Wednesday 31 October 2012

Kenapa HARUS 1 biji MultiVitamin sehari?? :)

As salam...

Kali ni nak share sebab kita perlukan vitamin. Dulu, saya pun tak pandang vitamin-vitamin ni semua. Tapi, bila symptom2 dah kelihatan bila usia semakin meningkat ni, baru nak ada kesedaran. (Nasib la saya sedar..kalau tak sedar, lagi teruk akan datang agaknye.. :p)Prevention is better than cure... (^_^)

Pernah juga saya kongsikan secara ringkas kat FB. Tapi kali ni nak kongsikan pula info menarik dan penting yang saya terbaca kat blog sususejat.com.
Jom baca.....~
10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari?
1Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.
Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!
Pernah dengar ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.
2Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

3Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.
4Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.
5Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.
6Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.
7 - Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.

8Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.
9Harganya yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?
10Role Model kita
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”).

Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja!

10 sebab yang tersenarai memang tidak dinafikan kesahihannya.. Jadi, ape tunggu lagi. Dapatkan multivitamin masing-masing ye.. ;)
Saya? Saya memilih Vita-Lea Iron Formula sebagai multivitamin. Memang recommended dan berbaloi.. :)
Untuk lebih lanjut, boleh sms/ viber/ Whatsapp saya, 017-226 9327..



Mee Siput dan saya tak boleh dipisahkan.. :p

As salam...

Orang Muar, Johor mesti tau apa tu Mee Siput! :)
Mee siput tu bukan mee pastu letak siput tau! Mee sahaja, takde siput2..tapi mungkin sebab bentuknya dibulat-bulat, macam siput agaknya..heheh.. :p dibuat daripada ape?err..yang ni saya tak sure. Tapi yang pastinya buka dari mee kuning yg buat mee goreng mamak tu. Sebab my atok belah my abah ade buat kat persatuan belia (mengisi masa lapang di usia2 emas.. :p) memang terbaiklah mee siput ni! ;)

Kalau balik Muar je, memang mee siput saya terjah. Kalau kat rumah mak ade stok yang mentah, saya memang bungkus untuk bawak balik Shah Alam..hihi.. Aleesya pun sangat suka. Mee siput ni memang favourite saya dulu, kini dan selamanya.. Banyak kenangan dengan mee siput ni.. :)

Gambar google je..tak sempat nak snap gambar yang real, dah habis licinn.. :p

Mee siput yg digoreng rangup ni biasanya dimakan dengan sambal kicap or sambal tumis/rebus. Memang sedap sangat! Enak juga dimakan begitu saje..

Cuti raya haji, saya balik muar..so, mmg mengadap mee siput la.. Siap bungkus yang mentah nak bawak balik Shah Alam..tapi, mee siput terkandas di Melaka (rumah MIL), goreng terus kat sana..Kruk..krapp...krukk krak..licinnnn! Tak sempat bawak ke shah alam.. ;p

Dulu masa saya kecik2, kerana mee siput la saya terkantoi puasa tanpa sengaja. Habis 1 tin mee siput, baru teringat yang tengah puasa. Dah memang rezeki saya..serius terlupa..hahaha.. :D

Mee siput ni macam-macam hidangan pun boleh. Ade juga yang buat mee siput ni sebagai mee goreng mamak tu.. Kire tak goreng jadi rangup, tapi rebus dulu bagi lembut then goreng la macam goreng mee kuning tu. Rasanya tak sama macam mee kuning biasa..apepun memang sedap.Nanti singgah muar, gi try mee siput ok! :)

p/s: 31 Oktober (hari ni), LAST DAY untuk borong ESP buy 6 free 1! Ade lagi tak yang nak booking ESP harga paling best ni? Serius harga runtuh! ;) Hari lain memang tak dapat dah.. :p Nak tau lebih lanjut or nak booking dulu, sms/ wasapp 017-226 9327 untuk respon pantas k... :)


ESP - Soy Protein Isolate Powder

As salam...

Nak story sikit general info untuk ESP.. -SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN :)


Mostly, dalam setiap set Shaklee ada ESP ni kerana ia penting dalam diet harian kita. ESP merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

**Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
**Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
**Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
**Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Untuk maklumat lanjut, feel free terus hubungi saya. Your PM or sms/whatsapp dialu-alukan dengan jari menekan2 keyboard/keypad.. :p

Zaimah Bakar [Shaklee ID: 889328]
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
SMS/ Viber/ Whatsapp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Kita berikhtiar, Allah yang menentukan..InsyaAllah :)

Credit: my best Shaklee Group

Saturday 27 October 2012

segment bloglist pelangi by myadyna.com

As salam...
nak join segmen dari kak dyna hari ni..
Jom join ramai2.. klik sini


Friday 26 October 2012

Focus bisnes ape?

As salam...

