Sunday 22 November 2015

Teachers' Year-End Gift 2015

As salammualaikum wbt... :)

Saya suka buat gift! Bahagia bila dapat buat orang lain happy. Kalau ada bajet, memang hari-hari nak buat gift.hehehe... So, kali ni nak share idea gift untuk cikgu-cikgu tadika Aleesya. Iyelah, Aleesya kan last kat Tadika PASTI tahun 2015 ni. Lepas ni nak pindah sekolah lain pula.. :')

Nak buat hadiah kenang-kenangan daripada Aleesya, haruslah libatkan hasil dari Aleesya juga. :)
Nota ni khas daripada Aleesya kepada cikgu-cikgu. Walau comot-comot sikit, ikhlas daripada Aleesya.
Semangat dia tulis sendiri. Berusaja siapkan juga sebelum Aleesya masuk tidur. ;)

Ini hasilnya.. Penanda buku paling istimewa.
Mommy designkan bookmark special untuk cikgu-cikgu.
Siap laminate sekali supaya tak cepat rosak. :)

Tadaaa! Dah siap. Cantekkk tak?
Semua mommy DIY sendiri. Kecuali buku-buku ilmiah tu, haruslah beli kan..hehe (takkan nak tulis buku sendiri.. :p)
Sampai larut malam buat bersungguh-sungguh.
Laminate pun buat sendiri sebab takde mesin.. :p ;)

Saya laminate pakai seterika sahaja.. :)
Senang je tau. Tapi saya guna plastik laminat saiz A6, so masih passed kalau guna sterika.
Kalau saiz besar, saya belum pernah, takut juga kalau berkedut. :p

How to laminate using iron?
1. Masukkan kertas kat dalam plastik khas untuk laminate tu. Pastikan letak centre cantik-cantik.
2. Alaskan atasnya kertas tebal (saya guna kadboard drawing blok yang belakang sekali tu).
3. Panaskan sterika suhu yang sesuai, jangan panas sangat!
4. Sterika atas kadboard. Jangan iron direct kat plastik tau!
5. Tengok laminate dah perfect ke belum. Pastikan takde gelembung n laminate jadi cantik.
Terbalikkan n iron lagi sikit2 bagi cantik.
Siap!

Kat belakang tu, reben saya lekatkan supaya bookmark ni khas kat sini.
Takmo hilangkan..heheeh. :p

Siap!


Moga special gift untuk cikgu-cikgu ni bermanfaat. In shaa Allah..





Adik pun nak bagi something. Nasib baik ada standby keychain n fridge magnet lebih. :)

Aleesya cakap nak beri hadiah kat sahabat-sahabat juga. Tapi mommy tak sempat belikan.
Jadi, mommy bagi Aleesya idea untuk buat kad je. Aleesya kan suka buat benda-benda seni... :)
Hasilnya nanti saya share kat entry lain ye.

Love,
Mommy Ima.. :)



Friday 20 November 2015

Konvokesyen Sekolah Tadika Anak-Anak


As salammualaikum wbt..

Tahun 2015 merupakan tahun terakhir Aleesya kat sekolah tadika. Tahun depan dah 7 tahun, akan ke peringkat sekolah sebenar. (mommy pula yang berdebar-debar bila terfikirkannya :p)

15 November 2015, berlangsungnya hari Konvokesyen PASTI Ar-Rahim. Excited lebih sikit sebab Aleesya mendapat keputusan paling cemerlang, Aneesa pula pertama kali pengalaman konvo untuk 4 tahun. Alhamdulillah..

Apa-apapun fresh selfie dulu di awal pagi.. :)
Selfie dengan Daddy pula.. ;)

Kami jemput Ummi sekali (my MIL)

Bersiap sedia beratur nak buat persembahan ramai-ramai..
Semua naik pentas. Kakak Aleesya dah "tenggelam" kat belakang. :'D
Aneesa kat tengah-tengah cenonet terselit tu. :p
Persembahan lagi. :)
Tepi pula. Baru nampak.. :) Aneesa nampak mommy time ni. Dia melambai-lambai kat atas pentas. Yeay! Semangat!
Aneesa dah monyok. Dia kata, "Kenapa lambat sangat nak dapat hadiah ni???" hahaha.. :')
Persembahan istimewa, AleesyaElvira dan AneesaEryna.. :) :) :)
Persembahan mendapat tepukan dan sambutan. Hebat anak-anak kecil ni.. mommy pun kecik-kecik tak macam ni tau. ;)
Yeay! Aneesa dah naik pentas dapat hadiah. Special cute hamper gift, sijil dengan gambar yang comel!
Alhamdulillah.. Aneesa dapat tempat ke-5 dalam kelas 4 tahun. Semua markah peperiksaan 100%, kecuali 1 subjek je tak dapat markah penuh. ;)
Anak manja daddy tersenyum simpul.. Gembira terserlah sangat dia dapat hadiah! :)
Tadaaa! Aneesa Eryna, 4 Tahun, 2015.
Alhamdulillah... Aleesya Elvira dapat nombor 1!
Dan dapat amugerah pelajar paling cemerlang. 
Cute berbaju jubah konvo. :D
Sijil Aleesya Elvira, 6 Tahun, 2015.

