Friday 27 July 2012

Happy 1st Birthday anak susuan.. :)

As salam..

Semalam 26 Julai, genaplah setahun Syaurah..
Selamat Hari Lahir wahai Syaurah! :)

Siapa Syaurah?
Saya pernah tepek pic Syaurah kat entry ni, pic Baby Aneesa sedang main2 dengan baby Syaurah.. :)

Syaurah cousin Aneesa yang sebaya, beza 3 weeks je..(means, lagi 3 weeks Aneesa pula setahun..yeay!)



Syaurah pernah minum susu saya dulu masa baby, Aneesa pun pernah minum sisi my SIL. so, dorang ni memang adik beradik susuan la.. :)

Sempena setahun Syaurah, maklang a.k.a. mummy doakan moga syaurah sihat sentiasa, jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat..maintain cute k syg..love u.mmuah! :)


P/s: kpd pemenang GA, harap sabar jap ye..nnt sy email reply email. Ade prob internet sikit, ni pun tengok tenet pakai phone, x pandai..sshnye... :p


Tuesday 24 July 2012

Hadiah dari Net's Baby Cake!

As salam..

Dulu saya pernah masuk GA Net's Baby Cake from BabyIbu blog.
Nak baca entry GA saya klik sini

Alhamdulillah...saya terpilih.
Hadiahnya dah sampai hari ni!
Sangat cute, sweet, adorable....really like it!
TQ so much Nety!~♥

Ini la dia..... (^_^)
 
 

Menarik sangat!

Hadiah saya dah siap lama dah.
Kenapa baru sampai?
Nety (pemilik Net's Baby Cake) contact untuk beri hadiah.
Excited sangat..ingat nak collect sendiri, sambil-sambil boleh berkenalan dengan Nety yang kreatif ni.
Tapi, apakan daya...asyik tak menyempat saya nak pergi collect.
 Jadi, Nety tolong poskan je..
Tq again Nety! :)

Haaa... korang berminat tak?
Seriously sangat sweet. Macam ada dalam tu..
Nak jugak?
Order la kat Net's Baby Cake!

Jom cuci mata...Kat FB Net's Baby Cake pun boleh.. :)



Daily checklist for Ramadhan...

As salam...

Need daily checklist for your ramadhan?
Selamat beramal...~♥
You need a daily checklist for your Ramadhan. We have made it into a wallpaper for you to put in onto your pc/laptop desktop.


Click to download:
1024 x 768 (4:3)1280 x 800 (16:10)1280 x 768 (5:3)1280 x 720 (16:9 HD)
Also available as posters, cards, stickers, etc.
Original Article

Hati Seorang Wanita...

As salam...

 
 
Layannn..~

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya..

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….

Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,

Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’...



Pemenang GA Simple GreenyHouse..Yeay!

As salam...

Maaf sangat pada anda semua yang sertai GA.
Saya hutang tak umumkan pemenang lagi..maaf ye.. :)

My kids dah tolong tekankan Generate number..
Kita lihat siapa yang bertuah...~ :)

Hadiah utama...
 Pemenangnya:
15, 25, 51

 
Saguhati..
Pemenangnya:
37, 50

Follower bertuah...
Pemenangnya:
23

Sila refer Senarai Peserta utk tgk siapakah milik no. bertuah tu.. :)
Tahniah kepada pemenang.
Para pemenang, sila tingalkan komen atau emailkan details ke greenyfullhouse@gmail.com  ye.. (Nama, Alamat, email address)

Kepada yang tak menang kali ni jangan sedih-sedih..
insyaAllah saya akan buat GA lagi.
Mana tau next time rezeki anda pula.. :)

Terima kasih sangat-sangat kepada semua peserta sebab sudi join..love u all!..~♥


Friday 20 July 2012

Segmen : Nostalgia Ramadhan



As salam...

20 tahun 10 tahun yang lalu (pembetulan - nasib baik mama lydya perasan, silap...bukan 10 tahun lalu :p)  kira-kira umur saya 6 tahun
saya dah berlatih puasa penuh. (means puasa 1 hari penuh...tu pun ada hari2 yang lobang2 lagi la kiranya..hik.3 :p)
Kira ok la.. Abah saya memang tak garang sangat, tapi saya segan la dengan kawan kelas yang puasa.
Ada ramai juga kawan yang masih tak berpuasa lagi time tu, tapi saya nak puasa sebab my family semua puasa kan, tak best makan sorang2 (kecuali adik saya yang kecik lagi time tu...)