Sempena raya korban ni, saya juga ingin mengucapkan salam aidiladha kepada semua muslimin muslimat... :)
Saya juga tertanya diri sendiri, saya nak focus dalam ape ye? Ye la.,nampak macam2 saya jual..macam tak serius je! ;p Hihi...buat masa ni, saya masih focus betul2 dalam kerjaya sebagai House Manager a.k.a fulltime mommy! :)
Rasa macam2 juga saya cuba jual, sambil2 isi poket utk keperluan anak2 dan keluarga. Mmg tak seberapa yg saya dapat sebab saya tak focus untuk marketing. Buat masa ni, saya cuma promote barang2 yg saya sendiri dah try guna, dan saya suka.. Boleh diertikan juga lebih kurang "I'm not selling, but sharing..." ecehcehh.. ;)

Saya takmo la share benda tak elok, tak best..so, saya guna..saya suka..saya sebarkan.. :)

Contoh setakat ni yang saya dah pernah jual..
#1 Baby stuff (float, dress, etc..)[sini]
Suka sangat bila customer happy dengan barang yg dibeli..pembeli x ramai, tp gembira bila ianya dihargai.. tq dear, u know who u are..hik3..

#2 Cheese powder cheezy2.. [sini]
Saya sendiri suka mkn..dah cuba n sgt sedap. Jadi, nak bg korang merasa kesedapannya..sambil2 nak tolong kwn jual.

#3 ciskek mix... [sini]
Mmg senang sgt! Dan sy dah rasa buat sendiri, mmg marvelous rasanya..sedap! Sy ni x bape pandai nak buat kek..lgpun my hubby x bape gemar kek2 ni. Bila dah ade ciskek mix ni mmg best utk saya..

#4 easy caramel, tepung2 instant..
Yg ni kat fb je..tak done lagi nak buat entry..hik3. ;p

#5 Shaklee ;) [sini]
Saya mmg dah lama nak jadi member Shaklee..sbb sy sendiri guna dan ia betul berkesan utk sy..alhamdulillah, ketika sy first time guna, Shaklee ni salah satu cara sy berikhtiar.. Nnt sy akan share di lain2 entry k.. ;) insyaAllah bagus utk semua juga.. Buat masa ni, saya menawarkan harga hampir serendah harga dealler. Sbb niat di hati lebih kepada sharing kan, bukan selling semata..hik3.. :)

#6 Rempeyek n cakar ayam..
Hahah..yg ni jual kat jiran2 je..ambil stok kat kampung..tapi mmg tebaik lah rempeyek n cakar ayam nyer.. Serius! Jom dtg umah saya kalau nak cuba.. Tak berani nak pos2 takut hancur.. ;p If korang x kesah..boleh je pos..hik3..

Byk kan saya cuba jual2..ni pun ade yg tak recorded..hehe.. Tp semua mmg biasa2 je..poket pun tak penuh2. :p Tp syukur alhamdulillah, saya tetap gembira dengan ape yg saya buat. Saya tetap bersyukur dengan ape yg Allah kurniakan sekarang..dan saya bahagia.

Moga Allah limpahkan kami sekeluarga kesihatan yg baik, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, murahkan rezeki dan sentiasa diberkati dan diredhai olehNya.amiiin.. Saya doakan kalian juga. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan.. :)

Wednesday 24 October 2012

Vitamin C terbaek! :)


As salam...

Vitamin C antara vitamin  paling famous.. Bila cakap je vitamin C, mesti terbayang oren! Padahal, vitamin C pun boleh dapat dari lain2 fruits kan..hik3.. :p

Ok, nak story sikit tentang vitamin C. Vitamin C ni mudah didapati dari kebanyakkan dan buah-buahan. Walaupun mudah didapati, vitamin C ni terlalu fragile...ia mudah musnah pada suhu yg terlalu tinggi. Ape tanda2 bila kita kekurangan vitamin C?

- Mudah stress!
- Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik :(
- Tapak kaki keras dan kasar
- Luka lambat baik
- Mudah selsema (*_*')
- Wajah nampak tua (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen) (-_-)
- Mudah dapat ulcer
- Mudah demam o_O


Haaa..korang ade tanda2 mcm kat atas tu tak? hihi... :p
Vitamin C ni amat penting.. ada yg kata kita tak perlu ambil supplement vitamin C sebab dah makan macam2 vitamin C dalam makanan kita hari2. Yup, it's totally true..makanan seimbang adalah yang paling penting.

TAPI, banyak faktor lain yg menyebabkan vitamin C tu termusnah. Personally, sy juga berpendapat begitu dulu2. Saya mmg susah sgt nak demam, sbb saya mmg cuba sedaya upaya mengamalkan makanan yg sihat dan seimbang (kononnya..haha..sbb tu bdn saya pun takde la gemuks.. :p *terpuji diri sendiri pulak~ ) Masalahnya, walaupun tak demam, simptom2 lain menjelma menandakan sy tak cukup vitamin C ni..hahah :D
Yer2..saya selau stress, kulit x bape nak menawan, nampak lebih matured (haha..tak sanggup nak kata diri nampak tua..matured dah ler.. :p) dan lain2 lagi..
Setelah keinsafan menjelma, saya pun cuba mengambil vitamin C dari Shaklee.. Seriously, mmg banyak perubahan positif terasa.

