Friday 20 March 2015

Reward Shopping

As salammualaiku wbt... :)

Siapa suka shopping??? SAYA!!!! 
Kalau jalan-jalan pergi shopping complex, saya jarang berbelanja. Biasa just jalan-jalan cari makan dan beli sikit makanan (haha..makan je kejenya.. ).
Beli baju, beli accecories, handbag, kasut segala tu, saya jarang beli kecuali 'dipaksa' my hubby dan terpaksa. Hihi.. Saya lebih suka window shopping, side seeing, tengok keletah anak-anak masa bawa berjalan, survey harga untuk 'aim', cuci mata, terapi jiwa yang nak shopping ni, dan tapi tak beli apa pun. Hihihi... 

Tapiiii...kalau shopping online, lajuuuuuu je.hahhahah.. 


Bukan first time shopping tanpa dirancang ni. "Maafkan dinda, wahai kanda. Tapi dinda pasti kanda tak marah sebab dinda memang tak membazir, semua yang dinda 'terbeli' barang yang diperlukan.." - kes dah terbeli tapi tak sempat nak habaq my hubby. Erk...
Walau pakai duit saya, kira reward sikit dari hasil bonus Shaklee dan lain-lain, saya tetap bagitahu my hubby saya beli apa. Kalau yang mahal-mahal, biasanya sempatkan juga tanya before klik order proceed. Tapi kadang-kadang, tangan terrr-laju je klik proceed. Haha.. 

Tu yang masalah ni. Kalau shopping barang depan mata, belek punya belek, last last tak jadi beli sebab puas tengok rasa raba time belek belek tu.hahahah.. Tapi time shopping online, cepat je proceed purchase. :p

Ok mommies, fabulous mom ada sale sikit. Gi la jengah kalau nak. 

Shaklee pun tengah ada sale. ESP, zinc dan vitalea for child untuk promosi bulan Mac, kalau berminat nak tahu nak beli, boleh contact whatsapp saya yer. 017-2269327.

Thursday 19 March 2015

Pengalaman Bawa Anak Tengok Movie

As salammualaikum wbt... :)

Watch movie di panggung wayang bukan pekara pelik untuk kami sekeluarga walaupun saya ada baby kecil.hihi.. Yang ni, my hubby yang ajar. Saya kecil-kecil tak pernah pergi tengok wayang. First time saya tengok wayang kat pawagam, masa umur dalam 20-21tahun. Pergi dengan kawan baik kat fakulti. Perempuan yer..hehehe. 

Hari rabu yang lepas, my hubby dah belanja anak-anak tengok movie Cinderella. Dah janji dengan princess dua ni, Aleesya dan Aneesa. Saya ikut je laa..hihi. Ni kali keberapa saya ikut bawa baby Muhammad pun saya tak ingat sangat. Rasa kali ke-4 kot. (Cinderella, Big Hero 6, Pengguins of Madagascar, Monster University..mayb ada movie lain yg missed dalam list :p). 
Baby Muhammad behave tak? Hihih.. Masa Aleesya dan Aneesa baby, nampaknya lagiiii behave. Tapi so far, baby Muhammad masih under control lagi. ;)

Balik dari movie, sampai rumah je kelam kabut Aleesya capai pen dengan kertas A4. Tengokkk....



Dia kata, "biar Aleesya ingat nanti.."

Aleesya memang suka bab princess ni. Sinopsis cerita Cinderella, ok...sama je macam cerita cinderella kartun tu. Cerita yang ringan dan boleh la layan. Saya mengantuk sebab tengok di petang hari, plus macam kurang tidur lately ni. Hahah.. Tapi tak tidur dalam cinema lagi. Baby Muhammad je sleep dah nak last tu, lega sikit..kikiki..

Yang best bagi saya, sebelum start Cinderella, ada short movie FROZEN FEVER! Menarik... ;)

Tuesday 17 March 2015

Apple's SWAN

As salammuaalikum wbt.. :)


Percubaan.. Boleh la, walau macam tak berapa sempurna..tapi berebut anak-anak nak makan. Excited..hihi. 

