saya tak focus sbb tak carik menda tu. Memang sebiji. Tak sure apa brand dan berapa laaaaa..hukhuk.


Anyway..thanks Soo Yun sbb sudi baca blog saya.. Dan tq juga pada pembaca pembaca blog saya yg lain (ada ke yg berminat baca blog saya ni selain saya sendiri?hahah..)

p/s: belum sempat lagi nak taip entry cerita pergi langkawi n legoland..wah! Nanti senang (plus tenet laju berdesup) saya upload je gambar banyak banyak (dasar malas nak menaip sbb menaip macam siput…sebiji sebiji tekan keyboard.haih!) :p

Friday, 14 September 2012

Percutian 2012 kami


As salam...

Lama rasanya tak pergi bercuti... Jadi, masa cuti raya yang lepas kitorang mengambil peluang untuk pergi bercuti. Actually, ingat nak bercuti dekat-dekat je, yang penting bercutilah kan.. Tapi, my BIL (abang sulung kepada my hubby) ajak kami join mereka bercuti. Baru la meriah!

Pada hari raya ke-3 tu, kami hantar my MIL and FIL ke LCCT dari Melaka.. Jadi, kami pun terus la pulang ke Shah Alam untuk packing beg pergi bercuti pula.. :)
Ke mana percutian kami?
Penang dan Langkawi!

Ok la...tak mau cerita panjang-panjang.. Meh sambil layan gambar (Gambar pun tak banyak yg diambil... :p)

Sampai-sampai kat sebuah hotel di Penang ni, semua serbu kolam renang dulu..
menghilangkan keletihan badan yang duk dalam kereta sepanjang perjalanan yang panjang.. :p


Baby neck float ni Aneesa punya.. Biasa la, Kakak Aleesya ni bila nampak adik dia pakai, dia pun nak jugak.. Tak sangka ia berfungsi dengan baik untuk Aleesya yang mencecah umur 3 tahun ni. :)
Baby neck float ni untuk newborn hingga 2 tahun. Jika berminat, boleh tengok pilihan di blogshop saya. Yang baru ni lebih berkualiti dan design lebih cantik dari yang Aleesya pakai. (KLIK SINI untuk lebih lanjut).

Then malam, keluar mencari santapan malam di Penang.. :)
Hujan.... :p


Naik train ke Bukit Bendera...
Aleesya la yang paling excited.. First time die naik train. (naik thomas katanya... :p)

Bukit Bendera..


Toy's Muzeum.. Aleesya tidur time ni.. Kejut banyak kali tak bangun.. Dah balik baru bangun. Bila tunjuk pic ni, sibuk die mengamuk nak pegi lagi...haishhh...

Naik ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi... Ada peristiwa tak best yang memang tak dapat dilupakan dalam feri ni.. Nanti saya ceritakan kemudian.. Memang pengalaman sungguh. Tengok semua muka pun dah serabai...huuuu


Sampai ke Langkawi.. Sangat keletihan.. Terus rehat di hotel.. 

Tak menahan, siap dinner dalam hotel je. Dah tak larat nak keluar cari makan sebab dah lewat kami sampai ke Langkawi ni.. Dinner yang best, lazat! but the price...gulp! (haha..nama pun hotel kan.. :p)
 
Ok..di Langkawi tak dapat nak luangkan masa berjalan dan bershopping sebab masa sangat terhad. Awal kami gerak ke kembali ke Kuala Kedah semula..

Then, masing-masing dah letih tak mampu nak teruskan drive pulang ke kampung halaman, jadi kami bermalam lagi di Kedah.

Cuti yang simple..Apepun tetap best.. Mana ada cuti yang tak best kan.. :)

Sambung di lain entry insyaAllah..

p/s: Minta jasa baik anda LIKE photo entry saya dalam facebook myChef.. Dah nak tutup sabtu ni, tapi saya belum qualified pun sebab like tak cukup lagi... Tolong ye.. TQ kawan2 sekalian.. nak LIKE sila ke photo entry saya ni (KLIK SINI)

Kid's Pocket Meal post entry.. :)

Wednesday, 5 September 2012

Candid and pixca sekitar hari raya~

As salam...


Ok...Jom layan pixca sekitar hari raya dulu.~

Haaa....ni skandal lagi. Snap di hari raya pula. Biasala, Aleesya memang dengan Aniq je. Seperti yang pernah di story di entry-entry sebelum ini. (BoyFriend Aleesya, Dating tepi pantai riding horses.. :p)

Aneesa pakai tudung..kejap2 die tarik..hihi.. tp mmg comel la.. :)

Aneesa sayang kakak Aleesya..

Dengan mummy pula..

Syaurah...paling comel! :)

Bukan main lagi anak2 dara ni di hari raya.. :)

Bersalam-salaman yang kelam kabut.. Aneesa dah sleepy time ni~ (-_-)zZz

Posing LAGI!

Buekkk... Ape pesyen posing la ni Aneesa oii..  dah la seperti mualaf pula. (rambut sampai terkeluar-keluar..) hik3...cina masuk islam ke? jepun masuk islam ke? korea masuk islam..? :p

 Juadah hari raya yang sangat lazat!


Big family... tgk Aleesya tu, dah mengesot tak mau dok barisan depan dengan cousin-cousin yang lain..nak jugak kepit dengan daddy..Last2 bergambar daddy dukung je.

Budak paling manja n byk ragam..

Aleesya buat-buat mata..Alahai..susahnye die nak bergambar..
 