Ok, dah2..terlebih cerita ttg diri sendiri sudah! :p Berbalik kepada vitamin C.
Banyak pilihan vitamin C dipasaran..mcm2 perisa, mcm2 brand, mcm2 harga. Tapi, pendapat saya pilihan terbaik ialah Shaklee. Kenapa bayar lebih untuk beli vitamin yang ada perisa (kita bayar untuk perisa, pewarna dia sekali tau..menbazir je.. :p). Lebih baik memaksimumkan untuk vitamin C dari Shaklee ni. Tanpa perisa tiruan, perasa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet! :)

Vitamin C dari Shaklee.. Belah kanan tu berwajah baru, Shaklee Sustained Release Vita-C Plus. Harga tetap sama... :)


Apa beza vita C Shaklee ni dengan vitamin C lain di pasaran?
SUSTAINED RELEASE - maksudnya, pelepasan berperingkat dapat membantu menyalurkan vitamin C secara berterusan. (err..paham ke?)
Ok, lebih kurang macam makan sebiji oren untuk setiap jam. Ye la, kalau makan terus sekali 7 bijik oren, terus terhadam semua buang kat toilet kan membazir..tak sempat badan nak serap vitamin yg diperlukan kan.. :p

Banyak lagi kalau nak cerita tentang vitamin C ni..Sambung di lain entry k..

Jika ada kemusykilan, sila2 tanya jangan malu k.. :) saya akan terangkan info lebih detail.

Siapa nak Shaklee Sustained Release Vita-C Plus sekarang angkat tangan! :)

Independent Shaklee DIstributor (ID 889328)
SMS/ Viber/ WhatsApp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

p/s: Jemput Like facebook saya, Zaimah Bakar (Official) untuk info2 menarik lebih cepat dan ringkas.. :)

Tuesday 23 October 2012

Aleesya dan permainan wajib kanak2 perempuan..

As salam...

Entry ni sambungan dari entry Playdate Aneesa & Syaurah yang lepas. Ni nak upload sikit picture dari camera daddy pula..
Masa kecik2 korang main masak2 tak?hehe..saya main juga.. :p
Aleesya ni suka sangat main masak-masak. Saya takde la encourage die main masak-masak sahaja, tak boleh main kereta atau robot. Saya beri kebebasan untuk anak-anak bermain. Aleesya pun main jugak kereta mainan, lori, truck and robot. Cuma, memang dengan semulajadinya apabila dia main masak-masak tu, terserlah keasyikkan dan keseronokkan untuk dia.

Kebetulan, kat playground ni ada set kitchen.. memang lengkap la! Macam kitchen sebenar.. Saya pun teruja sebab kecik2 mana ade peluang nak main masak dengan kitchen comel ni. :p



Imiginasi kanak-kanak tinggi kan. Aleesya duduk main kitchen tu agak lama juga la. Sampai rakan kongsi main kitchen tu bertukar-tukar, tapi Aleesya tetap setia dengan dapurnya.. *agaknya takut hangit masakan dia..hahaha*

Aleesya dengan gandingan Chef Cilik yang pertama..berbangsa cina.. :)


Dengan gandingan Chef cilik kedua...kanak2 india.. (masak kari ka? :p)

Dengan gandingan Chef Cilik ketiga...Boy! Aniq ni tak minat pon.. Jalan2 kehulu hilir tgk aleesya masak ape je..hik3.. :p


Best kalau beli letak kat umah ni..bpleh mummy tumpang main sekali.. tp mahal jugak kitchen set ni kan.. Takpe, takyah susah2, nanti tiap2 minggu kita gi main kat sana je..hahah :D

Aneesa dan diapers..




As salam...

Aneesa jarang sangat kena ruam lampin..boleh dikira bape kali je. Tapi semua tu sebab diapers yang tak sesuai dengan dia. Sejak lahir, Aneesa pakai Whoopee. Masa pregnantkan Aneesa, kami borong pampers kat Baby Expo. 1 beg RM20 je.. Tapi, bila stock dah habis, perlu la beli kat kedai kan. Tapi, tak dapat la satu dengan harga rm20 lagi.. :p Hmmm..Tak semua kedai ade brand ni pula tu.

So, experiment tukar brand diapers Aneesa bermula.. Dah cuba:
PET PET - Tak sesuai
Drypers - Asyik terluka je peha tempat pelekat tu. Sbb peha bam2 sgt ke?hihhi.. :p
Pureen - Ruam

Jadi, berbalik semula kepada Whoopee..rasa macam tak nak teruskan misi pencarian diapers lagi. Lagipun Aneesa dah 1 tahun 2 bulan. Nanti sikit masa lagi nak pakaikan dia training panties. Then, toilet training pula..
Tak pernah lagi saya cuba pakai Cloth Diapers yg famous2 tu..teringin. hmm..mcm tak bape nak mampu invest mula2 nak beli..hihi. Pakaikan lampin kain putih n pin tu je lebih jimat kan.. :p

p/s: Aneesa dah start macam nak berjalan.. :)

Halal Cheese Powder :)

As salam...

Ade yang nak order lagi cheese powder cheezy2 ni? Sempat lagi tak nak pos sampai before cuti raya haji ye?


P/s: Sale..sale.. sy restock banyaakkk cheeeese ni. Dapat harga murah lagik! So, boleh la jual murah kat anda2 semua :) Pm/inbox saya k.. [KLIK SINI]

 

Resepi Cheesecake yg simple.. segan nak share :p

As salam...