Dengan Pelajar 6 Tahun.


Dengan bestfriend Aleesya.. Aisyah namanya. :)
Tahniah anak-anak mommy daddy! :)


Beri juga hadiah pada rakan-rakan sebaya yang cemerlang, Aisy (6y) dan Ammar (4y).


Alhamdulillah...majlis berjalan lancar. Anak-anak pun happy sangat.
Moga anak-anak syurga ni maju jaya cemerlang dunia hingga akhirat.. Aameeen. :)

Love,
Mommy Ima. :)

Friday 13 November 2015

Bila anak-anak nak kitten

As salammualaikum wbt.. :)

Asal nampak kucing je, Aleesya nak kucing.. Kakak Aleesya ni memang berjiwa penyayang dengan haiwan. Dari kecil memang antara permintaan dia, nak PETS. 


Ni kucing rumah atok (abah saya). Ada 5 ekor anak kucing. Ada hati nak juga kitten ni.. Hehhe. "Mommy, kenapa mommy tak bagi kita jaga cat?", Aleesya tanya. ;p
Kucing atok ni dah pandai makan. Dah pandai buang air kat tanah. Memang hidup bebas..


Ni pula kucing umi (ibu kepada my hubby). Baby lagi, masih dalam pantang katanya. Kucing parsi kacuk kucing kampung. 
Masih menyusu lagi.. Sebab dah kena culik, jadi terpaksa bagi botol la..

Haihh.. Pets kat rumah yang ada pun kelam kabut nak urus. Ni nak kitten pulak..nak berapa pets ni Aleesya? :'D

Saturday 7 November 2015

Terapi minda shopping di hujung jari - The Body Shop

As salammualaikum wbt... :)

Kali ni nak share story tentang salah satu produk favourite saya dari dulu lagi, The Body Shop. Siapa suka wangi-wangi??? Angkat keyboard! Hehe..

Bila dah jadi mak-mak ni, mostly semua produk yang saya pilih mesti lebih kepada natural, mesra alam, dan selamat. Saya suka baca label, sebelum beli apa-apa yang berkenan. Mostly juga cepat2 study 'google' sebelum beli..hehe. Selalu jugak tak menyempat pergi kedai beli, jadinya - sambil google, sambil membeli. Semua di hujung jari... :D

Contoh yang terbaru, dah beli The Body Shop secara online.. ;) mudah je..hehe. Just pergi website body shop, www.thebodyshop.com.my.. Register.. Pastu lawat la satu persatu..Klik la item yang korang nak. Details tentang produk-produk dalam website pun lengkap tau. Siap ingredient lengkap satu persatu, cara guna, saiz, macam-macam lagi lah.. Kalau pergi outlet, biasanya kita boleh la try tester ambil bau kan. Kat website, tak payah la cium screen korang..hehehe. Baca je description kat situ dah lengkap. Pastu..Korang imagine je. In shaa Allah ia ala-ala seperti yang diharapkan. :)
Saya ada try beli online pakai desktop dan smartfon. Dua-dua ok , website tbs ni supported. So far pembelian berjalan lancar (tapi pastikan akaun ada $$$ :p). Oh ye..kalau sign up, biasanya belian kali pertama akan dia emailkan voucher free gift tau. Saya dapat puree strawberry.. Perghhh..bau lotion ni, serius sweet yummy macam nak makan!
Dah check out, masukkan voucher code (kalau ada), payment siap, so korang tunggu je depan rumah kurier datang hantar barang korang kan! ;)

Tadaaaa... Selamat sampai.



Sebenarnya ia 2 parcel yang berbeza.. :) sebab dah siap shopping sekali, tiba-tiba nak beli lagi. Lagi-lagi tengah FREE DELIVERY ni tanpa minimum amount! (free delivery sehingga 19 Nov 2015 ni, cepattt tau! ;p ) Apa lagiii... ON je la. ;)


Order saya sampai cepat. Dalam 2 hari bekerja. Bungkusannya kemas. Pastikan "do not accept if the seal is broken". Dalam kotak, penuh 'bird nest'. Memang 'selesa' item-item yang dibeli. Tunggang terbalik masa proses penghantaran pun, in shaa Allah barang yang fragile ni masih selamat. ;)

Ada beberapa item yang saya nak share story dan review kat korang.
Oils of Life dan Tea Tea range.

