Monday 11 December 2017

Lazada Online Revolution

As salammualaikum wbt.. :)

Dah tak terkira berapa banyak yang mommy dah pernah beli di Lazada. Hehe.. Kalau cuci mata, boleh dikatakan hari-hari jengah Lazada. ;p
Masa dulu belum pernah beli online kat Lazada, risau dah takut juga macam-macam. Tapi, bila mommy dah beli dengan jayanya dan semua okay...mommy would like to say Lazada is one of the most trusted online shop!

Why? Why mommy suka shopping kat Lazada?haha.. :'D Jom revealed..


a.  Apa barang pertama mommy beli kat Lazada?


Mommy dah rancak start purchased di Lazada, around tahun 2015.
First time products mommy beli kat Lazada - waterproff matress protector, infrared thermometer, and stick blackboard chalk.
My first time order dengan Lazada. ;)


Matress protector ni masih ada hingga sekarang! Sangat berguna ada anak-anak yang start training diapers free. ;)
Thermometer ok lagi, tapi bateri dah k.o. belum berganti..hihi.
Sticker blackboard pun masih utuh lekat kat wall playroom anak-anak. Hehehe... :)

Masih melekat di dinding playroom anak-anak yang sama. 2015-1017. :D
Masih digunakan dengan sebaiknya oleh anak-anak soleh dan solehah mommy. :)
From left; Aneesa, Alham, Aleesya.


b.  Jenis item macam mana yang mommy prefer beli online kat Lazada?

Antara barang yg mommy suka dan prefer beli kat Lazada - firstly, bahagian Baby & Toys.
Kalau nak borong diapers, memang syok beli kat Lazada. Harga mostly lebih murah.
Tak payah tangan mommy yang sado ni nak angkut berkotak diapers. :'D Nanti Lazada hantarkan sampai depan rumah.
Lagipun, selalu je ada offer Free Delivery. Memang time offer ni, harus grab cepat! :)
Educational toys pun bagus-bagus kat Lazada. Senang kalau nak cari buat hadiah anak-anak kan. Suprise terus sampai rumah, anak-anak pun tambah excited. :D
Tools untuk baby and toddler pun mommy banyak beli kat Lazada. Portable toilet trainer seat, baby soother, baby teether, breastmilk collector, dan macam-macam lagi.

Second, mommy suka cuci mata pastu terbeli kat bahagian Home & Living.
Dalam ni pun mommy rambang mata.hahaha..
Cleaning tools, kitchen tools, storage and organization.
Banyak dah beli, mommy tak listkan kat sini ye. Take time nak ingat balik dah beli apa sebelum ni. Hahah.. :'D

Mula-mula, mommy prefer barang yang bukan elektronik. Sebab mommy risau masa delivery handling tak proper, tercampak atau terjatuh. Atau cip elektronik yang sensitif.
Tapi mommy pernah beberapa kali beli barang elektronik juga kat Lazada. Sebab tak tahan godaan harga murah.hehehe.. :')
Ada yang cari-cari kat kedai tak jumpa, nampak kat Lazada. So, beli online je senang.
Alhamdulillah, setakat ni tiada masalah barangan elektrik dan elektronik yang dibeli. Its working well till now.
Contohnya kami beli Wireless triangle sweeper, Xiaomi phone, OTG pendrive, smart watch, GPS kids watch, etc.


c.  Apa bagi mommy yang suka sangat beli kat Lazada?

Beli online kat Lazada macam-macam jimat.
+ Harga lebih murah
+ Jimat masa. Just click, add to cart, payment. Done beli!
+ Then, tunggu depan rumah. Delivery to your doorstep. Jimat minyak.
+ Each item ada details tentang product, ruang review dan feedback dari pembeli. So, boleh teliti dengan tenang satu persatu yang mana pilihan hati.

Sambil baring-baring pun boleh shopping.
Boleh rancang sebaiknya apa nak dibeli.
Then, senang nak bandingkan harga dan offer yang ada. :)


d.  Products apa yang mommy plan nak beli kat Lazada semasa Online Revolution sales nanti?

Diapers, Printer, toys, steamer iron, spray mop, drones, mi band dan banyak lagi.