Segan nak share, tapi nak buat entry jugak! :p
Actually dah lama jugak buat chessecake ni. Biasanya kalau nak makan ciskek, beli je kat Secret Recipe :)
Lagipun, saya sorang je makan..jadi, cukup la beli 1 slice. Nak buat sendiri pun, dapur lebih berkecah. Nak beli bahan2 pun, bukan boleh buat kek yang khas portion saya sorang makan kan.

TAPI....
Saya terjumpa Cheesecake Mix ni dijual oleh seorang kawan.. Ciskek mix ni produk industri kecil je. So, packaging pun ala2 gitu je la kan..hik3. Don't judge a CHEESECAKE by its cover ok! :)
Saya pun try la.. Lagipun tak de la mahal :)

RUPA-RUPANYA....
Sangatttt SEDAPPP tau! Sebiji macam SR! (hiihi...tu tekak saya la rasa..semua cheese2 ni mmg sy bedal je..favourite!)

DAN....
Sangatt SENANGGGG je buatnye.. tak perlu nak bakar2 dalam oven! :)
Bahan2 lain yg diperlukan pun sangat simple. Takde nak remeh2 nak gi cari bahan.. :p

Ni la ciskek saya:



Camne buat?
Ok...bahan2 yg diperlukan hanya:
1. Cheesecake Mix, 120g
2. Susu UHT, 180ml (1 kotak kecik tu)
3. Biskut Tiger (1 pek kecik) *Oreo pun lagi sedap!


Cara-caranya..
1. Mula2, buat base die pakai biskut tiger/oreo. Hancur/blend biskut, letak butter yg dah cair, then penyek2 dlm loyang.
2. Tepung tu, kita cuma mix ngn air/susu uht.
3. Then, tuang atas base yg buat mula2 tu.
4. Lastly, chill dlm referigerator dlm 3-4jam.
5. Siap! Memang menjadi.. hias la ikut suka dgn toping. :)



Utk 120g ciskek mix ni, saiz cheesecake yg boleh dapat lebih kurang bekas tapaware yg 4 segi biasa tu.. (alaa..bekas jernih mcm taufufa, saiz bekas kdg2 orang jual nasik tu.) tinggi kek dlm 1 inci +.. Just nice utk saya perhabiskan seorang diri! :)

Nanti saya nak buat lagi ciskek. Jom! :)
Saya boleh tolong belikan.. hik3.. :p

P/s: Page "Office" saya baru ade belas2 je yg like..huhuh.. Alhamulillah, ade jugak yg sudi like. Terima kasih ye kwn2.. :) (hmm..perlu tukar page letak nama yg komersial sikit kot..hik3..ye la, nama sy x cukup glemer..haha :D) takpe, hubby kata kuatkan semangat! Jom jengah page sy..  (KLIK SINI)


Saturday 20 October 2012

Playdate Aneesa dan Syaurah :)

As salam...

Tengahari tadi tiba-tiba balik kampung my hubby di Melaka..last minit plan sbb my hubby nak tolong settlekan beberapa hal dgn my kakak ipar.
Plan nak buat entry lain td, tp gambar tertinggal kat pc di Shah Alam tuh..haih.. :p
takpe..citer benda lain dulu.. :)

Tadi sampai2 je kat rumah MIL ni, mereka semua dah nak keluar, bawa family dan anak2 menikmati hujung minggu. Jadi, kitorang yang baru sampai ni apa lagi...harusss followww! :)




Kami pergi mkn n playground kat Dataran Pahlawan.. playground kat situ sgt puas! picture byk snap guna camera daddy. nnt dah transfer, sy upload pic Aleesya dan Aniq pula.. mereka la yg paling gembira sekali.. main sampai betri low!...hik3..

Aneesa n Syaurah dah pandai main bersama..berinteraksi bersama. bila perhatikan dua orang ni, macam dorang tengah borak2 dalam bahasa baby tau.diorg je paham! :)

Ok, nanti sempat online sy taip entry lagi. mood tgh rajin nak story, tp xterdaya nak online sentiasa.. :p

p/s: jom lawat page sy kat facebook ni..jika sudi like la sekali..hik3.. :) tq!
klik sini

Friday 19 October 2012

Alhamdulillah..Aleesya semakin kembali ceria :)

As salam...

Alhamdulillah, keadaan Aleesya semakin pulih dari segi fizikal dan mental selepas kejadian Aleesya injured 3 minggu lepas. (kuku dah tercabut, luka 90% kering.. ).
Kadang-kadang je Aleesya cakap sakit..tapi dah tak nangis2 dah. Aleesya kembali aktif dan ceria seperti dulu.. :)

Malam tadi daddy meluangkan masa bersama bawa Aleesya n Aneesa jalan2. Ke Sunway Pyramid..Tq daddy.

Aleesya lah yang paling happy kan..tak kurang juga Aneesa. Dah pandai dah ekspresikan kegembiraan die..ekspresikan mengamuk pun pandai! :p
Aneesa dah pandai cakap piece bile diambil gambar.. terpengaruh dgn kakak Aleesya la.. ;) tapi tang jari die piece guna jari telunjuk n ibu jari, belum pandai kawal jari yg nk keluarkan..hihi.. :p



Terima kasih atas segala doa acik2, aunty2, uncle2, kawan2, dan daddy untuk Aleesya..