1 hari, keluarga Pak Ngah saya datang ramai-ramai ke rumah untuk berbuka bersama-sama.
Saya tinggal serumah dengan arwah nenek, jadi memang rumah kampung yang saya duduk dulu tu tempat berkumpul pakcik makcik semua.
Banyak la lauk pauk, kueh mueh untuk juadah berbuka. Memang meriah suasana tu.

Dan...azan pun berkumandang.
Masing-masing dah baca doa dan berbuka puasa.
Saya...duk tengok je dorang makan. Sedap betul mereka makan...
Dalam hati saya berkata-kata.."Macam mana nak makan ni...saya tak berbuka lagi..."
Tak de sorang pun perasan sekian lama saya duduk sama-sama dengan mereka, tapi langsung tak makan.
Korang tau kenapa saya tak makan lagi???

haaa..meh saya cerita.
Duk semua orang sibuk suap juadah berbuka dalam mulut masing-masing,
tiba-tiba abah saya yang memang perihatin kat anak dia sorang ni tanya..
"Kenapa angah (pangilan saya) tak makan lagi?"

Saya senyum je...then geleng kepala.
Datang kat abah and berbisik kat telinga abah..
"Angah tak baca doa buka puasa lagi, macam mana nak berbuka...tak boleh la nak makan..."
"hahahhahha" ayah saya gelak..
Pakcik pun tanya la kenapa abah gelak..
So, abah pun cerita la ape saya kata..
Semua bantai gelak.. malu juga!huuuu..~ :p

"Takpe angah..baca doa makan biasa pun boleh dah.."
"tak nak..." degil kan..nak jugak doa buka puasa yg 'allahumma lakasumtu..' tu.. :p
"Ok, meh baca dengan abah...

 Ok...dah boleh makan dah!

hihi...saya segan tau. Dulu saya memang lemah bab2 menghafal ni.
So, time berbuka je mesti buka TV sebab TV kan ada baca doa berbuka sama-sama sebelum azan kan.
Time pakcik makcik datang tu, TV tutup..dengar azan kat surau je.
Then, doa buka dorang baca masing-masing je.
So, saya sorang je tak pandai baca doa lagi.. :p

p/s: Saya kecik lagi time tu, dah set in mind nak buka puasa kena baca doa dulu.. :)

Salam Ramadhan 1433H

As salam...

(Nak jugak buat entry ni..hihi)

Saya tak sabar nak masuk bulan ramadhan..
Rasa jiwa tenang je bulan Ramadhan.. :)

Jadi, saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan pada kawan-kawan semua..
Sempena bulan yang amat mulia dan penuh berkat ni, saya memohon beribu kemaafan atas segala salah silap.
Harap pada bulan ramadhan ni, kita dapat memperbanyakkan amalan ibadah :)
Moga kasih sayang kita pada Allah semakin kukuh dan mantap! (^_^)




Movie Ice Age 4 yang Aleesya nantikan..~ :)

As salam...

This is second time Aleesya berjaya tengok movie sampai habis.. :)
First movie yang berjaya, Rapunzel (Tangled).
Kira Aleesya memahami cerita and tak buat hal dalam panggung wayang :)

Masa kecik-kecik, kami pernah bawa Aleesya tengok cerita Shrek..
bantai tido je Aleesya time tu, ye la...kecik lagi die pun tak paham time tu~ ;p
Then, Madagascar pun tengok separuh..and tido..(dgn daddy-daddy tido..~zZzz)

Cerita Ice Age 4 ni best la...tak rugi pergi tengok..
Mummy ni kan pengemar tengok cerita kartun..hahah. So, sudah tentu la semua cerita Ice Age mummy tengok..but, for me Ice Age 3 is the best. :p

Siap beli pop corn combo Ice Age lagi..
Kisahnya beli tiket movie and pop corn tu hari Selasa untuk esoknya.
So, kami pergi tengok movie hari rabu la...
(malam tengok cerita Ice Age Aleesya tetiba tak demam dah...pelik~ tapi, adik nya pulak demam..cane tu?)

Ni pic masa beli tiket je..tak sabar Aleesya nak tengok...



Then, pada hari kejadian tengok movie tak sempat nak snap2..
Sebab datang-datang terus tepat pada waktunya kan..kat dalam dah gelap dah, snap2 pun tak nampak.