Search youtube je... :p


Thursday 12 March 2015

Baby Cookies Homemade

As salammualaikum wbt... :)

Baby Muhammad dah nak masuk 9 bulan. Favourite Muhammad memang masukkan dalam mulut...gigit-gigit. Nak kata nak tumbuh gigi, tak juga. Sebab sejak 4 bulan dah start suka gigit-gigit.hihi.. Hobby sambil belajar agaknya. ;p 

Bila umur dah boleh start solid food, nak la bagi yang dia gigit-gigit sambil terus boleh makan. Orang kata 'teething biscuit' gitu.. ;)

Sedapp tak nampak? Hahah.. Sila abaikan bentuk senget benget. Saje je buat macam tu, baru la homemade katanya. :p

Sebelum ni masa start 6 bulan tu, ada juga beli sekali biskut baby Heinz tu. Tapi saya kurang gemar nak bagi kat baby Muhammad. Sebab manisss sangat, pastu tak berapa nak berbaloi denagn harga macam tu kan. Tapi gatal jugak tangan mummy ni membeli.hehheh.. Bz kononnya tak sempat nak buat sendiri. Maaf la ye. Sudahnya mummy dengan kakak-kakak baby yang habislan biskut Heinz tu. 

So, hari ni baru berkesempatan buatkan biskut khas untuk baby Muhammad. Senang je buatnya..

Resepi Biskut Baby Honey
2 sudu unsalted butter
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung atta
3 sudu kecil madu

Cara-cara:
- pukul butter sampai ringan/soft sikit.
- masukkan tepung-tepung.
- gaul rata.
- masukkan madu.
- uli jadi doh.
- bentukkan..dan bakar dengan suhu 120-150degree celsius 15 minit (ikut oven masing-masing) sehingga masak.
- sejukkan. Siap. 

Masa panas-panas, soft je biskut ni mummy dah 'ngap' dulu. QC check, tapi berketul-ketul try test rasa..hahaha. Sedap ohoii.. :D 

Melt in your mouth..memang sesuai untuk baby. :) nak bancuh jadikan macam bubur dikala emergency or travel pun boleh. Senang hati lepas ni. ;)

Lepas ni nak buat perisa lain pulak. Baby Muhammad, kakak Aleesya dan Aneesa semua suka biskut ni. Termasuk la mummy! :p 

Selamat mencuba!

Sunday 8 March 2015

Treadmill dan Kasut Reebok

As salammualaikum wbt...

Apa aktiviti yang korang suka untuk kekal sihat dan fit? Dulu, masa saya masih bujang..saya suka jogging. Kat kolej saya ada padang kawad. Tasik Shah Alam pun dekat sangat dengan UITM tu. So, memang kerap jogging ber-round2 juga la.haha.. 
Sekarang ni, rasa nak jogging balik. Tapi, anak-anak kecil berderet ni buat kita fikir banyak kali. Kebetulan my sister in law ada beli treadmill baru!!! Boleh tumpang sekaki..eh, dua kaki. :p Wah...memang berkobar-kobar nak joging.
Sorry gambar gelap. Pagi2 buta bangun tidur terus mereka naik treadmill.

Cuaca panas dijangka berterusan sampai bulan 3. Kita tak digalakkan buat aktiviti luar berlebihan. Ada treadmill boleh la jogging dalam rumah je. Sambil tengok tv, sambil tengok anak. 

Jogging guna treadmill pun kena properly pakai pakaian yang sesuai tau. Maksud saya, pakai kasut sukan, baju (+sport bra) yang sesuai dan selesa. Kalau tak pakai kasut sukan, boleh melecet tapak kaki tau! Adoi tak sanggup... 

