Tuesday 25 December 2012

Camera Idaman

Assalamualaikum... Apa camera idaman korang? Saya ada camera idaman..dah lama ia duduk dalam wishlist saya..hikhik.. Tapi sebab ada yang lebih priority, maka ia tetap duduk di wishlist saya. :)

My hubby kan cameraman.. Tapi, saya tak ada la nak jadi camerawoman. Camera idaman saya tu bukan DSLR. Terlalu besar gedabak saya nak gendong. Lagipun, saya kan ada 'alive handbags' yang kena bawa sepanjang masa.. (beg tangan bernyawa = my kids.. :p) Tak cukup kaki tangan pula nanti. Kamera biasa biasa je.. Tapi, ia sangat best! 

Korang perasan tak gambar percutian kat Gold Coast Morib tu? Saya siap bawa kat theme park lagi.. Syok sangat.. Boleh masuk air, lasak lasak, kena baling baling pun takpe! 
Inilah camera idaman saya.. Yang ni saya pinjam je dari abang ipar. :)

Satu hari nanti mesti beli. Tapi, mesti ada yang lebih canggih manggih kan.. :p
Macam saya kata la, saya lebih utamakan yang priority. Camera ni takde pun takpe.. sebab ambil gambar pun banyak pakai henpon je pun sekarang ni :)

Nak tengok specification tentang camera ni, boleh klik sini
TG-320

Dah cuci mata tengok camera, jom cuci mata tengok blogshop saya yang jelita. New entry tentang Breastfeeding moms & Collagen :)

Thursday 20 December 2012

Confused ada banyak blog?

Assalamualaikum w.b.t..

Ok..just a quick update. Saya baru nak panas enjin untuk bw sambil tinggal komen kat blog korang yang ohsem tu... :) Sebelum ni saya amat limited nak guna internet kat PC. Dengan pindah rumah, PC rosak, internet line terputus... Jadi, banyak bw pakai henpon, so mmg sangat tak puas dan susah nak tinggal komen.

Sekarang dalam usaha nak aktif balik kononnya. In shaa Allah... :) Tapi, tak dapat nak pasang enjin turbo lagi.. Banyak komitmen, tapi atas minat yang mendalam dalam blogging (ecehcehh.. :p), saya teruskan jua walau apa rintangan..
Oh yaa.. saya rasa antara korang memang ada yang tahu saya ada beberapa blog (termasuk blogshop, dan blog photog my hubby). Jadinya...kalau saya bw, tapi saya guna ID lain untuk tinggal komen..harap korang tak terkejut lah.. :p Actually kadang terlupa nak logout..kadang leceh nak login GreenyHouse semula. Kadang saya sendiri confused..hahaha :D

Untuk blogshop saya, saya guna ID ZaimahBakar. Ni utk blog yg dulunya erynastuff2u.blogspot.com (wahh...korang perasan tak saya dah tukar domain untuk blogshop ni?? Cun tak?hihii) Sekarang dah jadi www.HealthyBeauty.my



Dan lagi satu ID ElviraStudio utk blog photography ElviraStudio.

Ok..nanti saya update lagi..

Gold Coast..here we come!

Assalammualaikum w.b.t..

Gold Coast Ausie! oHH...bukan..bukan..yang Australia belum sampai lagi..in shaa Allah satu hari nanti kan sayangs sayangsku sekalian.. :)

Gold Coast Morib! Ok la tu.. Dan yang paling happy Aleesya la kan..suka dia dapat berjalan.. Dah lama bertangguh nak bawak Aleesya pergi sana sebab incident kecil ibu jari kaki Aleesya yang lepas. Bila dah sembuh pula, masing-masing sibuk. Takde kelapangan nak bercuti. Jadi, tiket hold dulu.. Nasib baik tak hold sampai expired..

Perjalanan kami bermula pada ahad jam 2 ptg dari melaka terus ke destinasi yang dituju. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Cuaca amat baik sekali tetapi hujan seketikanya sampai disana. Renyai2 jer.

hahaha..skema sikit ayat kat atas yg bold kaler merah tu. My dear hubby yang taip..tengah tengah syok baru nak update blog, tetap ade yang nak join taip taip jugak..ingatkan my kids je yang selalu nak kacau mummy tengah menaip..hikhik.. gurau je sayang.. my hubby nak buat kerje sikit guna pc, jadi saya beri laluan dia guna pc dulu la.. :p

Kita terus layan gambar je la... :)





  






Best tak?? bercuti memang best la kan.. Saya puas hati juga untuk percutian ni. Kalau korang nak pegi, try google google voucher promosi nak pergi sini. Berbaloi ambil time promo :)