Aleesya memang tengok wayang buat macam rumah sendiri!
"Alaaaa...dah die dah tu..ksian dia!" tetiba Aleesya cakap kuat2 time semua tengah senyap. Terkejut mak! :p
Aleesya layan la citer ni, tapi time part fighting2, Aleesya kerut-kerut muka..terkejut-kejut agaknya.hihi..



Terima kasih pada you all yang doakan kesihatan anak-anak saya..
Moga AleesyaElvira dan AneesaEryna sihat selalu..Aminn...

p/s: Sekali-sekala boleh la..tak dapat la nak bawak Aleesya selalu tempat macam tu..~ :p
Lagipun dah nak bulan puasa ni, mesti jarang bawak dia jalan-jalan dah..
Mummy daddy nak duk rumah memperbanyakkan amalan ibadah pula..insyaAllah.. 
Selamat berpuasa pada semua~♥



Senarai Peserta GA GreenyHouse :)

As salam...

Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi join GA GreenyHouse yang berlangsung selama seminggu. 
Hari ni dah tamat dah.
Jadi, sini saya senaraikan semua nama peserta...

1 ) http://www.myadyna.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
2 ) http://inilahcoretankehidupankami.blogspot.com/2012/07/jom-ber-segmen-ga-simple-greenyhouse.html
3 ) Http://sortofcontest.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
4 ) http://winnersjourney.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
5 ) http://budakpendekberblogging.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
6 ) http://anereodacandid.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
7 ) http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
8 ) http://misskpoppers.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
9 ) http://kasihhannah88.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
10 ) http://zafirahzarrae.blogspot.com/2012/07/blog-post.html
11 ) http://erahonlinediary.blogspot.com/
12 ) http://foolishlovevictim.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
13 ) http://ga-contestdansegmen.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
14 ) http://sukahati-fieda.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
15 ) http://nanakimie.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
16 ) http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
17 ) http://mayandhanis.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
18 ) http://mama-lydya.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
19 ) http://applepieicecream.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
20 ) http://cekpipahlifestory.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
21 ) http://gadisbiasebiase.blogspot.com/2012/07/ga-greenyhouse.html
22 ) http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
23 ) http://ummiimandancgl.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
24 ) http://farahfarzanaroslan.blogspot.com/
25 ) http://kisahsinenot22.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
26 ) http://bloomingblossoms-fara.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
27 ) http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
28 ) http://gulahatimama.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
29 ) http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
30 ) http://wanieysqaliefsuka-ga-contest.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
31 ) http://cempakakuningku.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
32 ) http://iwishiwillwin.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
33 ) http://nurfarahfadzil.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
34 ) http://nurputribatrisyasuri.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
35 ) http://menariksanasini.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
36 ) http://dyaygqhairi.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
37 ) http://miszcaah.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
38 ) http://loveyarns.blogspot.com/2012/07/assalamualaikum-everyone.html
39 ) http://intanberliangacontest.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
40 ) http://jaajahatga.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
41 ) http://adichiee.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
42 ) http://faralalalala.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
43 ) http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
44 ) http://sayangkuzie.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
45 ) http://nursaidatulazwaa.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
46 ) http://yummycoklet.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
47 ) http://freebiesuzlin.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
48 ) http://ummuainries.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouse-yeay.html
49 ) http://syu90contest.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
50 ) http://umikasum.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
51 ) http://imvenessajane.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
52 ) http://mcflurylover.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
53 ) http://nurlyla-bloglist.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
54 ) http://storyofmine1323.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
55 ) http://bukandua.blogspot.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html
56 ) http://www.hainomokje.blogsopt.com/2012/07/ga-simple-greenyhouseyeay.html

Ada sesiapa yang saya tertinggal tak? Jika ada, sila inform saya before 5pm today ye.
InsyaAllah esok saya and my kids akan buat cabutan..
Nantikan keputusan GA pada hari Isnin, 23/7/12.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. :)

Thursday 19 July 2012

Fly Away...

As salam...

Nanti nak try cuba cara kat dalam pic ni. :)


Bread Crumbs buat sendiri..

As salam...

Daddy came home dengan beli sosej and roti.. (tak penah beli sosej, selalu beli nuget or ayam drummet je..tu yang pelik..)
Tiba-tiba daddy tanya, "mummy pandai tak buat roti sosej yang goreng dengan telur tu?"
"Wah! enteng saja.." sebenarnya tak pernah buat pun..tapi nampak macam senang je, so dengan yakin kata boleh je.
Daddy sambung lagi.."Hari tu pegi rumah nizam (kwn daddy) tolong betulkan paip tu. Pastu, wife dia buat roti tu.. tapi kan..die goreng ade crunchy2 mcm nuget yg warna oren tu?ima boleh buat macam tu"
Dengan tenang saya jawab "Ooo..tu bread crumbs. Ada beli sekali ke?"
"Takda..tak tau pun tu bread crumbs.."
Halamak! macam mana nak buat yg sama macam yg my hubby makan tu..
Hmm..saya pun tak penah beli bread crumbs.

