Thursday 27 September 2012

Maafkan saya belog..~

Assalamualaikum w.b.t..

Sangat lama rasanya tak menjenguk blog sendiri dan kawan2 sekalian..fuhh....~
Memang terasa rindu. Tapi apakan daya, masih byk perkara yang more priority perlu diuruskan. Dalam kepala memang asyik pikir nak buat entry baru (wahh..byknye tak update lagi!), nak blogwalking (anda sihat ke? semua ok ke? ape perkembangan dunia luar skg?)..

Lately ni, kalau online pun, sempat bukak fb..check inbox.
Saya tengah cuba sedaya upaya mengatur masa.
Nak menguruskan rumah, keluarga, anak-anak, keperluan, segalanya bukan mudah untuk saya.. (betul tu..saya yang tak berapa nak expert, masih belajar untuk buat yang terbaik.. ('-_-) Kagum dengan ibu2 lain di luar sana yg boleh jalani segala cabaran dengan tenang je..)

Perancangan banyak sangat, nak merealisasikan tu...*kesat peluh kat dahi*
Ok, taknak mengomel banyak.. nak sambung blogwalking mana yang mampu.
Saya akan cuba update sikit2 (tentang family, anak-anak, saya & perancangan, dan lain2 yang asyik terperap dalam draft kepala otak ni.. :p)

p/s: Semoga Allah permudahkan segalanya untuk keluarga kami...Amiiin..


 

Saturday 15 September 2012

McCafe, cafe kat McD...

As salam..

Saya baru tau! Hmm..maybe pernah tau sebelum ni, tapi tak perasan dan tak ambil port nak try.

McCafe kami pergi ni dalam McD kat Sunway Pyramid. Takde la asik nak makan burger je kat McD pasni..
Kami keluar petang..So, petang-petang ni, perut saya lapar la yang amat. Tapi taknak la makan nasi or yang berat-berat. Tibe-tibe my hubby offer nak gi McD. So, ikut je la...dah terbayang burger je. Rupa-rupanya my hubby belikan Muffin dan ice chocolate..
And the taste is..yummy!

Ok la kot.. Coffee? saya tak pandai minum coffee..so, taktau nak komen camne rase cafe kat McCafe..Korang try la. :p

p/s: Hari ni 15/9 tamat challenge myChef.. Saya memang tak sempat nak kejar bilangan LIKE untuk qualified.. :(  Kalau korang rajin, LIKE la sementara date belum tukar jadi 16/9..mana tau miracle saya qualified..syukur Alhamdulillah :p  Nak tolong LIKE tekan SINI

Friday 14 September 2012

Nak buah kiwi yang manis!

As salam...

Korang kalau beli kiwi masam tak? Dulu saya pernah beli sekali, then bila makan sangat la masam tak hengat!
Terus takmo beli lagi.. walaupun kadang-kadang teringin nak makan bila tengok iklan dan warna hijau buah tu yang menawan...~ :p
So, tak pernah la belikan untuk Aleesya.. Tak merasa Aleesya buah kiwi.
Saya dah set in mind, buah kiwi masam, tak semanis rupanya..hahaha :D kesian pada buah kiwi yang tak bersalah itu...

One day, kat rumah my MIL. Masa breakfast tu my MIL ade hidang buah kiwi yang dah dipotong.
Then my MIL pelawa la saya makan..mula-mula memang tak nak sebab dah agak mesti rasanya masam. Tapi my MIL cakap yang ni manis. Tanpa mengecewakan pelawaan my MIL, saya pun korek sikit pakai sudu then rasa... Ya Allah...manisnye! sangat sedap...~ :)
Nak cover keterujaan saya terhadap kemanisan buah kiwi tu, saya suap la kiwi kat Aleesya and Aneesa..
"Aleesya, taste this...manisssss...."
"Ummm..yummy! sedap la mummy..."

Then, saya tanya la my MIL mana beli kiwi manis ni. My MIL cakap kat Giant je..
Saya pun tanya lagi kenapa saya beli masam je..
My MIL pun bagitahu....... "Memang masam.. Dulu pun ibu beli yang dalam hijau ni masam je. Tapi beli hijau jugak..kalau nak manis sikit, beli yang isi kuning tu. Tapi, satu hari ibu beli, ibu lupa nak letak dalam peti ais masa kemas2 tu. Terbiar la kat atas para selama 2 hari.. Tiba-tiba bila ibu teringat tu, ibu cepat2 masuk dalam peti ais. Tapi macam dah lembut sikit.. Esok bila ibu makan...manis je kiwi tu"
Oooooooooo..... panjang 'o' saya time tu..