Ehem..ehem.. nak selit sikit boleh? Cuba tengok dekat2 muka saya dalam gambar tu.. Nampak tak? kecik sangat? Ok, saya takpe..meh saya letak gambar yg zoom in sikit.. :p

Haa...ni muka bangun pagi tak mandi lagi terus terjun kat theme park.. mesti la tak mekap kan..hikhik. Tetap cun tak kulit saya? :p
Cuaca boleh tahan cerah dan panas.. Saya tak pakai sun block atau apa apa krim protection pun. Alhamdulillah..tak kena sunburn..tak gelap pun. Untuk pengetahuan, saya baru je start consume Collagen Shaklee. Baru 4 sachet tau..belum 1 kotak..belum 8 minggu. Tapi, memang dah nampak kesan yang marvelous! Sekarang memang tak make up dah. Lebih selesa tanpa make up. Paling jauh pun tepek compact powder, eye liner n lip balm je :)
Tak percaya ke kulit muka saya dah ok sikit berbanding dulu? Cuba terjah post entry lama2 saya yg ada gambar tak bermekap (ada ke..? sebab mmg segan nak letak gambar sendiri sebelum ni. Antaranya sebab malu dengan wajah yang tak semengah.. Ok2..boleh tengok post lama yang ni kot, ok sikit.. :p [klik sini])

Bulan Disember 2012 ni ada promosi Collagen. Jadi, memang sangat berbaloilah yang nak mencubanya.. :)
Berminat boleh KLIK SINI.

Saturday 15 December 2012

Cara Buang Malware dalam blog

Assalamualaikum w.b.t.. Patutlah takde yang berkunjung ke teratak Greeny House ni..Takut tengok bayang bayang malware dari jauh agaknya..terus blah je. Ye la..faham..takut nanti encik malware ni nak ikut korang balik pulak kan..hikhik.
(alaa...kalau encik malware tak de pun, bukan ramai pun pengunjung Greeny House ni..hahah :D *masih sedar diri belog tak femes ok :p*)

Ok..korang jangan risau, saya dah 'sepak terajang' bagi encik malware yang tak diundang tu pergi. "Shuhh..shhuuh..encik malware go away!"
Hampir semalaman jugak bersengkang mata pujuk si malware ni pegi..tak jalan gak. Macam-macam cuba..google sana sini. Semua saya cuba. Tak jumpa jugak mana malware tu nyorok.. Ape jenis malware yang bertandang ni??? Lepas subuh, sambung lagi. Berjaya! Alhamdulillah.. *Erk..tiada alasan tak berhapdet blog*

Jadi, mungkin malware semuanya tak sama..Jantan betina tua muda...ye ke? ntah! :p
So, saya punya ni tak tersenarai malware yang dulu dulu kot. Tu yang google google semua cara tak berjaya. 
Maka, saya nak jugak kongsikan cara nak buang MALWARE. Mana tau ada rakan yang terkena malware yang sama. 

Jom kita mula!

First..Saya biasa guna browser Firefox atau Google Chrome. Guna Firefox ok je nak masuk blog. Tapi bila guna Chrome, malware detected! (so, lepasni saya nak guna chrome je..maybe firefox punya pagar tak bape kukuh nak detect malware :p)

Macam ni die keluar untuk blog saya.. Nampak tak En. Malware tu???? Ape ntah yang die nak ambil kat blog picisan saya tu.


1) Ok, mari teruskan.. Cuba klik gambar atas tu untuk tumbesaran. Ok takpe, saya zoom in kan.
Dalam message malware detected tu, ada beritahu link apa yang ada bau bau En. Malware. Tak pasti kalau pakai selain chrome ada keluar message detail macam ni tak.


"Content from www.swfcabin.com, a known malware distributor,..."
kan..kan... haah! tu la nama En. Malware..

2) Copy "swfcabin"

3) Pergi kat DASHBORD > TEMPLATE > EDIT HTML > PROCEED > EXPAND WIDGET

4) Ctrl + F... paste swfcabin tu dalam ruang search... 

