Wednesday 27 March 2013

Sepupu berempat demam serentak..

As salammualaikum..

Aleesya, Aneesa, Aniq dan Syaurah demam.. Bila serumah, memang senang menular la. Tapi biasanya takde lah serentak. Berkala gitu..hihi. Tapi kali ni serentak demam empat2 orang.

Ada beberapa perkara rasanya.. Mungkin sebab angin bawa penyakit dah sepoi2 bahasa ke rumah. Tapi, tak tau la..tak nampak kan.

Atau sebab sabtu lepas diorang semua berpesta air kat rumah mil ni. Berendam air lama sangat. Sepupu yang lain pun join kan..memang meriah. Kakak nabiha, abg ammar, abg adil, abg aniq, kakak aleesya, aneesa dan syaurah. Sepupu yg amani je tak join, sbb tak sempat nak datang rumah mil. Dan, nasib baik segala mak dgn bapaknya tak masuk sekali dalam kolam..haruuu.. Haha.

Aleesya deman dikala malam hari..panas badan. Boleh control lagi. Aneesa cuma macam dedar dan selsema sikit. Saya continue bagi mealshake, dan omegaguard shaklee. (boleh tengok kat www.healthybeauty.my) Alhamdulillah, nampak demam tak serius dan dua orang ni nampak aktif. Selain tu, mummy mmg paksa dua beradik ni minumm banyak air.
Aniq dan syaurah, demam panas..kesian. Tapi mama papanya nak bawa kelinik hari ni. Err..saya bukan takmo bawak anak kelinik, tapi selagi boleh nak cuba yg terbaik yang lebih semulajadi. Kalau bagi banyak sgt ubat kelinik, drugs2 gitu..macam tak seronok je. Lagipun, korang mesti lagi tau kan ttg ubat2 ni.
Mungkin nanti saya nak try bagi air kelapa supaya betul2 reda. Aneesa saya letak kunyit je kat batang idung nanti bg surut selsema.

Oh ye..cakap tentang demam serentak ni, tapi berbeza keadaan. Just nak kongsi pendapat. Kakak Aleesya memang imuniti agak rendah dari adiknya, Aneesa. Mungkin sebab aleesya dulu2 sempat full breastfeeding sampai 6 bulan je. Aneesa pula masih breastfeeding sampai sekarang, 1yr6mo. Memang berbeza. Tapi, kira ok la Aleesya ni sekarang lepas saya bagi dia mealshake n omegaguard. Nampak ada perubahan positif. Dulu kalau demam sangat teruk, lama tempohnya dan sangat cepat demam balik dan berjangkit semula. Sekarang nampak ok. Kurang demam daripada sebelum ni..kalau ingat balik moment2 aleesya masa kecil2, mmg ak terkira berapa kali demamnya.kerap sangat2. Sekarang ok dah alhamdulillah.. Tengok sepupu yang lain, demam macam agak teruk. (dah offer diorang utk ambil suplemen aleesya dan aneesa. Mayb masih dalam pertimbangan diorang..)
Dan Aneesa pula, memang nampak ok sangat. The powerful of susu ibu! ;) Menyesal tak dapat full bfeeding aleesya lama2. Sebab time tu kurang ilmu ttg bfeeding dan kawan2 yg bfeeding pun kurang. Jadi, nasihat saya pada kawan2 di luar sana, bfeeding la baby2 anda selagi mampu :)

Apa apapun, doakan mereka semua ni cepat sembuh ya..amiin..

Eh, macam lari sikit topik entry..tittle lain, isi cerita lain. Taram je la..hihi. Ok, nanti sambung lagi. Layan picture cousins berendam pesta air! Cetek jeee..hikhik :p

Thursday 21 March 2013

Santai tepi pantai..lagi dan lagi

Assalamualaikum wbt..