Kira macam lepas beli tu kena peram dalam 2 hari la...Lepas beli jangan letak dalam fridge.
Mesti korang dah tau kan...saya je lambat tau..hihihi.. :p

Hmm..Memang logik kot..cuma tak terfikir selama ni.. Yela, kiwi mesti la diimport masuk ke Malaysia tu belum masak ranum. Mesti masam2 kelat gitu..
Lepas ni beli kiwi kena peram. :) Tapi, jangan pulak terlupa ada beli kiwi dan ter 'over' peram sampai bonyok kat luar..hihi..

So, sekarang saya baru dapat menikmati rasa kiwi yang saya idamkan pada umur saya 26 tahun..hahah :p
Aleesya dan Aneesa pun dapat merasa buah kiwi. Kalau tak, sampai sudah my kids tak pernah makan buah kiwi sebab saya kata masam dan tak best..hihi ~


p/s: Minta jasa baik korang LIKE pic saya ni.. Dah terdesak..masih tak qualified.Sedih sikit... Esok tarikh tutup.. Klik SINI dan tolong LIKE ye..
Terima kasih banyak-banyak.. :)

Percutian 2012 kami


As salam...

Lama rasanya tak pergi bercuti... Jadi, masa cuti raya yang lepas kitorang mengambil peluang untuk pergi bercuti. Actually, ingat nak bercuti dekat-dekat je, yang penting bercutilah kan.. Tapi, my BIL (abang sulung kepada my hubby) ajak kami join mereka bercuti. Baru la meriah!

Pada hari raya ke-3 tu, kami hantar my MIL and FIL ke LCCT dari Melaka.. Jadi, kami pun terus la pulang ke Shah Alam untuk packing beg pergi bercuti pula.. :)
Ke mana percutian kami?
Penang dan Langkawi!

Ok la...tak mau cerita panjang-panjang.. Meh sambil layan gambar (Gambar pun tak banyak yg diambil... :p)

Sampai-sampai kat sebuah hotel di Penang ni, semua serbu kolam renang dulu..
menghilangkan keletihan badan yang duk dalam kereta sepanjang perjalanan yang panjang.. :p


Baby neck float ni Aneesa punya.. Biasa la, Kakak Aleesya ni bila nampak adik dia pakai, dia pun nak jugak.. Tak sangka ia berfungsi dengan baik untuk Aleesya yang mencecah umur 3 tahun ni. :)
Baby neck float ni untuk newborn hingga 2 tahun. Jika berminat, boleh tengok pilihan di blogshop saya. Yang baru ni lebih berkualiti dan design lebih cantik dari yang Aleesya pakai. (KLIK SINI untuk lebih lanjut).

Then malam, keluar mencari santapan malam di Penang.. :)
Hujan.... :p


Naik train ke Bukit Bendera...
Aleesya la yang paling excited.. First time die naik train. (naik thomas katanya... :p)

Bukit Bendera..


Toy's Muzeum.. Aleesya tidur time ni.. Kejut banyak kali tak bangun.. Dah balik baru bangun. Bila tunjuk pic ni, sibuk die mengamuk nak pegi lagi...haishhh...

Naik ferry dari Kuala Kedah ke Langkawi... Ada peristiwa tak best yang memang tak dapat dilupakan dalam feri ni.. Nanti saya ceritakan kemudian.. Memang pengalaman sungguh. Tengok semua muka pun dah serabai...huuuu


Sampai ke Langkawi.. Sangat keletihan.. Terus rehat di hotel.. 

Tak menahan, siap dinner dalam hotel je. Dah tak larat nak keluar cari makan sebab dah lewat kami sampai ke Langkawi ni.. Dinner yang best, lazat! but the price...gulp! (haha..nama pun hotel kan.. :p)
 
Ok..di Langkawi tak dapat nak luangkan masa berjalan dan bershopping sebab masa sangat terhad. Awal kami gerak ke kembali ke Kuala Kedah semula..