5) dah jumpa yang di highlight hijau dalam code yang serabut tu? Ok..part ni saya tak pandai sangat nak ajar delete.. Saya pun lupa nak buat print screen.
Tapi, apa yang saya delete ialah keseluruhan yang ni:

var so = new SWFObject("http://www.swfcabin.com/swf-files/1265483417.swf", "tagcloud", "240", "300", "7", "#ffffff"); // uncomment next line to enable transparency //so.addParam("wmode", "transparent"); so.addVariable("tcolor", "0x333333"); so.addVariable("mode", "tags"); so.addVariable("distr", "true"); so.addVariable("tspeed", "100"); so.addVariable("tagcloud", ""); so.addParam("allowScriptAccess", "always"); so.write("flashcontent");

tips saya nak delete: delete selepas code '>' hingga sebelum '<' kat area malware tu. Cut & paste dulu kat mana2 (saya paste dalam ms word je) Kenapa? takut html code blog error..takde backup lain pulak jadinya nnt.. :p

6) SAVE

7) LOGOUT..pastu CLEAN history, cookies, cache..semua lah. REFRESH.

8) cubalah masuk blog korang..ok tak? Saya cadangkan guna Chrome.. :)

Ok, faham tak..maaf lah kalau tak faham..first time buat tutorial (boleh kira tutorial ke ni???)
Harap ia dapat membantu. Ok, sudah singkirkan virus dan malware dari dalam blog. Bersih dan suci.. :) Jom singkirkan toksik dan segala yang tak perlu dari dalam badan pulak! haha..biar bersih, suci, sihat dan cantik... Jomlah klik sini. ;) <-- Banyak tutorial nak bersihkan dalam badan pulak?? :p

p/s: Banyak nak cerita lagi..tengok malware, asyik tertangguh nak update. Lepas ni kena gagahkan jugak nak update..banyak nak story..dah lama tertunggak ni :p Rinduuu nak jalan-jalan blog korang. Selama ni BW banyak guna gadget..tak puas nak tinggal komen. pakai PC gedabak ni jugak puas hati.. tapi bila duk depan pc, mummy menaip, anak2 pun sibuk nak menaip..alahaiiii.. 




Wahhhh...blog saya ada tetamu tak diundang! En. Malware!! bukan Pn. Tupperware yer..hahah *tak lawak*

Tuesday 4 December 2012

Aleesya dan bakat dalam Painting! :)

Assalamualaikum w.b.t..

Bulan lepas punya cerita..hahahah. Terserlah memang tak update ini belog!
Maaf..saya sangat sibuk menyesuaikan diri. Buat masa ni, saya tinggal di rumah MIL...sekian. :p

Ok, cerita lain dah pula. Bulan lepas, saya ada ke Shah Alam. With my hubby, kids and mil. Tengok keadaan rumah homestay.. (my ex-homeSweetHome.. :p) Then, pergi Empire Shopping Gallery - actually saya nak pergi ambil stok my Shaklee di sekitar situ. Jadinya, my hubby and mil bawa Aleesya round round kat shopping. Saya uruskan kerja sikit.

My Aleesya ada aktiviti baru kat situ rupanya..sangat seronok Aleesya tunjuk hasil kerja dia. Good job dear! Nice one Aleesya.. Jom tengok.. (saya pun terkilan tak dapat tengok secara LIVE first time Aleesya painting dengan colour/ paint ni..tapi takpe, nasib daddy memahami and snap banyak picture untuk mummy hayati kegembiraan Aleesya.. )

 Ni la hasil tangan Aleesya.. I'm proud of u sayang!

Excited...bersungguh-sungguh Aleesya..

 Apron...mengelakkan ter ter ter kena bajuu.. :p
banyak pilihan plaster untuk di paint kan :)

 
Start painting...the angry bird. She is great!

Nama shop tu ialah Plaster Fun House.. Tak silap harga buat tu RM10. Ok kot...ye la, dari beli toys ntah ape2, then sampai rumah buang pun tak guna. This really great. New experience for Aleesya.

Banyak perkembangan Aleesya yang membanggakan mummy. Aleesya dan anak2 mummy yang lain tetap terbaik utk mummy dan daddy! :) Alhamdulillah..

Ok, nanti sambung lagi.. Wassalam..

p/s: korang mesti dah tau bulan Disember promosi shaklee ape kan? Collagen tau! So, siapa yang memang teringin nak berkolagen tu, jom..jom.. Harga memang terbaiklah! :) boleh klik SINI utk info lebih lanjut...


Sunday 18 November 2012

Mana hilangnya greenyhouse..

As salam...

wah..wah..saya macam dah samar samar dalam dunia blogger ni! hahaha.. janganlah! saya masih di sini.. :p

tarik nafasss panjang...luruskan kaki. Ok, saya dah berpindah rumah..tapi buat masa ni, duduk di rumah my mil.. sebab, belum jumpa rumah. tak nak la bila dah pindah barang, kena pindah lagi..huwaaa...penatnyer.. 

