Tuesday, 25 December 2012

Camera Idaman

2 comments
Assalamualaikum... Apa camera idaman korang? Saya ada camera idaman..dah lama ia duduk dalam wishlist saya..hikhik.. Tapi sebab ada yang lebih priority, maka ia tetap duduk di wishlist saya. :)

My hubby kan cameraman.. Tapi, saya tak ada la nak jadi camerawoman. Camera idaman saya tu bukan DSLR. Terlalu besar gedabak saya nak gendong. Lagipun, saya kan ada 'alive handbags' yang kena bawa sepanjang masa.. (beg tangan bernyawa = my kids.. :p) Tak cukup kaki tangan pula nanti. Kamera biasa biasa je.. Tapi, ia sangat best! 

Korang perasan tak gambar percutian kat Gold Coast Morib tu? Saya siap bawa kat theme park lagi.. Syok sangat.. Boleh masuk air, lasak lasak, kena baling baling pun takpe! 
Inilah camera idaman saya.. Yang ni saya pinjam je dari abang ipar. :)

Satu hari nanti mesti beli. Tapi, mesti ada yang lebih canggih manggih kan.. :p
Macam saya kata la, saya lebih utamakan yang priority. Camera ni takde pun takpe.. sebab ambil gambar pun banyak pakai henpon je pun sekarang ni :)

Nak tengok specification tentang camera ni, boleh klik sini
TG-320

Dah cuci mata tengok camera, jom cuci mata tengok blogshop saya yang jelita. New entry tentang Breastfeeding moms & Collagen :)

Thursday, 20 December 2012

Confused ada banyak blog?

5 comments
Assalamualaikum w.b.t..

Ok..just a quick update. Saya baru nak panas enjin untuk bw sambil tinggal komen kat blog korang yang ohsem tu... :) Sebelum ni saya amat limited nak guna internet kat PC. Dengan pindah rumah, PC rosak, internet line terputus... Jadi, banyak bw pakai henpon, so mmg sangat tak puas dan susah nak tinggal komen.

Sekarang dalam usaha nak aktif balik kononnya. In shaa Allah... :) Tapi, tak dapat nak pasang enjin turbo lagi.. Banyak komitmen, tapi atas minat yang mendalam dalam blogging (ecehcehh.. :p), saya teruskan jua walau apa rintangan..
Oh yaa.. saya rasa antara korang memang ada yang tahu saya ada beberapa blog (termasuk blogshop, dan blog photog my hubby). Jadinya...kalau saya bw, tapi saya guna ID lain untuk tinggal komen..harap korang tak terkejut lah.. :p Actually kadang terlupa nak logout..kadang leceh nak login GreenyHouse semula. Kadang saya sendiri confused..hahaha :D

Untuk blogshop saya, saya guna ID ZaimahBakar. Ni utk blog yg dulunya erynastuff2u.blogspot.com (wahh...korang perasan tak saya dah tukar domain untuk blogshop ni?? Cun tak?hihii) Sekarang dah jadi www.HealthyBeauty.my



Dan lagi satu ID ElviraStudio utk blog photography ElviraStudio.

Ok..nanti saya update lagi..

Gold Coast..here we come!

7 comments
Assalammualaikum w.b.t..

Gold Coast Ausie! oHH...bukan..bukan..yang Australia belum sampai lagi..in shaa Allah satu hari nanti kan sayangs sayangsku sekalian.. :)

Gold Coast Morib! Ok la tu.. Dan yang paling happy Aleesya la kan..suka dia dapat berjalan.. Dah lama bertangguh nak bawak Aleesya pergi sana sebab incident kecil ibu jari kaki Aleesya yang lepas. Bila dah sembuh pula, masing-masing sibuk. Takde kelapangan nak bercuti. Jadi, tiket hold dulu.. Nasib baik tak hold sampai expired..