Mommy selalu beli diapers brand Drypers dan Genki.
Alhamdulillah, so far memang tiada masalah beli dari Lazada.
Terasa lagi mudah. Lagi best bila beli banyak-banyak time Free Delivery. heheh.. :p



Spray Mop dan Steam Iron. 
Mop lantai dan iron baju antara task mommy setiap hari. Kalau dapat beli 'pembantu' macam ni, memang bahagia sangat.hihihi..
Tengah tunggu mana tau esok ada offer baik punya, memang mommy grab tanpa segan silu.:p



Printer. Masih sedang survey beberapa jenis dan brand dan seller di Lazada.
Tapi memang confirm akan beli.
Sebab tahun depan dah dua orang anak mommy bersekolah.
kerja sekolah sekarang advance. Banyak betul nak kena print lah, photostate lah..
Kalau ada kat rumah dah senang. Takde kelam kabut cari kedai fotostat malam-malam hari. :'D

Toys. Ni bukan toys untuk anak-anak je. Dengan mommy daddy pun tumpang main sekali. hahaha.. :D
Trampoline, balloon shark ni dah lama tersimpan dalam wishlist.
Harga pun dah offer ni, rasa tak sabar nak add to cart dan check out terus. :p


Mommy sedang survey Drones atau Mi Band untuk wedding anniversary gift to daddy... Shhh.. (harap daddy belum baca post entry mommy ni sebelum anniversary kami yang ke-9 tak lama lagi..hihihi. :p) 


You all, jangan lupa tau ada sales hebat 12.12!
Jom Lazada Online Revolution sales, start dari 11th - 14th December 2017.
https://www.lazada.com.my/online-revolution

Pasti tambah berbaloi-baloi! :)




Download siap-siap apps Lazada tau!
Ni memang 'lokasi' yang jari mommy selalu pergi hari-hari..hehehe.
Add to wishlist items idaman, pastu mana berkenan terus add dalam cart. :)

Love,
Mommy_ima~

Thursday 7 December 2017

Majlis Hari Kualiti Sekolah

As salammualaikum wbt.. :)

Sorry for the late post. Dah post tentang konvo Aneesa, so this one post kakak Aleesya pula. Majlis Hari Kualiti (other school biasanya majlis kecemerlangan/ anugerah/ etc.) anak-anak yang cemerlang di sekolah dan lebih berkualiti.


Alhamdulillah... Kakak Aleesya menduduki tempat kedua dalam kelas (2/33), dan kedua dalam darjah (2/155).



Tahun 2 ni, kakak Aleesya dapat 2 trofi lagi.
Tempat kedua, 
dan
Mata pelajaran tertinggi (PI).
Kakak Aleesya sedikit frustated sebab math pun tak dapat highest. In shaa Allah, try your best next year, ok kakak? :)

Sedikit tatapan video sekitar majlis yang ada. 
Kakak Aleesya terima anugerah, dan sedikit persembahan dari 2 Arif. 


Keputusan kakak Aleesya, mommy view from SAPS.
Senang dah sekarang ni nak monitor keputusan peperiksaan sekolah rendah/ menengah anak-anak.
Boleh view terus dari website SAPS, just masukkan no. IC dan maklumat yang perlu.
Link SAPS, klik sini >> 

Syukur mommy bila dah view result kakak Aleesya. Berdebar-debar juga hati mommy nak tunggu keputusan.hehhe..
Walau apa pun keputusan, mommy proud of you kakak.. Sebab mommy tahu awak dah try all out your best. 
Mana result yang menurun, mana soalan yang salah jawap, kita perbaiki ok. 
Always, bersyukur.. ;)


Usung anak-anak seorang diri dipagi hari..hehe. Daddy kebetulan tak ada, off to Aceh. Sobs... :')
Please extra mark your important days for the next year, okay daddy? :p
It's okay..even pada mulanya kakak Aleesya (and mommy :p) agak merajuk coz daddy cannot make it on this day, syukur semuanya berjalan lancar. 
Even cikBaby Nufayla agak cranky... Mommy tetap tabah and managed to handle. :'D



Alham pun mommy terpaksa bagi sedikit umpan on screen games and youtube. On and off sekejap-sekejap bagi untuk dia bertenang sepanjang majlis. Ohh.. How I'm feeling bad about this. :'( mommy dah azam tak nak bagi main fon, tapi that time dah terpaksa. 

