Tuesday, 23 October 2012

Aleesya dan permainan wajib kanak2 perempuan..

As salam...

Entry ni sambungan dari entry Playdate Aneesa & Syaurah yang lepas. Ni nak upload sikit picture dari camera daddy pula..
Masa kecik2 korang main masak2 tak?hehe..saya main juga.. :p
Aleesya ni suka sangat main masak-masak. Saya takde la encourage die main masak-masak sahaja, tak boleh main kereta atau robot. Saya beri kebebasan untuk anak-anak bermain. Aleesya pun main jugak kereta mainan, lori, truck and robot. Cuma, memang dengan semulajadinya apabila dia main masak-masak tu, terserlah keasyikkan dan keseronokkan untuk dia.

Kebetulan, kat playground ni ada set kitchen.. memang lengkap la! Macam kitchen sebenar.. Saya pun teruja sebab kecik2 mana ade peluang nak main masak dengan kitchen comel ni. :p



Imiginasi kanak-kanak tinggi kan. Aleesya duduk main kitchen tu agak lama juga la. Sampai rakan kongsi main kitchen tu bertukar-tukar, tapi Aleesya tetap setia dengan dapurnya.. *agaknya takut hangit masakan dia..hahaha*

Aleesya dengan gandingan Chef Cilik yang pertama..berbangsa cina.. :)


Dengan gandingan Chef cilik kedua...kanak2 india.. (masak kari ka? :p)

Dengan gandingan Chef Cilik ketiga...Boy! Aniq ni tak minat pon.. Jalan2 kehulu hilir tgk aleesya masak ape je..hik3.. :p


Best kalau beli letak kat umah ni..bpleh mummy tumpang main sekali.. tp mahal jugak kitchen set ni kan.. Takpe, takyah susah2, nanti tiap2 minggu kita gi main kat sana je..hahah :D

7 comments:

adyna AB said...

best la tempat nie mcm2 ada..kalau dak berdua tu g mau main sakan :)

PERMATABIRU said...

sama la macam anak saya..suka sangat main mainan sekarang..klu boleh hari2 nak ajak pergi main playground..hehe

wantie said...

wah best nye... boleh play mcm ni. Aleesya saya tak boleh main ni. sat semua dia makan. hahaha...

tu la kekadang permainan ni tak yah la beli. datang, bayar d& main. kalau nak beli semua letak kat umah .
boleh runtuh rumah ni. hehehehe

insan_marhaen said...

ada bakat jd master chef ni Ima..:)

sal ya said...

mmg budak2 suka kan?!

Ohbabygirlboutique.com said...

dkt mana ni?

Mommy_ima said...

Ohbabygirlboutique, dekat Dataran Pahlawan Melaka Mall..hihi :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...