Kekasih sejati..dunia akhirat. Amiiin..



Close up!


p/s: susah nak dapat gambar perfect dengan budak2 ni...mcm2 perangai and posing ade..
ni jem sempat upload utk hari ni..

Monday, 3 September 2012

Selamat Hari Raya!


As salam...

Sementara bulan syawal masih bersaki-baki ni, harap masih belum terlambat di sini untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat... Maaf zahir dan batin dipinta dari saya sekeluarga.



Alhamdulillah... syukur dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna, harap dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Bersyukur dan gembira rasanya syawal dapat diraikan bersama keluarga yang tercinta.. :)
Raya kali ni, kami berempat dapat berpakaian sedondon.. (untuk raya pertama je la..hik3.. :p)
Pada hari raya pertama, kami beraya di Melaka..Raya kedua di Muar pula..Raya ketiga? :p
Nanti cerita di entry yang lain...~♥

Thursday, 30 August 2012

Cuti Raya...blog pun cuti? :p

As salam...

Wah! lamanya tak bukak blog.. memang kerinduan dengan blog ni. Rindu nak jengah rakan-rakan bloggers yang lain.
Tapi apakan daya..cuti sakan! hihi..blog pun cuti. Ramai yang sudah kembali untuk bekerja seperti biasa pada minggu ni.




Ada yang masih bercuti minggu ni? Wah! cuti sakan yer? Saya??? Cuti sakan la, sebab dah cuti selamanya... (mentang-mentang dah jadi surirumah sepenuh masa kan..tapi, MC jangan harap la..hik3..)

Blog ni pun sunyi sepi...takde pengunjung nampaknya. Mana tidaknya..tuan rumah pun tak muncul-muncul kan..hahaha :D
Tak menyempat nak online and update blog.. :p
Banyak cerita nak di catat dan di abadikan dalam blog ni. Cerita sebelum raya, hari raya, cuti-cuti raya, update perkembangan my lovely kids, dan lain-lain lagi.. :)
Dan...Rindu nak jengah kawan-kawan blogger yang lain.. :)

Ok..ni kira nak warming up dulu. Akan di update sikit-sikit..jengah sikit2..lama-lama jd bukit..~:p
Stay tuned!


Thursday, 21 June 2012

Bulan puasa dah dekat..Persiapan?

As salam...

Lebih kurang sebulan lagi Ramadhan akan menjelma.
1 perkara yang saya amat merisaukan, ganti puasa tak habis lagi.
Kes bersalinkan Aneesa ramadhan yang lepas, terbanyak pula perlu diganti.
Saya memang nak ganti, baru puasa sehari dua, susu badan dah agak merundum yg amat!
Badan flat!
Ni baru terpikir nak ganti puasa sabtu ahad untuk yang masih berbaki (hope puasa time weekend kat rumah, is better...) Ya Allah..harap sempat la nak habiskan puasa..

Macam mana persiapan diri nak menghadapi ramadhan ni...
Risaunya! Perlu kuatkan stamina nak berpuasa ni..
(saya kuat makan..kejap-kejap je lapar.. Lepas menyusukan/ pam susu..wajib cari makanan..aiseh!)

Lepas ramadhan, syawal pula..
Sambutan hari raya keluarga saya biasa-biasa saja..
bersederhana :)

Yang ni hari raya tahun lepas..2011.

 
Tengok la muka yang tak bermaya.. berpantang hari ke-10.hihi..
Baby Aneesa tidur je kerjanya :p
Baju kurung Aleesya my MIL belikan.. (ingat nak pakaikan gaun je, tp rezeki Aleesya last minit dapat berbaju kurung.. :)
My hubby, baju nikah kitorang..
Mummy, jubah 2 tahun lepas. (haruslah pakai jubah..segala masih kembang tak muat lagi yg lain..hahah :D)
Baby Aneesa time raya duk bilik je..sebab asyik tidur.
Bau baby masih kuat time ni.. skg dah takde bau baby dah..




Ni raya tahun 2010..
 Aleesya dah 11 bulan ++ time ni.
Pakaikan gaun je..sebab tak jumpa kaler yang sesuai dengan kitorang.
Daddy and mummy pakai baju nikah.. (nasib baik time ni baju nikah muat! hahah..)
 Tahun ni tak boleh pakai baju ni lagi, sebab saya tak muat.. (sila memahami, anak sudah dua ni kembang semacam di bahagian tertentu takmo kempis lagi..sedang berusaha!huhu :p)



Raya tahun 2009, saya tak jumpa la gambar hari raya pertama.. :(
puas carii..
Tapi terjumpa gambar ni..
Time ni dah 2 minggu raya..dah balik ke rumah sendiri.
Kawan-kawan datang beraya.. 
Ye! time ni sarat mengandungkan Aleesya.. Tengok betapa kembangnya diriku...~
Tengah tunggu hari je ni. Aleesya lahir 19 Syawal.. :)
(Elok la tu..adiknya, Aneesa lahir 19 Ramadhan! :p)


Raya tahun ni?
 taktau lagi..
Kalau ada rezeki nak belikan baju-baju baru sedondon kami sekeluarga.. (lama sangat begitu mengidamkan sedondon..hhuhu..harap tercapai la.. )

p/s: korang macam mana? ada lagi yang belum habis ganti puasa macam saya?
Rindu ketenangan di bulan ramadhan, tapi risau dengan ganti puasa yg tak habis lagi..waaa~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...