Mummy janji dengan Aleesya nak bawa pergi mandi pool, main sand bila kaki dia dah baik..sebab Aleesya budak baik tak nangis-nangis. Sekarang ni, Aleesya hari2 tuntut.. "Mummy, nanti we go swim yang blue colour, got slide2, got sand ok.. Finger Aleesya dah nak baik dah..sikit lagi.." begitu lah dia hari2..hihi.
Cuba teka, di manakah lokasi yang bakal mummy bawa Aleesya tu?

p/s: i'm  a fulltime mummy, partime busineswoman...harap hati saya cekal dan tabah melalui perancangan terbaru ni. InsyaAllah, moga semua yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak saya..Amiin.




Fulltime Mummy, Partime Businesswoman..lalala :)

Bismillahirahmanirahim...
As salam dan salam sejahtera..

Dengan ini mengumumkan...*jeng..jeng..jeng! :p

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee (ID 889328) di kawasan Shah Alam, Selangor.  :)
Mesti ramai mommies yang dah tahu ttg Shaklee ni kan.. Saya juga salah seorang pengguna dan telah jatuh cinta pada Shaklee ni. *winkwink

Jika berminat serta perlukan supplement semulajadi bagi:
- PENYUSUAN BAYI 
- IBU MENGANDUNG 
- BERPANTANG 
- MASALAH KULIT DAN KECANTIKAN KULIT 
- PENJAGAAN KULIT WAJAH 
- MASALAH BERAT BADAN 
- KESUBURAN 
- SUPPLEMENT UNTUK ANAK 
- ANAK KURANG SELERA MAKAN DAN SEMBELIT 
- ECZEMA/ MASALAH KULIT 

...dan sebagainya anda bolehlah hubungi saya:
# PM - Zaimah Bakar
# SMS/WhatsApp/Viber - 017-226 9327
# Email - zaimah.bakar@yahoo.com

Pembelian boleh melalui saya atau menggunakan ID saya (ID 889328 utk dapatkan harga ahli ☺) di branch berdekatan anda:
Cawangan2 Shaklee:
1. Wangsa Maju, KL.
2. Seberang Jaya, Prai, Penang.
3. Bandar Ipoh Raya, Ipoh, Perak.
4. Taman Molek, Johor Bahru.
5. Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.
6. Luyang, Kota Kinabalu.
**Updated: Mac 2014 - maaf, maklumat tentang anda membuat pembelian menggunakan ID saya (889328) DILARANG. Sila hubungi saya untuk mendaftar sebagai Shaklee Membership yang sah, bagi mendapatkan harga ahli menggunakan ID anda sendiri kelak). :)

Sila inform saya untuk saya guide cara makan :)
Dan anda layak untuk mendapatkan;
1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Penghantaran terus ke SELURUH Malaysia melalui Pos Laju/mana2 syarikat penghantaran yg berhampiran anda dengan hanya charge RM10 ke semenanjung Malaysia tidak kira berapa banyak pesanan anda.
Tidak kira di mana saya berada, yang penting di mana anda berada, order akan di proses seperti biasa :)

#Good health begin with a good nutrition.. :)

Page: Zaimah Bakar (Official)
Harap sudi la jengah dan hit LIKE..tq in advance :)
Hahah..siap ade page official kan..macam artis pulak! Huhu..bukan ape, facebook personal sy kena jd friend baru boleh view..tak semua sudi invite jd friend sy kan..uhuk. :(
Jadi, sy buat la page utk senang di view.. lgpun xde la bercampur gambar n urusan "office" dgn pic2 my kids di fb tu :p
Sy mak budak baru belajar nak buat page..haha :D *terkial2.. :p

Nanti sambung cerita panjang lagi.. :)
Sekian, Wassalam...
 

Thursday 18 October 2012

Birthday Aleesya 3 years Old

As salam...

Entry tertangguh untuk di publish... :p
Selamat Hari Lahir anakku NURALEESYA ELVIRA... :)
Syukur Alhamdulillah.. Dah 3 tahun kamu membesar di dunia ni.. Banyak yang kita dah lalui bersama, dan banyak lagi cabaran dunia yang bakal kamu tempuhi. Agar Aleesya mampu menempuh segala dugaan dan cabaran tabah. Selagi mummy bernyawa, mummy akan sentiasa ada untuk kamu.

Doa sentiasa mengiringi anak-anak mummy, agar anak mummy berjaya dunia akhirat, menjadi anak solehah, taat kepada Allah dan ibu bapa, pembela agama, dapat memberi manfaat, dan sempurna dari segala aspek.

Masih segar di ingatan saat mummy melahirkan Aleesya. Gambar scan disaat Aleesya masih dalam kandungan menjadi kegemaran mummy menatap gambar ni.. Subahanallah.. Sungguh hebat ciptaan Allah, menganugerahkan kamu pada mummy dan daddy.. :)


Wajah-wajah suci Aleesya ketika baru menjenguk dunia... :)

She's 1 year old.. She is tOo adorable for us!

On her 2 yo! with shy2 character on the whole year... ;)

Untuk sambutan hari lahir yang ke-3, tiada planning..kebetulan dan tetap gembira! Celebrate dgn ummi dan nabiha yg sama2 lahir pd bulan oktober.