Fuhhh...Nasib baik saya mengenali and dah join dunia blogger.
Pernah baca beberapa bulan lepas ada buat homemade bread crumbs.
Saya pun tak ingat blog mana saya baca.
Tapi dengan ingatan yang agak2 tak bape nak ingat ni,
masih ingat la mcm mana rupa and nak buat bread crumbs sendiri. :) (ye la...senang sgt kot..tapi rupanya tak seindah bread crumbs yg beli kat kedai.. :p)


So, inilah hasilnya.....



Anda pasti terpedaya dengan pic atas..hahaha
Memang tu hasil yang saya buat sendiri, tapi terpaksa edit kaler pic tu sebab hasil warna yang tak bape nak indah. :p
Tapi, rasanya sebijik sedap!
(menepati citarasa tekak my hubby.. yes, i'm passed! ☺)

Senang je rupanya nak buat bread crumbs.
Korang pun mesti dah tau kan..saya je tertinggal ketapi..adeehhh~ :p

- Roti putih 2 keping di toast sehingga garing (saya guna gardenia tu 2 keping utk buat sepinggan hot dog atas)
- Then, saya masukkan dlm plastik and ramas2 sampai roti yang garing tu hancur..
Jadi la bread crumbs!
rupa dia lebih kurang mcm ni..(google je, tak done nak take pic sendiri)
homemade bread crumbs

Tips saya: Saya goreng siap2 hod dog dan roti dengan telur dulu. Then baru goreng kali kedua dengan bread crumbs (salut roti ngn telur n golek2 kat bread crumbs), tu pun kena goreng kejap je. Sbb cepat hangus..legam la jawabnya.. :p

p/s: Doakan anak-anak saya. AleesyaElvira dan AneesaEryna cepat sembuh demamnya...Amiiin.

Wednesday 18 July 2012

Aleesya Demam - boleh selimut tak time demam??

As salam...

My lil Aleesya demam lagi..
Saya tiba-tiba jadi panic..tak tau dah nak buat apa..
Demam since jumaat lepas, on off demam dia.
Tapi tiap-tipa malam akan bangun merengek-rengek. Suhu dia time demam cecah 40 (maybe lebih sbb kadang-kadang rasa panas sangat..daddy pun kata mcm pegang air teh panas..)
Yes...i really worry. Dah bape kali pergi klinik, macam-macam ubat-ubatan, antibiotik.. semua dah nak habis.

Dah dua malam badan dia mengigil-gigil..
Kalau kanak-kanak demam, kita boleh selimutkan dia ke?
kesian Aleesya, selagi tak selimut langsung tak lena, megerang merengek je..
So, saya selimut kejap, agak2 dia dah lena saya buka..sebab suhu dia akan naik..
Macam mana ye? Korang ada idea tak ape perlu saya buat lagi..

Ni yang saya dah buat:
1. Jumpa ustaz - Done. Pegi jumpa ustaz ishak..mayb lepas ni nak pegi darul syifa' pula..
then nak buat air yasiin sendiri tak done lagi... :p
2. Ubat demam - Dah..
3. Ubat montot - Sentiasa standby kat rumah. masukkan time suhu dia tinggi sangat.
4. Antibiotik - bagi juga..dah nak habis..
5. Mandi - Sentiasa..nak bagi suhu turun cepat.
6. Sponging dengan asam jawa - susah, sebab aleesya takmo.. busuk katanya. lagipun asik alih je, so saya tepek cool fever (tu pun brand guardian..hihi :p)
7. Air barli - Otw nak buat
8. Air kelapa - nanti nak beli

Banyak lagi saya tak tahu..lagipun panic ni..ape pun tak boleh nak pikir.
Korang advise la kalau sudi..sy buntu tiba-tiba...

Hmm...sy tak dapat nak cuti, terpaksa kerja sebab schedule saya penuh berturut-turut.
Kepala saya pen keneneng pening sbb tidur tak betul..huu...~

Doakan Nur AleesyaElvira cepat sembuh ya..Amiiin...