Try update blog pakai henpon nak tengok apa jadi. Saya buta IT, buta gadget (rabun je kot..kihkih) hentam je la labuuu.. :p

Dah pindah kat melaka ni, tak macam bandar. Kalau bandar, nak pergi beriadah asyik gi shopping, playground.. Paling jauh dan tenang pun tasik buatan! ;)
Kat sini memang hari2 nampak sawah padi, boleh pergi tepi pantai (walau tak seindah permandangannya seperti tempat-tempat percutian yang lain..) best juga.

Anak-anak lah yang paling suka kan. Dua hari lepas bawa lagi ke pantai klebang, melaka..alahai, tak sampai 10 minit pun dah sampai. Kalau dah setiap minit Aleesya tuntut nak lepas gian main pasir, takkanlah mummy daddy tak dapat bawakan. (pasir tak sehalus mana, tapi boleh lah dari takda kan.. :p)

Macam biasa jugalah.. Bawa aniq (sepupu Aleesya) sebagai eskot. Memeriahkan suasana dengan Aleesya. Biar ada geng. Aneesa kecik lagi, kalau main dengan Aleesya macam-macam tu je la.

Cerita sikit apa yang terjadi kali ni perfi pantai. Aniq memang paling terkejal (ghairah dan terlebih aktif) baru baru sampai. Lari sana lari sini..tak larat maklang paklang nak bebel dah. Buat kje la aniq oii..yang penting ok. Air surut time tu. jadi pantai sangat landai, nampak lah sisir pantai yang biasanya memang ade air. Aniq pun apa lagi, berlari lari keriangan di situ.. Aleesya memang awal awal mummy daddy pesan, "behave ok, u are a girl rite?" so, dia paham paham je la. Tengok je aniq tu. Last2 syok je aniq dancing terlompat2 tu, kaki dah terpelosok dalam lumpur pasir!!!! Aduhai..sampai lutut jugak lah.. Paklang ni dah kata biar dia bangun sendiri sambil tergelak gelak. Berusaha sedaya upaya jugak la aniq tu meloloskan kakinya. Bila dah datang kat kitorang..mak aiii, busuk dan geli...lumpur hitam dah selaput kaki. "macam mana ni paklanggg..." paklang bantai gelakkk je la. Sampai tersipu sipu aniq.

Dah tu, duk diam diam pasni..main la elok elok. Kitorang soh die duduk letak pasir banyak2 kat kaki..biar pasir tu serap lumpur, lepastu baru buang dari kaki.
Alahai kanak kanak.. Hihi..kesian betul.tapi memang lepas tu, buat pertama kalinya aniq pergi pantai takde lari2 dah. Main pasir elok2 dengan Aleesya.

Letak picture sikit. Time ni lumpur kat kaki aniq dah takda sangat dah. Time hitam legam ada kat henpon hubby, malas nak rembat itu gambar. Cukuplah yang ni buat tatapan.

P/s: Aneesa kalau pergi pantai, tak sah kalau tak termasukkan pasir dalam mulut..aisehh.*pitam* ini budak mmg semua letak lidah nak rasa. Aneesa memang suka keluarkan lidah sejak hari pertama dia lahir.. :p

Saturday 16 March 2013

Shopping ekspress dengan mummy

As salammualaikum.. :)

Isnin minggu lepas, 11/3 harijadi cousin Aleesya. Sebab kenduri kesyukuran agak mengejut gitu, jadi present pun mummy nak cari mengejut jugak la..

Lepas ambil Aleesya skool, terus gi jusco. (eh, saya belum cerita lagi skool Aleesya yang baru di Melaka ni..ye la, lepas pindah sini, tak berapa nak update blog kan..kikiki :p) Kat melaka ni, jarang saya bawa anak anak sendiri keluar, bukan apa, sebab bila duduk di rumah mil, rasa macam lain sikit perasaan nak keluar rumah. Kadang nak gi pos ofis hantar barang pun serba salah. Harung je laa..hikhik.