Perjalanan kami bermula pada ahad jam 2 ptg dari melaka terus ke destinasi yang dituju. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Cuaca amat baik sekali tetapi hujan seketikanya sampai disana. Renyai2 jer.

hahaha..skema sikit ayat kat atas yg bold kaler merah tu. My dear hubby yang taip..tengah tengah syok baru nak update blog, tetap ade yang nak join taip taip jugak..ingatkan my kids je yang selalu nak kacau mummy tengah menaip..hikhik.. gurau je sayang.. my hubby nak buat kerje sikit guna pc, jadi saya beri laluan dia guna pc dulu la.. :p

Kita terus layan gambar je la... :)





  






Best tak?? bercuti memang best la kan.. Saya puas hati juga untuk percutian ni. Kalau korang nak pegi, try google google voucher promosi nak pergi sini. Berbaloi ambil time promo :)

Ehem..ehem.. nak selit sikit boleh? Cuba tengok dekat2 muka saya dalam gambar tu.. Nampak tak? kecik sangat? Ok, saya takpe..meh saya letak gambar yg zoom in sikit.. :p

Haa...ni muka bangun pagi tak mandi lagi terus terjun kat theme park.. mesti la tak mekap kan..hikhik. Tetap cun tak kulit saya? :p
Cuaca boleh tahan cerah dan panas.. Saya tak pakai sun block atau apa apa krim protection pun. Alhamdulillah..tak kena sunburn..tak gelap pun. Untuk pengetahuan, saya baru je start consume Collagen Shaklee. Baru 4 sachet tau..belum 1 kotak..belum 8 minggu. Tapi, memang dah nampak kesan yang marvelous! Sekarang memang tak make up dah. Lebih selesa tanpa make up. Paling jauh pun tepek compact powder, eye liner n lip balm je :)
Tak percaya ke kulit muka saya dah ok sikit berbanding dulu? Cuba terjah post entry lama2 saya yg ada gambar tak bermekap (ada ke..? sebab mmg segan nak letak gambar sendiri sebelum ni. Antaranya sebab malu dengan wajah yang tak semengah.. Ok2..boleh tengok post lama yang ni kot, ok sikit.. :p [klik sini])

Bulan Disember 2012 ni ada promosi Collagen. Jadi, memang sangat berbaloilah yang nak mencubanya.. :)
Berminat boleh KLIK SINI.

Saturday, 15 December 2012

Cara Buang Malware dalam blog

9 comments
Assalamualaikum w.b.t.. Patutlah takde yang berkunjung ke teratak Greeny House ni..Takut tengok bayang bayang malware dari jauh agaknya..terus blah je. Ye la..faham..takut nanti encik malware ni nak ikut korang balik pulak kan..hikhik.
(alaa...kalau encik malware tak de pun, bukan ramai pun pengunjung Greeny House ni..hahah :D *masih sedar diri belog tak femes ok :p*)

Ok..korang jangan risau, saya dah 'sepak terajang' bagi encik malware yang tak diundang tu pergi. "Shuhh..shhuuh..encik malware go away!"
Hampir semalaman jugak bersengkang mata pujuk si malware ni pegi..tak jalan gak. Macam-macam cuba..google sana sini. Semua saya cuba. Tak jumpa jugak mana malware tu nyorok.. Ape jenis malware yang bertandang ni??? Lepas subuh, sambung lagi. Berjaya! Alhamdulillah.. *Erk..tiada alasan tak berhapdet blog*

Jadi, mungkin malware semuanya tak sama..Jantan betina tua muda...ye ke? ntah! :p
So, saya punya ni tak tersenarai malware yang dulu dulu kot. Tu yang google google semua cara tak berjaya. 
Maka, saya nak jugak kongsikan cara nak buang MALWARE. Mana tau ada rakan yang terkena malware yang sama. 

Jom kita mula!

First..Saya biasa guna browser Firefox atau Google Chrome. Guna Firefox ok je nak masuk blog. Tapi bila guna Chrome, malware detected! (so, lepasni saya nak guna chrome je..maybe firefox punya pagar tak bape kukuh nak detect malware :p)

Macam ni die keluar untuk blog saya.. Nampak tak En. Malware tu???? Ape ntah yang die nak ambil kat blog picisan saya tu.


1) Ok, mari teruskan.. Cuba klik gambar atas tu untuk tumbesaran. Ok takpe, saya zoom in kan.
Dalam message malware detected tu, ada beritahu link apa yang ada bau bau En. Malware. Tak pasti kalau pakai selain chrome ada keluar message detail macam ni tak.


"Content from www.swfcabin.com, a known malware distributor,..."
kan..kan... haah! tu la nama En. Malware..

2) Copy "swfcabin"

3) Pergi kat DASHBORD > TEMPLATE > EDIT HTML > PROCEED > EXPAND WIDGET

4) Ctrl + F... paste swfcabin tu dalam ruang search... 