Dah terfikir pasal sport shoes, terus la tangan ni gatal cuci mata sport shoes yang berkenan di hati. Klik..klik..klik..haha, boleh terus add to cart. Beli sekarang di hujung jari je. :p

Antara yang biasa kita dengar, reebok. Banyak kasut boleh pilih kat Reebok Malaysia ni. 
Korang rasa dilema nak pilih kasut? Hakikatnya, ramai akan bersetuju. Sebenarnya bukan mudah untuk mendapatkan sepasang kasut baru yang bersesuaian. If korang nak jenama kasut yang mampu memberikan keselesaan dan gaya sporty tetapi cukup bergaya.. maka Reebok adalah antara jenama yang wajib ada dalam list! :)



Jenama sukan terkenal Reebok Malaysia amat popular kerana koleksi produk sukannya yang berkualiti. Antara produk mereka yang paling disukai ramai ialah kasut sukan Reebok. Kasut sukan Reebok diperbuat daripada bahan yang bermutu bagi menjamin keselesaan.


Kasut reebok ni cantik-cantik tau. Bukan untuk sukan je korang boleh pakai..nak jalan-jalan pun stylo. Pandai-pandai la mix-and-match, memang superb! :)

Bukan setakat kasut je tau. Banyak 'accesories' sukan yang lain pun ada.
Ingat sport..ingat reebok! ;)


Selamat bershoppig di hujung jari! ;)

Friday 6 March 2015

Erti Al-Fatihah


As salammualaikum wbt.. :)

Setiap kali sebelum tidur dan bangun, kami didik anak-anak kami baca Al-fatihah. Extra,ajar juga 3 qul.
Alhamdulillah..dalam umur cecah 2 tahun, dah mula baca sendiri. Semakin lancar.

Sekarang, nak ajar makna al-fatihah.. ni antara video kegemaran mereka. :)


Aleesya tengok Putri yang nyanyi dalam video tu, "Pandainya dia nyanyi macam tu..suara dia comel sangat!"
Aneesa pula bersuara.."yang pakai tudung tu (Putri), macam adik (Aneesa) la..Itu adik kan mummy???"
Hahaha..saya iye kan saje. "kalau adik n kakak belajar betul-betul, pun boleh pandai macam dia..sebabadik kakak pun comel pakai tudung"

Bawah ni satu lagi video simple.

Moga bermanfaat! in shaa Allah..

Thursday 5 March 2015

Pakai Inai

As salammualaikum wbt.. :)

Antara perangai anak-anak perempuan saya yang ikut macam saya masa kecil ialah suka pakai inai. Ada ke kanak-kanak tak suka inai? Ada..saya pernah jumpa. 

Masa saya kecil, pakai inai tumbuk-tumbuk sendiri. Petik daun inai. Nolstalgia sungguh. Walaupun sekarang banyak inai instant, saya lebih suka inai fresh tumbuk-tumbuk daun. :) baunya harum, warnanya cantik. 


Ni kali kedua rasanya Aleesya pakai inai lukis-lukis kat tangan. Dulu masa masih tinggal Shah Alam, lukis buat di Plaza Alam Sentral. Tempat saya lukis inai masa sebelum nikah dulu. Harga lukis ikut corak/saiz. 

Kali ni buat di Melaka, Dataran Pahlawan. Takde kedai pun, tapi special event sempena diwali yang lepas. Saja borak-borak dengan aunty tu, anak dia sakit. Kena buat dialisis dan lain-lain. So, sambil lukis inai, niat sambil hulurkan bantuan. Satu tangan kanak-kanak, rm5 je. 



Aneesa pun first time lukis inai kat kedai. Kat rumah dah banyak kali..tapi memang comot-comot la tak secantik seperti ni.hahaha.. ;)

Rindu pokok inai. Mana nak cari ye? Nak tanam rasanya. Nanti boleh pakai puas-puas. :)

Misi mencari pokok inai bermula! ;)


Wednesday 4 March 2015

WW: Brush Teeth at School

As salammualaikum wbt..

Setiap hari rabu, mulai hari ni ada aktiviti berus gigi kat Pasti Ar- Rahim.

Aneesa memang dah pandai berus gigi sendiri. Enjoy the activity with friends, sayang... :)

Photo credit: Cikgu Shila whatsapp. Tq cikgu.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...