Ok, taktau nak beli hadiah apa sebenarnya. Kalau boleh nak cari yang bermanfaat, yang memang akan digunakan bukan dibuang buang.. Nak beli buku, cousin Aleesya baru 2 tahun. Mainan? Ala..nanti campak campak rosak (melainkan yang mahal berkualiti, over bajet pulak). Last last asa nak belikan soft toys je. Lagipun dah janji nak belikan soft toys fish untuk Aleesya juga.

Bila settled cari hadiah, nampak sale baju kanak kanak. Biasalah, bila dah jadi mak mak ni, pantang tengok baju untuk anak. Baju sendiri dah tak terbeli. Memang ingat nak cari seluar saya sebab banyak dah longgar. Longgar sebab rasa macam saya makin slim, bukan sebab seluar lama kembang.haha.. Yer2..saya dalam misi untuk menaikkan berat badan, bagi solid balik sebab bahagian perut buncit dah berjaya kempiskan. (ehh..dah tercerita bab lain pulak) ok, sudahnya tak beli pun seluar saya, tapi beli baju untuk Aneesa. Sebab bila shopping dengan anak anak tanpa daddy nya mana nak dapat nak try dalam fitting room bagai kan. Takpelah, lain kali gi beli. Bajet pun dah lari sebab dah beli baju Aneesa.

Sempat layankan anak main kereta masuk duit syiling token kejap. Aleesya minta masuk dalam kids zone, tapi maaflah aleesya, lain kali ye. Kita nak shopping pantas. Kemudian belanja Aleesya dan Aneesa makan ais krim sebab dah janji dengan Aleesya bila dia baik batuk mummy belikan ais krim besarrr... :) tapi bila besar, mummy la tukang perhabiskan aiskrim..hahah :D


Sempat juga beli donut, roti hot dog, dannnnn...cheese cake span ni. Lama saya teringin nak makan tau. Dulu masa kerja kat uitm, ada pakcik tu jual tiap tiap minggu, terbaikkk. Saya memang customer tetap dia la..hihi. Tapi dah tak kerja ni lama la tak beli. Pastu member kata pakcik tu dah tak jual dah (mesti pakcik tak jual sebab customer tetap pakcik ni dah takde kan..sob..sob. Mana mau cari pakcik ni??) okeh..alternatifnya saya selalu beli cheese cake kat tesco tu. tapi bila cari sekarang ni dah takde la. Tak jual lagi agaknya..kenapa??kenapa?? Last, ni belila yang cenonet kat La Boheme tu. Tapi rasanya memang kurang best..tak menusuk kalbu. Tapi boleh la lepaskan gian..hihi. :p

Ok, balut hadiah cousin..hadiah untuk Aleesya mesti ada juga. So, balut je la fish dia tu. ;) kakak customer service yg tukang balut tu layankan je la sebab mmg sah sah tau tu hadiah Aleesya yang berdiri depan mata tunggu hadiahnya dibalut. ;p


Selamat harijadi Amani! Takde gambar snap pulak masa kenduri. :p







Umur berapa nak lancar baca al-fatihah Aleesya?

As salammualaikum.. :)

Nak cerita tentang Aleesya. Saya rasa saya perlu perbaiki lagi untuk menjadi ibu yang terbaik. Korang start ajar anak anak mengaji dari umur berapa ye? Saya pernah beli muqadam yang helaiannya daripada plastik tu masa umur dia 2 tahun. Erk..2 tahun memang dia mengaji cara dia la.. Kita sebut, dia ikut..tu pun tak fokus. Beli yang muqadam plastik pun sebab takut dia koyakan. Baru baru ni ada belikan dia set Iqra' tu, yang ada 6 stage bukunya. Sebab orang kata kalau ajar pakai iqra' lagi cepat dia pandai mengaji. Tapi betulah, macam cepat je Aleesya nak ingat a, ba, ta.. Tapi tu lah, maknya ni tak pandai nak garang supaya Aleesya fokus. Ok, nanti cerita lain la bab alif ba ta dan buku Iqra' ni. Nak cerita dulu tentang Aleesya dan hafalan al-fatihah.