Ok, yang Oils of Life.. Saya beli:
Oils of Life™ Intensely Revitalising Bi-Phase Essence Lotion.
Ini kira macam ala-ala toner. Tapi ada 2 base. Secara ringkas maksudnya ada elemen air dan minyak..sebab tu special ada Bi-Phase. ;)
Nampak tak dua lapisan air-minyak yang terpisah tu.
Ni yang special ni.. :) 2 dalam 1.. 

Goncang-goncang sebelum guna. 
Supaya bila kita titis keluar, dapat la dua-dua elemen air dan minyak tu. 

Saya dah lama sangat tak pakai toner. Skip step toner sebab muka saya dulu jenis pakai toner je jadi kering kejung. Siap terkopek-kopek pedih tepi hidung dan mulut. Kalau pakai bedak time terkopek tu, memang bercapuk tahap tak sanggup pandang muka sendiri kat cermin! Tapi..bila tak pakai toner, muka start jadi berminyak dan jerawat pasir pula. Redha je oily sebelum ni sebab tak sanggup pedih kering terkopek..erk! :'(

Disebabkan Oils of Life ni ada essence lotion a.k.a 'toner' special, jadi pintu hati saya ni terbuka la nak cuba pakai yang ni. Walau mula-mula agak gentar nak mencuba sebab nama item ni ada 'OILS'.. (Dalam hati terdetik, habis la..muka bertambah minyak. Tak payah beli minyak nak masak lepas ni kot. Hahaha..)

Ni SEBELUM guna apa-apa. Kulit muka togel sahaja.. :p
Kalau perhati betul-betul, ada banyak jerawat kecil-kecil kat dahi tu. Memang susah nak hilang.
Berminyak muka walau baru berapa minit lepas cuci..kilat hidung! T_T



Ok, pertama kali apply OOL lotion ni kat muka..
- wah! Sedapppnya bau dia. Lembut tapi 'rich'. Tak tau nak bagitau macam mana bau dia. Best betul bau..
- pastu..wahwah. Sapu tak rasa oil2 pun. Meresap je masuk kulit rasanya..saya suka saya suka!
- bila dah lama sikit sebelum rutin biasa nak letak pelembab. Terasa..wahh macam tak payah nak letak pelembab je. Kulit muka rasa segar.

Ini SELEPAS guna Oils of Life Essence Lotion dalam 5 hari.
Gambar semua tanpa edit. Dah KURANG jerawat kecil kat dahi tu! Hampir tiada. :)
Muka pun dah tak berminyak. Tengoklah..hidung dah tak berkilat!
Yeayyy.. ;D

Selepas pakai dalam 5 hari, taktau la kenapa rasa perasan diri ni macam berseri-seri.hehehe.. Bukan la kata terus macam jadi cerah putih melepak, tapi macam bersinar dan tona sekata. Liang pori yang besar pun berkurang. ;)
Pssttt..My hubby pun ada tegur 2 hari lepas kata nampak saya cantik pula.. :p alhamdulillah..pujian suami memang sangat bermakna. :) Lagi-lagi my hubby ni jenis jarang puji. Opps! ;p

Serius sangat amazing! Syukur alhamdulillah ia serasi....yeay, misi pencarian berakhir! :) :) Terasa confident je tanpa tepek muka mekap tebal-tebal. ;)
Harga sebotol 100ml ni, RM125. Pakai sikit-sikit je. Maybe boleh bertahan lama. (Nanti dah nak habis saya bagitau anggaran tempoh penggunaan sebotol ni).
In shaa Allah ada rezeki nak try item lain dalam range Oils of Life ni. Ada pure oils (mesti lagi power sebab betul-betul concentration), dan moisturizer.

Ok, item kedua.. Wangi-wangi pulak. Saya memang gemar sangat wangian tbs ni. Dari EDP, EDT, body mist, butter, dan lain-lain juga lah.. :)

Kali ni try Fuji Green Tea™ Cologne. Dapat bayangkan bau green tea tak? Bukan macam bau daun tau! Tapi bau segar..fresh sangat. Wangi ke tak? Pada saya sedap. Kat hujung-hujung bau fresh tu, ada bau bunga-bunga juga. Kira fresh yang amat (tapi bukan bau 'keras' tau) + sipi-sipi floral. My hubby pun suka, maka dia pun rembat pakai sekali.hahaha.. Sehati sejiwa, seharum sebau sekali.. ;p Ok la tu, sebab bau colonge ni bukan yang jenis 'ayu', kira unisex pada pendapat saya. Lelaki dan perempuan pakai tetap sesuai harum je baunya. ;) sebelum ni memang saya ada pernah beli fuji green tea body scrub dekat outlet tbs. Yang tu pun my hubby pun pakat pakai sama..hehe.