Bersungguh-sungguh! memang dah favourite Aleesya.. :p Gi harijadi org lain pun die sibuk nak tiup buat mcm besday sendiri..haha :D

Kek Red Velvet.. Sponsored by kakak ipar my hubby. Sangat sedapppppp! masih teringat2 rasanya..harus belajar buat dgn beliau! :p

Hadiah.. :)


Ok,.. nanti update lagi. Mmg byk peristiwa dengan Aleesya ni, sampai tak tercatat kat sini.

p/s: berazam nak update hari2. harap termakbul la.. dah siapkan schedule kononnya. (tp mesti lari jugak schedule sbb tak cukup berdisiplin..hihi :p)


Wassalam..

 

Saturday 13 October 2012

Malang tak berbau - Aleesya injured!

As salam...

Dah masuk dua minggu dah.. Saya masih terasa kesal dengan ape yang telah berlaku. Mungkin tiada apa yang perlu dirisaukan..tapi, sebagai seorang ibu, saya rasa sangat guilty sebab that things shouldn't happen. Apapun, taknak kesal sampai tak boleh pikir nak menyelesaikan masalah, so positifkan diri ingat kemalangan kecil boleh berlaku tanpa kita tahu bila. Lebih baik tumpukan perhatian pada yang sedang berlaku dan precaution seterusnya.

Apa yang cedera tu?
Ok, ibu jari kaki Aleesya je.. Tapi, as a little child, it seems worst enough. Ini pun saya terus berjaga malam (sekarang dah pukul 4.11 am) sebab Aleesya mengerang kesakitan lagi. Actually, hampir seminggu dah Aleesya tak mengadu sakit, tiba-tiba malam ni tak henti dia menangis. Mungkin luka dia dah nak kering, jadi kulit tertarik dan mula berdenyut-denyut.

Teruk sangat ke?
For me, teruk juga..tiap kali nak dressing luka dia, saya pun nak pitam..

Apa yang berlaku?
2 minggu lepas, saya buat bihun sup untuk breakfast Aleesya. Bihun is one of her fav...
Saya letak baki bihun yang dah siap celur dan tos kat dalam mangkuk kaca yang kalau jatuh tak pecah tu, memang kebal mangkuk tu, berat pun macam kereta kebal! :p
Then, after lunch (lunch nasi n lauk lain) tiba-tiba Aleesya kata "hungry la mummy..." Aik? tadi kan baru je habis makan nasi.. Kebetulan adik Aneesa baru bangun tidur. Selalunya saya suap lunch Aleesya n Aneesa sekali, tapi hari tu jadual tidur Aneesa tiba2 lari. Time kakak makan, die tidur pulak.. Jadi, adik Aneesa bangun je saya nak prepare makanan untuk adiknya pula la.. "kejap ye Aleesya..mummy take adik jap."

Tiba-tiba....Kedebubbb! "UwaaAaaaaaa......."
Mangkuk berat tadi jatuh! tapi tak pecah..tengok kaki Aleesya kuku dia dah kaler merah..mangkuk tu jatuh betul2 atas ibu jari dia. Ibu jari Aleesya berdarah dalam. Internal bleeding. Meraung tak henti dia. Panic!
Ok, saya cuba bertenang sambil menenangkan dia..Aleesya tetap mengerang. Memang saya tahu AMAT SAKIT! (Alangkah kalau jari kita tersepit sikit pun berdenyut-denyut tak ingat kan..ni pulak sampai terus serta merta nampak darah dalam kuku, internal bleeding!) Ibu jari kaki Aleesya yang cenonet tu nampak sangat sakit.
(Saya letak mangkuk tu kat kitchen bench..biasanya Aleesya tak pernah ambil makanan kat situ sendiri. Kat meja je die akan ambil sendiri. Paling jauh pun, dia akan ambil kerusi plastic kecik die untuk jengah ape ada atas tu je.. Tapi mungkin kerana sebab dia nak sangat bihun tu, dia tarik mangkuk tu terus yang agak jauh dan tinggi tanpa guna kerusi pun...alahai.. )

Ok, pendekkan cerita..(panjang pulak..korang skip2 je la baca2 ni. Saya just nak buat catatan untuk Aleesya n family in the future nanti :p) Jadi, EXTRA belaian untuk Aleesya sejak saat itu..
Esok petangnya baru bawa pergi klinik. Doctor kata "takde ape.., nanti luka dalam tu akan baik sendiri dalam 3-4 hari..) just bagi cream antibiotik, ubat telan antibiotik n ubat tahan sakit...
 Daddy google tentang kes2 yang lebih kurang, ade yang docter cabut kuku kaki untuk heal luka dalaman tu..tp docter tadi tu kata tak perlu. Antibiotik dah cukup untuk elakkan bacteria membiak.So, tak bernanah and luka akan baik sendiri.