Sejak Aleesya kecil, memang dibiasakan dengan bacaan al-fatihah. Mummy daddy lah yang biasa dendangkan al-fatihah. Ketika bangun tidur, naik kereta, sebelum tidur..dan bila bila masa yang teringat lah. Kalau dalam kereta memang biasa bukakan bacaan cd al-quran. Part al-fatihah tu memang ulang banyak kali je. Masa Aleesya 2 tahun, Aleesya ikut bunyi hujung hujung je..kira ok la tu sebab dia pandai ikut turn apa bacaan lepas tu. Anak korang mesti lagi pantas kan. :)

Sekarang Aleesya dah 3 tahun 5 bulan.. Baru sempat nak merakam video dia baca al-fatihah yg penuh. Mana taknya, asal mummy pegang camera, lorat die nak tengok jugak. Padahal belum habis baca dan belum habis record lagi.


Boleh lah..tanpa bantuan dendangan al-fatihah dari CD atau youtube atau suara mummy yang merdu ni, Aleesya mampu baca al-fatihah dengan sendiri. Alhamdulillah.. Tp sebutan memang belum betul betul jelas. Tengok anak orang lain lagi pandai baca dengan lancar kecik2 lagi. Apapun mummy sangat gembira dengan perkembangan positif anak anak mummy daddy. Aneesa yg 1 year 6 months ni pun kalau kakak die baca, aneesa tukang sambung hujung2 je la time ni. :p

Aleesya dan Aneesa menunjukkan perkembangan yang baik..Alhamdulillah. Kesihatan pun nampaknya semakin bagus.. Mummy daddy akan cuba berikan yang terbaik untuk anak anak mummy daddy. :)

Nanti sambung story lagi k.. Terlajak taip pula..ingat nak taip pendek je entry ni.
Ok bai.. Wasaalam.. :)

p/s: Aleesya dan Aneesa bila makan Omegaguard memang nampak banyak yang positif. Nanti senang akan saya ceritakan.. ;) nak tau suplemen yang sesuai untuk kanak-kanak, klik SINI.

Thursday 7 March 2013

Cubaan tukar earing Aleesya

As salammualaikum..

Tindik telinga Aleesya dulu masa Aleesya genap 2 tahun ikut kalendar islam (19 Shawal). Telinga Aleesya sangat alah..lepas tindik tu, 3 minggu tak baik. Berair dan macam nak bernanah (masa tu pakai earing yg tembak tu tak pernah bukak lagi). Kemudian, saya terfikir untuk tukarkan yang emas, mungkin Aleesya tak sesuai pakai selain yang emas dan alah pada earing sedia ada masa tembak lubang tu. 

Saya pun mennyelongkar balik khazanah lama saya..sebab dulu masa saya kecil ada pakai subang rmas yang bulat tu.hahaha..kita nanti jadi subang turun temurun harta pusaka pada Aleesya (padahal subang cenonet je :p) Jadi, bila dah jumpa, tanpa berlengah terus tukarkan earing Aleesya kepada emas..

Alhamdulillah, terus tindik Aleesya ty baik pulih sendirinya. Mungkin betul lah dia alah pada earing trembak sedia ada tu.

Tapi..budak kecil yang pakai earing, sangkut sana sini. Sedar sedar tengok dah takde sebelah. Wuwuuwu.. Mummy yang nangis! :( Ok, beli yang baru sebab nak ganti seblah yg hilang. Mana ade orang jual earing seblah je kan. So, seblah lagi simpan.