Yang best Fuji Green Tea™ Cologne:
- sangat segar dan manis dihujung bau dia.
- perempuan atau lelaki pakai pun match sangat harumnya.
- colonge bau lebih tahan lama dari body mist.
- pakai lepas mandi, melekat lama bau dia.
- time cuaca panas-panas pakai kat badan sejuk je rasa, segar. Spray kat baju pun boleh tahan lama dia.
- penutup dia lebih cantik dan exclusive dari body mist biasa..heheh. :p

Spray..spray.. segar dan harummm.. ;p

Harga colonge Fuji Green Tea ni RM95 sahaja.. Ok sangat sebab kira macam perfume dan body mist, 2 in 1..hehe. ;)

Ok kan? Siapa suka body shop, kita geng! :D
Jadi kalau pergi shopping, singgah outlet TBS try ambil bau semua. Staf-staf outlet tbs so far sangat friendly. Pastu cuci mata kat website TBS pulak. Klik-klik, shopping terus..hehehe.


Dah confident kulit muka bertambah ok, tak payah kelam kabut nak pakai foundation bedak segala bila suami balik kerja. Tinggal calit lipstik sikit, topup spray wangi sikit, siap. Sambut dengan senyumannn..ahaks! :) :) :p

Senyum dengan CONFIDENT! :) :)

Yang baik-baik kita share.. Moga info ni bermanfaat ye sayang-sayang sekalian.
In shaa Allah, nanti saya share review yang lain lagi. :)

Love,
Mommy Ima ;)

Thursday 5 November 2015

Pisang goreng cheese coklat

As salammualaikum wbt.. :)

Dah lama teringin nak makan pisang goreng cheese special. Pernah beli kat gerai tepi jalan kat sini.. Tak menepati citarasa dan agak mahal pula tu. Fahamm..cheese bukannya murah. Tapi kalau boleh nak la yang berbaloi cukup-cukup rasa..hehe. Banyak pulak songeh saya kan..nak buat sendiri la kan..

Ok lah..kita try buat sendiri pakai barang yang kebetulan ada kat rumah. 

Pisang
Adunan salut tepung (Tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, secubit garam, air)
Susu krimer pekat (*optional)
Cheese block
Coklat bar
Grater (pemarut)

Tadaaaa! 



Biasa je.. Hehhee..mudah je nak buat asal ada barang cukup. 
Buat sendiri memang puas makan. Letak secukup rasa, jangan banyak sangat takut hilang tenggelam pisang goreng.hahaha.. Anak-anak siap bawak bekal pergi sekolah tadika.


Buat sendiri terjamin minyak untuk menggoreng juga bersih dan suci. Takde terdedah habuk asap kereta tepi jalan nun. Sekali sekala, 'pejam mata' sambil beli..hheeheh. Selagi boleh elak, kita elak.. 


Tuesday 3 November 2015

Apa jadi anak lelaki 24jam ngadap mommy je...

As salammualaikum wbt.. :)

Anak-anak kecik ni, memang ikut je apa yang dia perhati kan? Anak bijak Alham ni, memang 24 jam mengadap mommy. Selain tu, dikelilingi oleh kakak-kakak kan. Jadi, kadang-kadang mommy sampai tak perasan interest anak lelaki seorang ni dah bercampur dengan interest anak perempuan. 

Haishhh..kesian anak mommy. Dalam rumah ni memang kurangggg sangat permainan ala-ala macho. Hahaha.. Yang banyak barbie doll, soft toys yang mostly pink belaka. Kalau wooden blocks, lego tu boleh la alham main sebab universal gender. Tapi kalau dah semua kakak ni mengadap barbie, haruslah alham joint. Then, bila mommy hadap buat kerja-kerja rumah..dia pun jointttt sekali. Jangan kecam saya ye, saya tak ajak...saya tak dera atau paksa dia buat kerja rumah..hahaha.. tp dia yang perhati n buat juga... :'D


Vacumm tu memang start dari dia baby2 dah berminat. My hubby kata maybe terikut-ikut perangai mommy sebab masa pregnant dulu suka sangat vacum rumah. Sampai tengah contraction lagi beberapa minit nak bersalin pun sempat vacumm mop segala rumah sebelum gerak ke hospital..hahaha. Iyelah tu kot. :D sabar je lahh.. Tapi masa saya pregnantkan Alham masa hujung-hujung tu, memang hormon rajin terlebih. Tak tau pasal ape.heh! :p 

So, conclusionnya.. Saya rasa anak lelaki perlu juga spend masa dengan daddy. Supaya balance..hehehe.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...