Then, masing-masing dah letih tak mampu nak teruskan drive pulang ke kampung halaman, jadi kami bermalam lagi di Kedah.

Cuti yang simple..Apepun tetap best.. Mana ada cuti yang tak best kan.. :)

Sambung di lain entry insyaAllah..

p/s: Minta jasa baik anda LIKE photo entry saya dalam facebook myChef.. Dah nak tutup sabtu ni, tapi saya belum qualified pun sebab like tak cukup lagi... Tolong ye.. TQ kawan2 sekalian.. nak LIKE sila ke photo entry saya ni (KLIK SINI)

Kid's Pocket Meal post entry.. :)

Wednesday 12 September 2012

Kids Pocket Meals - olahan produk myChef

As salam...



"Dari dalam kotak bertukar ke dalam poket, lebih mudah untuk dimakan si mulut comel anakku.."


Cun tak gambar ni? Inilah hasil dari olahan saya untuk ready meals product from myChef. Banyak lagi pilihan ready meals frozen myChef ni.. Cuba tengok kat Giant, atau mana-mana pasaraya yang ada. Ramai yang dah cuba and review, dan memang tak menyesal memilih kotak myChef ni. :)

Saya guna "Butter Rice Pilaf".. dah pernah beli sebelum ni, dan beli lagi... :)
Kisahnya.....My kids Aleesya ni, sangat suka makan nasi berperisa (nasi ayam, nasi lemak, nasi minyak, nasi goreng, nasi tomato, nasi briyani, dll).. Salah satu nasi yang digemarinya ialah nasi ayam! pernah masak nasi ayam 3 hari berturut-turut sebab Aleesya sibuk minta.. :p "Mummy, Aleesya want nasi yellow colour..." (nasi ayam tu mmg die panggil nasi yellow kaler... :p) Jadi, si ibu ni pun tak mengecewakan anakknya..bila masak nasi ayam tu, bukannya boleh masak sejemput je nasi untuk dia kan..tu yang mummy die terpaksa habiskan 1 periuk! Mummy yang jemu terpaksa telan nasi ayam 3 hari berturut-turut..hahah :D (yela...daddy nye balik nanti untuk makan malam, takkan 3 hari berturut2 nasi ayam juga kan... :p)
Jadi, "Butter Rice Pilaf" by myChef ni memang penyelesai masalah.. it's just perfect portion for my kids and me on our lunch! Really simply delicious... :)
Lagipun, saya memang tak teragak-agak nak beli untuk my kids sebab "no added preservatives or added MSG"
Tinggal panaskan dlm microwave, hidang dengan lauk pilihan, siap!

Kali ni, saya ubah cara hidangan nasi myChef ni.. Idea datang dari Aleesya yang makan nasi kat The Chicken Rice Shop semalam. Aleesya suka makan pie tee TCRS tu..then die sumbat nasi ayam TCRS dalam pie tee..and ngap! Apa-apa je la anakku ni..janji dia makan dan kenyang.. Anak suka, mummy setuju.. :)
Ok, hasil ilham my kids ni, saya pun kononnya nak buat pie tee dan letak nasi tu kat dalam.. tapi takde bahan nak buat kulit pie tee yang crunchy tu.. Jadi guna bahan yang ada je la.. :p

Cara-caranya sangat mudah:
1. Sediakan bahan-bahan isi ikan merah, carrot, timun, kulit popiah, dan nasi myChef.
2. Panaskan nasi myChef dalam microwave (ikut arahan di kotak)
3. Gorengkan isi ikan bagi masak sedikit.
4. Balut semua bahan dengan kulit popiah. (seal kulit popiah dengan sedikit bancuhan tepung gandum dan air, sebagai gam)
5. Goreng hingga kuning keemasan.
6. Siap untuk dihidang. (boleh guna sos cili sebagai pencicah)


It's perfect.. Meals contained 3 main elements (carbo, protein, and vege).. healthy and delicious!
My kids suka finger food yang crunchy as a snack.. This is it.. :)


Sangat simple.. Takpe la..janji saya dan anak-anak suka.. Just share my view..
Korang pun suka? sila lah cuba resepi ni.. Jika sudi, LIKE juga contest entry saya dalam facebook myChef..terima kasih pada yang LIKE :) (nak like klik kat SINI)



Jom, korang pun nak join? ade tiga hari je lagi..end on 15 Sept. Saya pun macam tak layak je nak join contest ni. Tp tak salah mencuba, sambil memeriahkan suasana..:) (tp kalau qualified, then menang.. alhamdulillah rezeki anak-anak..~♥ -berangan je kan! :p)
nak join, klik gambar atas untuk info..or here.