P/s: sy nampak tenang, hati risau teramat sangat! (-_-')

Meh layan pic Aleesya yang excited nak pegi Sunway Lagoon tak jadi 2 minggu lepas tu, sbb dia tak sihat n ramai sgt manusia kat sunway lagoon. So, Sunway lagoon kami jadual dah bertukar..nantikan cerita sunway lagoon di entry-entry akan dtg.. :p

Tuesday 17 July 2012

Hadiah-hadiah yang simple untuk GA GreenyHouse

As salam..

Dah join GA saya? Terima kasih bagi yang sudi join.. :)
Yang berminat nak join, sila la ye..di alu-alukan..

Jom zoom in hadiah GA.
Sebab GA simple, so hadiah pun simple je la kan.. :p

Hadiah utama (worth RM70) x 3 pemenang:
Shawl + Flashlight Earpick + ES Photography Voucher RM50 + Blog Header, customade design

Hadiah saguhati x 2 pemenang:
Garnear Overnight Cream Sample, 10ml + Blog Header, customade design + Flashlight Earpick

Hadiah follower bertuah x 1
Glashlight Earpick

1. Shawl: ada 3 shawl ni.. So, diberi kepada pemenang 3 undian yang pertama.
Shawl ni masih dalam plastik, tak pernah bukak. Dulu saya beli banyak2, tapi tak rajin nak pakai sejak ada anak kecik ni.. Ini antara yang belum bukak. Actually ada lagi, tapi tak tau saya letak mana. Nanti nak kena cari.. dah jumpa boleh buat GA lagi next time.. :p

2. Flashlight Earpick: boleh beli kat ErynaStuff jika berminat. Untuk GA ni, saya bagi free pada pemenang. Tapi, maaf la..sebab saya nak bagi free ialah - kerana ia ada defect/ kecacatan kecil. Tapi still elok and boleh guna seperti biasa. performance tetap ok. Defect tu sekadar calar, or pecah sikit kat bahagian tutup. (tak bape nampak n tak perasan..tapi saya tetap tak sanggup nak jual kalau rosak2 sikit pun.. )
Recommended! :)


3. ES photography voucher RM 50: bagi anda yang ingin buat photoshoot persendirian/ majlis/ maternity apa2 la..
Check dgn ElviraStudio pakej2 yang ada and apa yang korang nak. Then, jika pakej yang korang ambil tu RM 200, korang boleh guna voucher RM 50 tu, hanya perlu bayar baki RM 150 je.


4. Garnear Overnight Cream Sample, 10ml: Sample ni saya dapat masa beli buku kat expo baru2 ni. Tapi saya tak guna Garnier..daripada terbuang begitu saja, baik bag korang.. korang cuba la..kot2 boleh secomel Lisa Surihani nnt.. :)


5. Blog Header, customade design: Actually saya baru nak belajar nak buat header sendiri. Tak kretif mana pun..Simple2 je. Korang lagi pandai kan.. So, sambil practise nak buat header untuk kawan2. Ke...ade yang nak sponsor???hihih..kalau nak sponsor amat dialu-alukan. :) Sy pun tak pandai langsung nak buat doodle2 ni. :p Takat edit2 pic boleh la.. :)
Tgk, header sy pun simple je kan.. :p Boleh la buat header basahan..

Ok tak hadiah2 ni?
Harap you all sudi la menerima kenyataan pemberian hadiah yang tak seberapa ni.. :p
Simple je kan.. Nanti next time kalau ade bajet lebih sikit, boleh la bg hadiah yang best2. :)

Good Luck semua! (^_^)

Monday 16 July 2012

Indoor camping! :)

As salam...

Cuaca sekarang tak menentu di area saya.
Jadi, kalau nak ber'camping', indoor je la..hihi..
Aleesya got her own tent! sangat comel...mummy yang teruja..:p (masa kecik2 mummy teringin nak masuk tent mcm ni tak dapat..huuhu..~)
We buy this tent 2 weeks ago~
Memang dah lama saya cari tent sebiji macam ni untuk Aleesya, memang taknak design yang lain.. (pernah jumpa design lain, hampir nak terbeli sebab tak jumpa2 yang mcm ni..hihi.nasib tak beli yang tu. :p)
Rezeki Aleesya dapat tent yang kami sangat berkenan! :)
Kebetulan, kami nak pergi berkhemah kat Sunway Lagoon 2 minggu lepas. So, beli la tent ni..(tapi tak jadi gi sunway lagoon last 2 weeks..... :( sebab my kids tak berapa sihat and my SIL datang ajak pergi tengok Dinosour Live kat Pusat Sains Negara.. )