5) dah jumpa yang di highlight hijau dalam code yang serabut tu? Ok..part ni saya tak pandai sangat nak ajar delete.. Saya pun lupa nak buat print screen.
Tapi, apa yang saya delete ialah keseluruhan yang ni:

var so = new SWFObject("http://www.swfcabin.com/swf-files/1265483417.swf", "tagcloud", "240", "300", "7", "#ffffff"); // uncomment next line to enable transparency //so.addParam("wmode", "transparent"); so.addVariable("tcolor", "0x333333"); so.addVariable("mode", "tags"); so.addVariable("distr", "true"); so.addVariable("tspeed", "100"); so.addVariable("tagcloud", ""); so.addParam("allowScriptAccess", "always"); so.write("flashcontent");

tips saya nak delete: delete selepas code '>' hingga sebelum '<' kat area malware tu. Cut & paste dulu kat mana2 (saya paste dalam ms word je) Kenapa? takut html code blog error..takde backup lain pulak jadinya nnt.. :p

6) SAVE

7) LOGOUT..pastu CLEAN history, cookies, cache..semua lah. REFRESH.

8) cubalah masuk blog korang..ok tak? Saya cadangkan guna Chrome.. :)

Ok, faham tak..maaf lah kalau tak faham..first time buat tutorial (boleh kira tutorial ke ni???)
Harap ia dapat membantu. Ok, sudah singkirkan virus dan malware dari dalam blog. Bersih dan suci.. :) Jom singkirkan toksik dan segala yang tak perlu dari dalam badan pulak! haha..biar bersih, suci, sihat dan cantik... Jomlah klik sini. ;) <-- Banyak tutorial nak bersihkan dalam badan pulak?? :p

p/s: Banyak nak cerita lagi..tengok malware, asyik tertangguh nak update. Lepas ni kena gagahkan jugak nak update..banyak nak story..dah lama tertunggak ni :p Rinduuu nak jalan-jalan blog korang. Selama ni BW banyak guna gadget..tak puas nak tinggal komen. pakai PC gedabak ni jugak puas hati.. tapi bila duk depan pc, mummy menaip, anak2 pun sibuk nak menaip..alahaiiii.. 




Wahhhh...blog saya ada tetamu tak diundang! En. Malware!! bukan Pn. Tupperware yer..hahah *tak lawak*

Tuesday, 4 December 2012

Aleesya dan bakat dalam Painting! :)

9 comments
Assalamualaikum w.b.t..

Bulan lepas punya cerita..hahahah. Terserlah memang tak update ini belog!
Maaf..saya sangat sibuk menyesuaikan diri. Buat masa ni, saya tinggal di rumah MIL...sekian. :p

Ok, cerita lain dah pula. Bulan lepas, saya ada ke Shah Alam. With my hubby, kids and mil. Tengok keadaan rumah homestay.. (my ex-homeSweetHome.. :p) Then, pergi Empire Shopping Gallery - actually saya nak pergi ambil stok my Shaklee di sekitar situ. Jadinya, my hubby and mil bawa Aleesya round round kat shopping. Saya uruskan kerja sikit.

My Aleesya ada aktiviti baru kat situ rupanya..sangat seronok Aleesya tunjuk hasil kerja dia. Good job dear! Nice one Aleesya.. Jom tengok.. (saya pun terkilan tak dapat tengok secara LIVE first time Aleesya painting dengan colour/ paint ni..tapi takpe, nasib daddy memahami and snap banyak picture untuk mummy hayati kegembiraan Aleesya.. )

 Ni la hasil tangan Aleesya.. I'm proud of u sayang!

Excited...bersungguh-sungguh Aleesya..

 Apron...mengelakkan ter ter ter kena bajuu.. :p
banyak pilihan plaster untuk di paint kan :)

 
Start painting...the angry bird. She is great!

Nama shop tu ialah Plaster Fun House.. Tak silap harga buat tu RM10. Ok kot...ye la, dari beli toys ntah ape2, then sampai rumah buang pun tak guna. This really great. New experience for Aleesya.

Banyak perkembangan Aleesya yang membanggakan mummy. Aleesya dan anak2 mummy yang lain tetap terbaik utk mummy dan daddy! :) Alhamdulillah..

Ok, nanti sambung lagi.. Wassalam..

p/s: korang mesti dah tau bulan Disember promosi shaklee ape kan? Collagen tau! So, siapa yang memang teringin nak berkolagen tu, jom..jom.. Harga memang terbaiklah! :) boleh klik SINI utk info lebih lanjut...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ONE Family Memories... © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men