Tuesday 11 September 2012

Di malam raya, potong kek untuk Aneesa :)


As salam...

Ikut surat beranak pula, Nur AneesaEryna selamat dilahirkan pada 18 Ogos 2011, 11:54 p.m. ... :)

Masih segar di ingatan peristiwa kelahiran Aneesa pada keheningan malam Jumaat pada bulan ramadhan tahun lalu... Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. :)
Ok, belum ada mood nak cerita panjang tentang kelahiran skg ni.. kali ni nak tepek gambar Aneesa dengan kek! :)

Aneesa yang sangat comel di mata dan di hati mummy!

Dress ni kakak Aleesya pakai dulu-dulu masa sambut birthday 1 tahun..cuba tengok...sama tak? hihi :p

Simple je.. Aneesa pun tak paham agaknye apa yang berlaku sekarang.. :p


 Maknye dengan kakaknye yang lebih excited pulak! (macam biasa la..hahaha)

Oh ye...kek ni kami letak Aneesa dan Syaurah sekali.. :) Lagipun mereka adik beradik susuan juga, umur pun beza 3 minggu je~♥

Dengan family Syaurah...

Kakak Aleesya yang over excited potong kek!


Actually, plan asal mummy nak Aneesa potong kek dengan Atok (my Abah).. Ye la, masa Aleesya 1 tahun, kami sambut di Shah Alam je, then 2 tahun Aleesya sambut dengan Ummi (my MIL)... Nak bagi atok merasa kegembiraan juga di hari lahir dengan cucunya.. Tapi apakan daya, plan dah bertukar.. Takpe la, tak semestinya hari lahir je boleh potong kek..nanti next time kita potong dengan atok ye.. ("jangan majok ye atok!"-Aneesa) :p

Next month birthday Aleesya pula.. (Aleesya genap 3 tahun ikut kalendar islam pada 19 Syawal yang lalu (6 September, Khamis lepas)...sorry Aleesya, mummy tak sempat nak buat entry untuk kamu... nanti kite potong kek lagi ye..

Mummy doakan anak-anak mummy Aleesya dan Aneesa menjadi anak yang solehah, taat perintah Allah, taat perintah ibu bapa, cemerlang dunia akhirat...Amiiin.




Wednesday 5 September 2012

Candid and pixca sekitar hari raya~

As salam...


Ok...Jom layan pixca sekitar hari raya dulu.~

Haaa....ni skandal lagi. Snap di hari raya pula. Biasala, Aleesya memang dengan Aniq je. Seperti yang pernah di story di entry-entry sebelum ini. (BoyFriend Aleesya, Dating tepi pantai riding horses.. :p)

Aneesa pakai tudung..kejap2 die tarik..hihi.. tp mmg comel la.. :)

Aneesa sayang kakak Aleesya..

Dengan mummy pula..

Syaurah...paling comel! :)

Bukan main lagi anak2 dara ni di hari raya.. :)

Bersalam-salaman yang kelam kabut.. Aneesa dah sleepy time ni~ (-_-)zZz

Posing LAGI!

Buekkk... Ape pesyen posing la ni Aneesa oii..  dah la seperti mualaf pula. (rambut sampai terkeluar-keluar..) hik3...cina masuk islam ke? jepun masuk islam ke? korea masuk islam..? :p

 Juadah hari raya yang sangat lazat!


Big family... tgk Aleesya tu, dah mengesot tak mau dok barisan depan dengan cousin-cousin yang lain..nak jugak kepit dengan daddy..Last2 bergambar daddy dukung je.

Budak paling manja n byk ragam..

Aleesya buat-buat mata..Alahai..susahnye die nak bergambar..
 

Kekasih sejati..dunia akhirat. Amiiin..



Close up!


p/s: susah nak dapat gambar perfect dengan budak2 ni...mcm2 perangai and posing ade..
ni jem sempat upload utk hari ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...