Then, keesokkannya..... keliling kuku Aleesya membengkak. Mengerang sakit jangan cakap la.. Ubat tahan sakit n psyco je untuk kurangkan kesakitan Aleesya.
Dan...semakin membengkak. Macam nak meletop! bengkak tu warna merah gelap..
Weekend keluar jalan-jalan bawa Aleesya. Kurangkan stress dia yang kesakitan tu. Tapi, memang EXTRA care untuk Aleesya. Balik tu, kaki Aleesya terlanggar daddy. Dah bleeding! banyakkkkk...tak henti darah dia. Mummy nak pitammmmm~ SO, daddy uruskan..mummy pantau dari jauh.
Daddy suspek darah yang kotor.. tapi, mummy rasa tu darah fresh! means luka dia kat dalam tu, maybe betul2 kena urat dan darah tak berhenti. Tu yang bengkak semacam nak meletop tu.
Ok, darah tak berhenti..tidur malam tu kaki gantung kat atas. Kurang sikit..time tidur lama2 takde darah keluar dah. Esoknya nak bawa gi klinik lain pula.
But, daddy work. Tunggu daddy balik sebab jaga exam. Pagi tu macam dah tak darah dah. Aleesya pun main macam biasa (tapi tak seaktif biasa la..) Then, bleeding lagi. Nak pitam mummy...~ daddy takde, harus kuatkan diri uruskan luka Aleesya.. Curahhh minyak gamat n gantung kaki dia sambil tunggu nak bawak gi klinik.

Daddy balik je, segera ke klinik..
Doctor tengok..doctor pun ngeri tgk jari Aleesya. Then, doctor selesaikan...
Doctor tekan luka tu, bagi darah yg kat tempat bengkak tu surut. then, letak ubat kuning n bandage.
Pesan dokter, "Luka ni internal. Suppose bila jadi macam ni, pun kena tekap ketat2. Macam kita kalau luka biasa, kita terus tekap kuat supaya darah tak mengalir kuar kan. Jadi, yang ni sebab darah xde tempat keluar, tu yang bengkak semacam."
Oooo..ok dokter. Take note!
Time dokter uruskan kaki Aleesya, daddy la layan Aleesya untuk alih perhatian dia. Kalau saya buat time tu, mesti Aleesya dah meraung. Dengan dokter dia sopan sikit.. Yela, tindakan Aleesya dengan mummy sndiri and dokter/ orang lain mesti tak sama kan. dan..Dokter bg ubat kuning and bandage. Mummy la kena dressing luka aleesya hari2. Pitam!~

Nak letak gambar jari kaki Aleesya yang cedera tu, macam tak mampu je. Saya tengok pic tu pun nak pitam..haha (tak habis2 dgn pitam..nak buat mcm mana, ngeri...tapi, saya kuat!boleh tolak tepi pitam saya ni untuk anak tercinta.. ala2 je nak pitam..) If tepek pic yang berdarah-darah tu, takut korang yang pitam pulak. Saya letak pic kecik yang tak bleeding lagi time tu je la.. :p
Pic bawah dari kiri, jari ibu hari kedua injured; kena bungkus nak bawa ke klinik sebab dah bleeding; ibu jari bengkak tepi kuku.

Huh! terpanjang pulak..
Sampai sekarang, for Aleesya is EXTRA good care, attention, patient, belaian..kesian anak mummy dan daddy ni. Mummy minta maaf ye sayang.. mummy tak sangka perkara macam ni boleh berlaku..

TAMAT!

p/s: Selasa lepas, 9hb Oktober birthday ke 3 tahun Aleesya. Tak sempat nak buat entry tu sebab pic tak transfer lagi dari camera daddy.. nanti update. Wassalam..




 

Wednesday 3 October 2012

CheeZy Weezy Easy dan Yummy!

As salam...

[update 26/11/2013 - Saya dah tak menjual cheezy wedges sause powder ni. :') tapi jika korang betul2 berminat, nanti saya bgtau kat member saya direct]

Suka tak makan cheezy wedges? saya suka sangat! kalau beli mesti minta cheese lebih..tapi, diorang letak takde la lebih mane pun, harga je lebih..hahah..

Korang mesti pernah dengar or cuba cheese powder buat cheezy sendiri tu kan.. Saya ni yang selalu lambat. Pintu hati baru terbuka nak cuba..haha.. :p
Mula2 ingat mcm tak best..ssh pulak nak buat2 sendiri, beli je cheezy wedges yang dah siap kan senang.. (dasar x bape nak rajin kan..huhu)



Then, setelah sekian lama...rasanya nak cuba beli cheese powder. Macam2 jenis saya tengok cheese powder ni..saya beli yang Halal Cheese Powder (HCP). Kire macam yakin tambah la..hahah :D
Halal dan produk buatan Malaysia.. :p


Ok, setelah cuba...serius, memang best! Sebiji rasa macam makan cheezy wedges yang kat KF*. :p
Senang je, tinggal letak air panas... :)

First time saya cuba buat nak rasa cheezy ni, saya buat cheezy fries je (stok fries je yang ade dalam peti ais.. nak potong2 potato nak buat wedges lambat pulak, sbb tak sabar nak rasa..hahah :D)
Selalunya kalau beli Cheezy Wedges, Aleesya tak makan. Saya ingatkan dia tak suka sos cheezy tu. Tapi tiba-tiba....tgk pic ni

Haaaahhhh! Sampai menjilat jari. Plate tu saya nak letak pun die tak bagi. Mengadap cheezy fries tu sorang2.. :p
Oooo..rupanya bukan tak suka sos cheezy tu, die kurang minat dengan potato wedges nyer.. :o

Ok, memang sedap! berbaloi-baloi.. 1 pek 200g Halal Cheese Powder ni banyak...boleh buat banyak kali. (tak payah nak mintak cheese lebih..curah la lebih mana yg kite nak :p)

Tapi ingat, kesihatan perlu dijaga jugak k.. sekali sekala untuk golongan makanan begini boleh la..*ingatan untuk diri sendiri jugak (-_-')

Sape yang rasa nak beli tu, boleh jugak nak beli dengan saya.. email kat greenyfullhouse@gmail.com, or PM kat Facebook saya ZaimahBakar.