Jadi, tent ni duduk je dalam rumah.. (rumah Aleesya dalam rumah Mummy Daddy! :p)
Aneesa pun excited..
Tapi, macam biasa la... Aleesya terlebih excited.
Sleep pun nak dalam tent.
(Malam pun tidur dalam tu, so kitorang letak tilam and kipas duduk tu hala kat dlm tent untuk beri lebih keselesaan pada Aleesya.. )
Lena Aleesya tidur
Best tau duk dalam ni.. saya pun excited! :p
Sebelum masuk rumah Aleesya ni kena bagi salam.. :)

Tengok...aneesa pun excited. Kejap2 keluar masuk.. :p

Aleesya suka sangat :)
Tak sabar nak buat tent masa baru beli..

Harga dia boleh tahan mahal jugak bg saya! tapi berbaloi utk kitorang..
Actually hari first ternampak tent ni tak jadi beli sbb rasa mahal sgt..RM59 kalau tak silap.
tapi 2nd time pegi, terus beli..
Mummy sampai termimpi-mimpi nak beli tent ni..hahahah :D
Beli kat Giant je pun...hik3.. Giant 2 minit dari rumah saya.. :p

Contoh entry GA: GA Simple GreenyHouse..Yeay!

As salam..

Sebelum ni ada saya cakap nak buat contoh entry nak join GA kan?
sori la..hari ni baru sempat nak jenguk blog.
Ahad pun kena gi opis settlekan keje.. :(

Ok, mula2 korang follow la blog2 ni dulu..tau kan nak follow camne.. :p
http://greenyhouse.blogspot.com/
http://elvirastudio.blogspot.com/
http://erynastuff2u.blogspot.com/


Then, korang buat la New Post..
copy je contoh entry kat bawah ni pun boleh..sy dah siap2 letak link. :)
.
.
.
.

Title: GA Simple GreenyHouse..Yeay!

Saya join GA Mummy GreenyHouse.. :)


Nak join jugak?
Klik banner kat atas tu untuk tahu lebih lanjut :)
atau, KLIK SINI.

.
.
.
.
Ok? dah siap Paste? boleh la publish..
Then, korang view post entry yang dah publish, copy link kat url address tu..
contohnya utk url entry ni: http://greenyhouse.blogspot.com/2012/07/contoh-entry-ga-ga-simple.html

link url tu, korang Copy and Paste kat dalam ruang comment GA saya k..
Siap! :)


Thursday 12 July 2012

GA Simple GreenyHouse.. Yeay!

As salam...

Seperti yang telah saya gembar gemburkan, nak buat GA.. (cewah! bunyi macam GA hebat, padahal simple2 je pun..ada tak yang ternanti-nanti entry ni?hahaha :D)
Maaf, banyak benda perlu disettlekan..tu yang lambat saya nak buat enrty GA.

GA gabungan blog GreenyHouse, ElviraStudio, dan ErynaStuff. :)
Anda semua dah jengah-jengah blog tu?
Kalau belum, sila2 la ye.. :)

Cekidaut!


CARA nak join GA ni, mudah je..
1. Follow blog GreenyHouse, ElviraStudio, dan ErynaStuff
2. Buat simple entry title, "GA Simple GreenyHouse..Yeay!" - dalam entry perlu ada:
- banner GA ni, link kan kepada GA entry ni
-link ketiga-tiga blog..GreenyHouse, ElviraStudio, dan ErynaStuff
3. Tinggalkan link entry anda dalam comment entry GA saya ni.

Expired date: Khamis, 19 JULY 2012 (tepat jam 12 malam)

Mudah tak?
Susah? hmm...nanti saya buatkan sample GA saya nak?stay tuned for next entry k..

Nak tahu hadiahnya?