Mommy trying to keep update daddy since daddy is away.
Walau tak menang tangan dengan nak update, anak-anak nak ke toilet (Alham pun dah totally diapers free, so memanf extra task untuk mommy bila keluar rumah :'p), dengan baby Nufayla cranky plus nak tidur, dengan nak snap gambar and video plus berebut fon dengan Alham..haha. dan macam-macam. :'D
Thanks to kak Nita and her husband tolong selit kakak Aleesya dalam snap satu dua gambar as back up. :)

Dalam tengahari 12pm++ dah selesai dan sampai rumah.

Then, mommy cepat-cepat nak prepare lunch and off to sekolah agama kakak pula sign report card. 


Alhamdulillah, tahun 2 untuk SRA juga Aleesya cemerlang. 
Tempat ketiga.
Ustazah kata peratus menurun. Tapi mostly dalam kelas murid-murid lain pun menurun.
Usaha lebih gigih dan jangan ponteng lagi ye! :)

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah.
Mommy bersyukur dan sentiasa berdoa agar anak-anak mommy diberi kejayaan cemerlang seiring dunia dan akhirat.. 

Next year (2018), Aneesa pun join kakak Aleesya sekolah (SK dan SRA). Moga dipermudahkan segala urusan.. In shaa Allah. 

Love,
Mommy_ima~



Friday 1 December 2017

Brunch at Eat & Repeat Melaka

As salammualaikum wbt... :)

After a hectic week! Mommy really need relax, refresh, recharged. Hopefully dapat plan for holiday with family soon.hehe..

Bila dah sibuk-sibuk, dapat spend masa makan luar dengan family pun rasa nikmat. So, this time daddy treat us with brunch dekat Eat & Repeat Melaka.
Brunch.. Breakfast + Lunch. Baru start cuti sekolah, jadi curi-curi masa untuk start lambat berpagi-pagian.hehe.. Happiness is, not having to set alarm for the next day..hehe. Tapi alarm subuh tu wajib la kan.. ;p

Our first time at Eat & Repeat, jadi kita try sort of the menu.
Lontong, nasi goreng cina, nasi rendang ayam, nasi daging cincang (tak ada dalam gambar), mee kari, ayam tandoori, sagu gula melaka, pulut mangga, teh o ais, sirap, cendol.
Menu yang kami try ni, ada yang sangat menepati citarasa kami. Lontong, mee kari, rendang..sedap. Just perfect taste, cukup rasa. Memang lemak-lemak manis.
Pulut mangga dan sagu gula melaka...superb! :) the best!
Ayam tandoori, simple yang lazat betul. Gurihhh..
Ok, nasi goreng and cendol its so-so for us. Tapi nasi goreng tu anak-anak suka la..macam rasa ala-ala nasi kfc pun ada. ;)
Ada banyak menu lain, so memang harusss repeat datang lagi. :D

Aneesa take order. Alhamdulillah, Aneesa sangat lancar membaca. Jadi dia sebut satu-satu dan ambil order kami untuk tick dalam form order tu.
Sebenarnya, Aneesa ada tertick kat tempat ayam tandoori. Kami tak nak order, tapi sebab dah tertulis situ, bila sampai makanan kami makan je. End up siap tambah order ayam tandoori lagi sebab sedap, anak-anak semua suka.hehehe..

Thanks enrm for having us!

Sesuai dengan nama kedai. Eat pastu kita repeat eat lagi..hahaha. 
Mommy suka. Satu bowl memang cukup untuk kanak-kanak. Jadi tak ada pembaziran makanan yang tak habis, atau macam biasa mommy terpaksa habiskan.hehehe..
Untuk yang diet portion makanan pun sesuai, sebab tak banyak, tapi tetap kenyang. ;) ni lagi mommy suka. 
Then, peluang dapat rasa banyak jenis makanan. ;D lagiiii mommy suka!
Satu bowl hanya RM1.90 je you all!

Nice place. Nice food. Bowl pun so far tak ada yang sumbing. Some people concern about it too. ;)

Licin.. ;D

Thanks daddy sebab bawa mommy and kids makan dekat sini. 

You all boleh try ke Eat & Repeat Melaka. Details location and menu, boleh check FB mereka. 

In shaa Allah kita datang lagi. Tahniah pada enrm!

Love,
Mommy_ima~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...