Wednesday 17 June 2015

Salam Ramadhan

As salammualaikum wbt... :)


Alhamdulillah.. syukur tak terhingga kerana diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan lagi. 
Allahuakhbar, tak sabar nak rasa kemanisan nikmat bulan paling mulia ni.
Semoga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yang terbaik dari sebelum ini..
Moga kita semua manfaatkan bulan ramadhan sebaik yang mungkin.
Moga ibadat kita sempurna dan diterima oleh-Nya. In shaa Allah..

"Ya Allah, bantulah kami untuk (terus) berzikir kepada-Mu,
dan (sentiasa) bersyukur kepada-Mu,
dan memperbaiki (kualiti) ibadah kami kepada-Mu. Aameen.."

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan sama ada sedar mahupun tidak. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan diberkati dan diredhai Allah..in shaa Allah aameen.. 

p/s #1: walau saya mungkin akan kurang iklan di bulan ramadhan tentang biz Shaklee saya di fb mahupun blog, in shaa Allah biz masih berjalan seperti biasa. Segala urusan jual beli boleh hubungi saya tanpa ragu-ragu ye. :) ...(hari-hari biasa pun takde banyak iklan pun...hihihi.. :p)

p/s #2: belum sempat nak story panjang tentang majlis kesyukuran Alham. :p Nanti kita cari masa ok. ;)

#happy1stbirthday #alhamnaufal! ❤️
Posted by Zaimah Bakar on Saturday, 13 June 2015

p/s #3: Senarai menu sahur dan berbuka dah ada.. Uolls pun dah plan ke? Jom nanti kita share tau..tukar-tukar resipi yang kita expert. :)

Salam sayang, Salam kemaafan,
Zaimah Bakar~♥


Sunday 7 June 2015

Masak kicap versi lain sesedap rasa

As salammualaikum wbt..

Masak apa hari ni? Dah buntu nak masak apa sebenarnya ni. Nak simple tapi sedap.. Taknak makan luar. Sebab my hubby dah mesej rindu nak makan makanan mummy..hahaa..

 
Semalam dah puas makan ikan bakar, seafood segala kat Sabak Awor, Muar. 
(Terima kasih sayang sudi belanja my parents...love u!)
Kelmarin dah makan Chicken Rice Shop. Lately ni banyak my hubby layan kerenah saya nak makan luar kan. Hehe.. :p

So, kita masaklah ye.. Lagipun awal pag dah kemas peti ais, jadi semangat sikit nak ber'kungfu' kat dapur.hahah..

Masak kicap je pun.. Tapi dah bosan masak kicap biasa. Jadi kita alter jadu lain sikit lah. Tak tau la memang wujud ke resipi macam ni. Saya pun tak done nak check resipi. Main campak-campak apa yang ada kat dapur. 

 
Rasa memang sedap (bukan puju diri tau). My hubby pun suka. Jadi, kita masuk resipi reka reka sesuka hati ni dalam list. Masak pun tak susah (itu yg penting). 

Ok, sekian.. Nak siap-siap pergi jalan-jalan kat KLIA 2. ;)

Wednesday 3 June 2015

Doktor di dunia si cilik

As salammualaikum wbt...

Hari ni lama pula anak-anak ni syok main doktor-doktor. Macam-macam request dengan mom nak keperluan itu ini untuk jadi macam 'real' doktor.

Hasilnya...

Seronok Aleesya dan Aneesa main. 
Alham mana????

Kalau dua orang kakak ni khusyuk bermain, sudahnya Alham main dengan mom je la. Hahah.. Takpe..mom suap watermelon je. Perut kenyang, hati girang.. ;)

Serius dan berdedikasi menjalankan 'tugas'. :)

Nak pakai tudung pula. Maybe sebab kat hospital hari tu, ramai doktor dan nurse yang pakai tudung. ;)

My hubby selalu tanya anak-anak "dah besar nak jadi apa? Nak jadi doktor tak?"
In shaa Allah moga-moga termakmul doa daddy at least salah seorang anaknya jadi doktor. Ameeen... :)

Tuesday 2 June 2015

Planning mini birthday Alham

As salammualaikum wbt... 

Hari ni, 15 sya'aban.. Nisfu syaaban...Ikut kalendar islam, genap 1 tahun umur Muhammad Alham Naufal. :)

Syukur alhamdulillah atas anugerah terindah, anak-anak solehah Aleesya dan Aneesa..kemudian dikurniakan pula anak soleh Alham, pelengkap keluarga kami dunia akhirat. 


In shaa Allah nak buat kenduri doa selamat bersama-sama keluarga. Buat kecil-kecil je dulu. Nanti anak-anak dah besar baru plan yang majlis proper sikit. Baru diorang faham untuk enjoy. ;) Ni pun  yang mini2 tak clear lagi planning..hehe. Biasalah, bila planning tak list, takde paperwork (cewahh..siap paperwork haaa! :p) memang kelaut. 
Maybe less than 2 weeks nak buat mini majlis, perancangan 13 Jun (tarikh lahir ikut sijil kelahiran).

Tengok..excited punya pasal. Pergi daiso pun grab je yang cantik di mata untuk majlis kononnya. 


Untuk letak kuih-kuih atau buah. Kecik je benda ni. Murah je kan rm5 (tapi daiso dah naik harga..kesan gst mungkin! :( ...huh!)

Anak-anak pun pow sekali kat daiso. :p

Nanti update lagi tentang planning mini birthday party Alham a.k.a baby muhammad ye. (Tak boleh panggil baby dah lepas ni. ;p sebab dah keluar kategori 'infant'. )

P/s: yeay..choc fountain in the list for mini party! Alhamdulillah. :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...