Eh..lupa pulak.. Harga Halal Cheese Powder, 200g RM15. (harga ni tak termasuk postage)
Tapi untuk kawan2 blogger GreenyHouse ni, saya bagi special price la.. Kalau nak tahu PM tau, tp mention awak tu kawan blogger saye sbb saye nak bg harge special.. ;)
Dapat la harge kurang sikit dari harga biasa tu..kalau boleh, rasa macam nak bg free je..nak bg korang rasa kesedapannye..huhu.. :p
Ala..takde untung mane pun. Saya pun saje tolong kawan-kawan jual daripada takde buat ape (haha..kate bz kan..yela, sambil2 online ni :p)
 
Nanti update lagi.. Wassalam.. :)



 

Tuesday 2 October 2012

Tiba-tiba saya fobia di atas laut...

As salam...

Fobia? huh! takde la... saya mana ade fobia-fobia ni. Dari kecil saya lasak, main lumpur, panjat pokok, main sungai (ehh..tak, parit je ade kat kampung saya je. Tapi parit besar, air jernih, kira mcm sungai la tu..ahaks! :p) Biasa la, budak kampung...
Laut? tak fobia pun sebelum ni. Tapi, tiba-tiba je.. sebab ape?

Ingat tak saya ade kate peristiwa atas feri masa pergi Langkawi pada cuti hari raya yang lepas?
Sebenarnya...ia betul-betul memberi kesan. Apa yang berlaku? Huahuahua... Saya ingat itu betul-betul hari terakhir saya..*drama*

Ok, macam ni kisahnya....~
Kami gerak dari Penang ke Langkawi, jalan agak sesak..mungkin kerana ramai orang bercuti kan..redha je la redah. So, sampai ke Kuala Kedah dah hampir jam 7. Tiket naik feri memang dah takde katanya kalau lepas pukul 7 tu. Jadi, memang kelam kebut kami semua. Dengan hujan renyai-renyai...macam sedih je cuaca senja-senja tu.
Tiket? yer...dah habis! ala...takkan la nak duk kat pelabuhan tu sampai esok kan? Hotel kat Langkawi dah booked. Tapi, rezeki kami untuk ke Langkawi masih ada. Mereka buat feri tambahan untuk ke Langkawi. Pukul 8.15pm!
Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi dijangkakan mengambil masa dalam 1 setengah jam. Tu pun kire dah lama..ye la, dok dalam feri bukan buat ape. nak menikmati permandangan di lautan pun dah malam, gelap gelita.. :p
Hujan semakin lebat, angin bertiup semakin kencang.. Huru hara kejap dalam feri tu.
Aduhai...hanya Allah yang tahu perasaan ketika tu. Dan, bermula la detik2 yang menyebabkan daku fobia..
Dalam feri memang tak tentu hala semua orang. kami duduk seat depan. Hayun lebih sikit la bila feri kena pukul ombak. Jadi, 'pramugara feri' nasihatkan penumpang semua pindah ke seat bahagian belakang untuk mengurangkan tekanan perasaan ketika feri dipukul ombak kuat. Tapi, Aleesya awal2 dah tidur. Serba salah saya dan my hubby nak pindah ke belakang. Dah la suasana haru, dengan goyang2 feri, ramai manusia berasak2 menyelamatkan diri.. So, kami stay je tempat duduk yang sama. Lagipun, saya pikir banyak kali nak pindah. Nanti kat belakang mesti ramai orang..takde tempat duduk yang strategik untuk saya menyusukan Aneesa..
Sepanjang perjalanan jantung rasa macam nak berhenti berdegup. Ombak kuat tak putus2..feri macam dah terbang je.. Perjalanan yang dijangkakan hanya 1 jam setengah, dah jadi 2 jam ++.. "bila la nak sampai daratan ni...., nanti balik takmo naik feri boleh tak?"
Dalam kepala otak asyik fikir kalau karam, macam mana nak selamatkan my kids..Sy taktau berenang! pinjam pelampung Aleesya n Aneesa ea? :p

Penduduk di sana yang naik feri pun berkata.."Selama kami naik feri pergi dan balik...ni pertama kali jadi sampai macam ni."
Dann....ade yang muntah2 sampai 4 kali...
Saya? maintain je..stay cool..padahal kaki ketaq lemah longlai..hahaha..

Takpe, dah selamat pergi dan balik pun...syukur Alhamdulillah.
Nanti lama2 sikit hilang la fobia ni.. (nak jalan punya pasal, sanggup ketepikan fobia! :p)

p/s: pesanan dari beberapa pihak.. Nak naik feri, prefer pilih yang jenis LADA.. Then, datang la awal kat jeti..xde la naik feri malam2 lagi.. :p

Picture? hmmm..x payah la nak tepek yg kat dalam feri..cukup la letak sikit2 kat entry yang lepas.. :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...