Baru baru ni, hilang balik seblah lagi..haishhh! Tak boleh jadi. Jadi saya tekad nak try and error lagi (harap jangan la error) nak tukar earing aleesya gold to silver. Kalau silver hilang pun takde terasa sangat.  Terus gi cari kat scorpion silver tu. sepasang rm14 je. Mungkin ade yang lagi murah, tapi Aleesya berkenan yang ni. Nanti saya upload gambar kemudian.. :p  Dah dekat seminggu Aleesya pakai..Alhamdulillah, nampak takde alah dan elok je. Syukurr.. :)

Ok, baru upload.. :p


P/s: jadi, earing emas tu..mummy la yg pakai. Tu pun atas permintaan daddy!hahah.. Daddy kata "haa..baru la berseri sikit isteri abang.."kah kah..tq sayang.. ;) Saya memang malas sikit nak pakai barang kemas..sbb sayang nak pakai.huhu.. :p

P/s lagi..haha : jom beli ostematrix, bukan sekadar kalsium. Jemput singgah www.healthybeauty.my :)

Nak p/s lagi..kikiki: saya ade kat muar seminggu..bestnyaaa! :)))

Sunday 3 March 2013

Sayang pada kids toys, kena Ongkes?

As salamualaikum..

Ok, nak buat quick update. (kalau tak buat yang quick quick update ni, sampai bila la nak tunggu saya update yang panjang-panjang kan..ye la, saya bukan blogger yang professional. Kalau nak taip tu, berjam jam..terkial kial.haha :p)

Hari ni plan nak kemas barang barang pindah rumah di stor. Yer betul..barang itu semua masih di stor rumah mertua..dengan diri saya, anak dan keluarga masih stuck di rumah saya bukan takat barang jer..haih! ;p panjang ceritanya. Nanti ada masa akan saya storie morie.. ;)

Ok, cerita balik tentang barang di stor. Stor ni terletak di luar kawasan rumah. Kira maam outdoor stor la. Tu yang buat saya risau. Selalu juga jenguk barang di stor..tapi tak dapat nak jenguk dalam tu setiap jam. Dalam seminggu sekali tengo tengok, ambil barang mana perlu dipakai..ambil baju anak anak..ye la, anak cepat membesar, banyak baju cantik cantik lagi kalau tak dipakai sayang kalau dah tak muat time kitorang pindah rumah (yang tak tau ntah bila.. sob..sob..)

Tengok masih ok..tapi start bulan lepas, saya mula terhidu bau tak best, menyengat! Ohhh..tidakkkkkkk! Bau kencing tikus! Jadi, saya harus selamatkan barang barang!
Cakap dengan hubby nak kemas. Tapi perlukan bantuan dia sbb stor tu tak berlampu, kalau nak kemas siang, perlu bawa lampu picit. Nak minta hubby pasangkan lampu.. Kat stor ni mmg gelap, takde lampu. harapkan cahaya samar dari pintu. Kena bawa lampu picit... :(

Minggu berganti minggu..tak sempat nak kemas kotak2 tu..sebab lampu tak dipasang lagi. kalau seblah tangan pegang lampu picit, seblah lagi kemas kotak, bila mau siap kan???? Hubby saya sangat bz..keje pagi, lewat baru balik.. nak pasang lampu malam2 mana nampak nak wirering semua tu..tunggu lagi..

Sekali, gi jenguk minggu lepas.. Alamakkkkk! kotak dah berlubang! Terus cepat cepat buka tengok kat dalam. Uwaaaaa!... habis kena ongkes Cik Ti!!!

Dah seminggu sampai hari ni saya dok cakap ulang ulang dengan hubby nak kemas stor.. "tolong la sayang pasangkan spotlight kat stor..pleasee..please...." (bukan hubby taknak tolong..tapi memang dia bz dan penat..aduhai.

Ok, takpe. kalau hari ni takde gak spotlight hubby, saya buat sendiri spotlite versi mummy!hahaha.. :D ok, nak buat draft lukisan spotlite sekarang..bai! :p

Ni la antara toy kesayangan Aleesya yang di 'ongkes' cik ti! Uwaa..mummy yang nangis tengok tau. (sebab tak tunjuk lat aleesya lagi. kalau tunjuk, mau die nangis jugak.. (T_T)

p/s: Promo March 2013 - OSTEMATRIX. Bukan sekadar kalsium. Jom kuatkan gigi dengan Oste, boleh ongkes ongkes dengan lebih mudah nanti..haha :p
Jemput singgah blogshop Shaklee saya.. KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...