Hadiah utama (worth RM70) x 3 pemenang:
Shawl + Flashlight Earpick + ES Photography Voucher RM50 + Blog Header, customade design

Hadiah saguhati x 2 pemenang:
Garnear Overnight Cream Sample, 10ml + Blog Header, customade design + Flashlight Earpick

Bagi yang rasa tak larat nak buat entry khas untuk GA, pun ade hadiah cabutan untuk yang dah follow 3 blog ni (GreenyHouse, ElviraStudio, dan ErynaStuff)
*Lepas follow tu, tinggal je komen kat entry ni berserta link blog anda, seperti: "Done follow :) http://greenyhouse.blogspot.com"
(means, setiap yang ada link entry join GA pun layak di undi utk hadiah follower ni..kalau dapat grand prize and hadiah follower skali, rezki la kan.. )
Hadiah seorang follower bertuah:
1 x Flashlight Earpick
 
- InsyaAllah, pada hari Jumaat, 20/7/2012 saya akan senaraikan NAMA PESERTA.
- Kemudian, pemenang berdasarkan cabutan undian my kids (AleesyaElvira and AneesaEryna) pada hari Sabtu, 21/7/12.
- KEPUTUSAN, akan diumumkan pada hari Isnin, 23 July 2012.

Selamat berGA!

p/s: Ok, anda semua faham kan?
Next entry saya akan buat contoh entry nak join GA ni..
Nanti saya celoteh story mory tentang hadiah.. :) Stay tuned!

Aneesa sing a Timmy Time song!

As salam...

On Saturday last week, Aneesa buat Mummy Daddy tergelak-gelak.
Apa lagi, keletahnya memang sentiasa buat mak bapaknya gembira..

One of the favourite toons Aleesya is Timmy Time.
Sekarang Timmy Time selalu ada kat Disney Junior Channel.
 Oleh sebab anak pun dah minat, mummy daddy download la.
Then, masuk dalam handphone sekali.
Hmm..hadap la timmy time ulang-ulang..hihi. :p

So, bila kakak dah buka banyak kali, Aneesa tengok je la kan..
Sampai la hari tu, terdengar dia ikut sekali menyanyi Theme Song Timmy Time tu!
Pernah dengar tak lagu timmy time tu? boleh search you tube banyak.. :p


Ok, takda la hebat sangat Aneesa menyanyi.. (tapi, Aneesa tetap hebat untuk mummy daddy.. )
Aneesa baru je masuk 11 bulan umur dia, cakap pun belum pandai..
Aneesa nyanyi pun part sheep tu mengembeeek je..hihi.
But, it's really cute tau! serius.. :)
Tak sempat nak record gelagat dia.
Kami selalu sakat dia, nyanyi la timmy time tu, mesti Aneesa menyambung mengembeeeek!hihi.. :p

Ok, ni saya tepek lirik lagu timmy time tu.
Part Baaaa (mengembek~♫) yang saya bold tu, semua Aneesa mengembek sama-sama.. :p
Lets sing a song Aneesa! ~♪♫♪♫...♥

Timmy Time Song




It's Timmy time!
♪ Timmy, it's Timmy ♫

BAaAaa! <-- (time ni Aneesa pun mengembek sama)



He's a little lamb with a lot to learn




Timmy, it's Timmy

BAaAaa! <-- (lagi!) ♪



He's a handful of trouble at every turn

Timmy leaves the farm, goes out to the world
Trying to be cool he's number one
He joins all his friends on a big adventure
And he's always having such a lot of fun (a lot of fun)




Timmy, it's Timmy

BAaAaa! ♪



He's a little lamb with a lot to learn




Timmy, it's Timmy

BAaAaa!



He's a handful of trouble at every turn (a lot of fun)

Timmy, it's Timmy

♪♫BAaAaa!



He's a little lamb with a lot to learn

It's Timmy time!

p/s: Dapat bayangkan tak kecomelan Aneesa mengembek time lagu ni.
(sambil badan Aneesa goyang2 konon dancing la tu! :p)

p/s lagi: dah join GA saya? jemput la kalau sudi.. :)


Monday 9 July 2012

Intro...nak buat GA greenyhouse ke?



As salam...

Hihi... tak habis-habis lagi kan.
Ingat tak saya ada post tentang nak buat GA kat entry ni..(klik sini)
So, saya memang berhajat nak buat GA. Tapi layak ke?
Comment2 korang pun saya tak sempat nak publish, sori sangat sebab weekend bz
tak sempat nak bw..lagi2 kat rumah tengah takde internet pula..aduhai.. :(

InsyaAllah, nak buat GA kecik2 je..lagipun saya rasa mesti tak ramai yang join.
Ye la, blog saya pun tak ramai yang baca..hihi.
Mummy ♥ my lil greenyHouse
Untuk intro GA saya, saya nak revealed beberapa blog lain yang ada kena mengena dengan GreenyHouse. :)
Blog2 itu adalah..

Ok, sila lah jenguk blog tak seberapa itu. Walau blog tak seberapa, servis tip top tau..hihi.
(blog mmg tak seberapa sbb yang menyelengarakan blog masih baru belajar2 berblog..kih3.. :p)
Sudi-sudi la follow dan terima kasih kerana berikan sokongan.. 

Meh saya kenalkan..blog2 itu:

- SSM Registered company.. main servis adalah fotografi
- macam-macam event Elvira Studio boleh cover..more info, tanya je Elvira Studio
- Main Photographer, is my hubby.. :) Kalau nak lebih fotografer, my hubby akan bawa kawan2 photographer yang join venture.. :p
- Harga sangat berpatutan. Kalau nak korang ade budget sendiri, kitorang buat pakej ikut budget anda juga. :)
- Product lain: album, poster, etc.
- Sebarang pertanyaan, boleh email ke: elvirastudio@yahoo.com
Profile picture

 - Online shop: menjual barangan baby, kanak..etc. Semua barang2 yang menarik, kiut miut, praktikal, serbaguna.. (maybe akan ada juga barang yang pelik2 dan jarang dijumpai.. :p)
- Yang ni, baru je nak beroperasi. Sedang berusaha.. :) banyak lagi tak upload .. :p
- Soon, banyak lagi barang yang akan dijual. Mungkin tak semestinya barangan kanak2 sahaja, juga untuk dewasa..yang pastinya memang menarik :)
- Sebarang pertanyaan, emailkan kepada: erynastuff@gmail.com
atau
SMS: 017-226 9327 (sms sahaja tau.. tengah kerja susah nak angkat call..hik3.)

p/s: Saya akan buat entry tentang GA saya akan datang.. simple je, sebab hadiah pun simple.. :)
Tungguuuu.. ~ (^_^)
"nak settle kerja and bw dulu.. :p"

Thursday 5 July 2012

Pusat Perubatan Islam - Ustaz Ishak

As salam...

Sebelum ini saya ada story tentang Aleesya demam..
Lepas maghrib je terus panas melampau badan dia. (klik sini for read more..)
Oleh sebab kami rasa Aleesya demam tiba-tiba kerana ada unsur-unsur lain (yela..ubat semua mcm tak jalan time tu..) so, we decided to berubat cara islam la..

Tapi, hati-hati la berubat cara islam ni. Biar kita tahu ia betul-betul mengikut cara islam.
Jangan ada pengaruh lain yang songsang.
Jangan main taram je tanpa usul periksa..takut lain hukumnya nanti.
(Berubat kat mana ntah, siap ade keris la, kain kuning la...ish, serik ok! scary....xmo..xmo yg mcm tu ok..) 


(^_^)~
Tempat saya pergi berubat kali ni ialah Perubatan Islam Ustaz Ishak.
Lokasi di Prima Sujana, Kajang. 

Alhamdulillah..
Ni kali kedua saya pergi sana. 
Ayat-ayat Al-Quran dan selawat di amalkan.
Air, garam, lada hitam, dan limau.. (bahan-bahan basic berubat islam)
Tak ada yang scary2 dah..huhu :p
Simple je cara ustaz ni.. Lagipun yang menyembuhkan ialah dengan izin Allah jua.
Ustaz hanya memberi tunjuk ajar dan bantuan.. (ye la, ilmu kita pelajari pun masih sedikit kan.. perlu minta tunjuk ajar dari yang pakar dan lebih arif..)

Wallahuallam..
Semuanya dengan izin Allah..InsyaAllah.
Kita hanya berusaha.. 


Ni info Ustaz Ishak...
 Waktu Perubatan: 
Isnin - Jumaat: 10.00 pg - 1.00 tghari, 8.30 mlm - 12.30 mlm
Sabtu Ahad: 10.00 pg - 2.30 ptg
Public holiday: 10.00 pg - 2.30 ptg

Ustaz Ishak (012-259 4900)

Alamat: A-31-GA, Jln 2/B, Seksyen 1,
Prima Saujana, Kajang Selangor..
(Landmark - GIANT/ McDonald.. tempat ustaz ni shop lot.)


p/s: my Abah pun pernah la ajar saya beberapa ayat dari Al-Quran untuk hindarkan kita daripada benda-benda tak elok ni.. Tapi, saya insan yang lemah..tak ingat! :p Nak balik kampung jumpa my Abah, jauh sikit.. So, jumpa ustaz je la..
Al-Quram memang penawar segala.. Beruntung sesiapa menyelami dengan mendalam ilmu dari Al-Quran ni.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...