Lama tak dapat update blog.. komputer dah masuk kotak!haha.. so, saya hanya sempat jenguk sikit blog hanya guna hp saje..nak tinggal jejak n komen, mmg tak dapat lah,.sungguh mencabar blogger guna hp ni..huhu.
dan..bile komputer dah keluar kotak, sungguh menghampakan...tak boleh on pula! haduhai....jadi, saya gagahkan jua menaip guna henset ni..*tarik nafas lagi...penat taip entry guna henset* (ohh..my dear hubby, nanti tolong fix the pc ye...syg kamu!)

Banyak story nak taip..tp kiv dulu la. hmmm...harap cepat la pc ni ok.
Nak update blogshop Eryna Stuff pun agak terganggu. nasib ade yg buat auto publish dulu2..huhu :p

Nanti sy sambung lagi k.. *luruskan jari menaip..haha*

Wslm... :)

p/s: serius sgt rindu nak berblog mcm biasa... (-_-')

Friday 9 November 2012

Pantai Klebang, Melaka

As salam...

Kalau balik kampung my hubby di Melaka, memang tak pernah melepaskan peluang bawa Aleesya main beach..Pantai Klebang, 2 minit je dari rumah MIL. Ye la, kat Shah Alam mana ade beach.. Paling dekat pun beach buatan kat Sunway Lagoon! haha..takkan nak pergi Sunway Lagoon tiap2 hari kan..Kopak! :p

Walaupun pantai Klebang dah tak ori macam dulu sebab dah kena tambak, tapi keadaan tepi pantai tetap mendamaikan.. Ok, layan pixca Aleesya dan kazen paling rapat..tak lain tak bukan, Aniq! :)







Aneesa geli nak pijak pasir tau! tengok tu..kaki dah terlipat kat atas.. letak lagi bawah, lagi tinggi die angkat..hahah..

Lepas ni bila dah pindah Melaka, boleh la Aleesya n Aneesa gi pantai puas2.. :)
Harap segala urusan penghijrahan saya berjalan dengan lancar..

p/s: now dah open pre-order utk Vita-C. Jom order sekarang.. Nanti stok seluruh Malaysia licinn lagi jangan  kecewa. :p PM untuk keterangan lanjut.. [KLIK SINI]

Tuesday 6 November 2012

Hasrat Aleesya nak naik Thomas train..

As salam..

Cerita dah sebulan lebih, baru nak cerita. Asyik terlupa je nak buat entry ni. ni sementara ingat, terus buat..huhu..nanti tangguh2 lups lagi.. :p

Aleesya tak layan sangat pun toons Thomas tu. tapi, sebab terpengaruh dengan cousin aniq, jadi Aleesya kenal la thomas tu. Sampai towel mandi Aleesya pun Thomas ok.huhu..nak beli princess, Aleesya belum layan lagi bab2 princess ni..

ok, dah tercerita lain pulak..haha. Actually nak cerita Aleesya first time kami bawa naik komuter. Kire ni second time die naik train..yg dulu naik train gi bukit bendera tu.. tp Aleesya tak feel kot, sebab ramai sangat orang dlm tu. 
kali ni, kami bawak naik komuter di hari biasa..orang semua kerja, jadi komuter taklah srndat dengan manusia..
Aleesya memang enjoy lah!







takde tuju kemana pun nai train ni. naik pergi dan balik je..haha.

p/s: pemenang GA Tiba2 haritu, lagi 2 pemenang sila tampilkan diri. Kalau tak tampilkan diri sebelum tgh mlm ni, sy postponed hadiah utk next GA ye.. Then, boleh join lagi..kalau dah rezeki tak kemana..hikhik..

Monday 5 November 2012

Hujan lebat..hujan rahmat...

As salam..

Hujan lebat...guruh dan kilat. Aleesya dan Aneesa peluk je dari tadi, sampai tertidur mereka. Mummy pulak tak berani nak alih, sebab takut tejaga and menangis tak sudah diorang ni takut bunyi guruh.
Saya baru plan nak bawa mereka keluar tadi. Lagipun sekali nak pegi pos ofis. Tapi hujan lebat sangat...risau pulak saya nak drive bawak anak2. Huru hara nanti..jadi, saya batalkan niat nak keluar. Keselamatan penting.. Hubby kerja. hari ni dia busy, so tak boleh ambil waktu die sikit hari ni.
Jadi, minta maaf sangat2 sebab x jadi gi pos hari ni.. cuaca sangat tak mengizinkan.
Tapi..mesti ada hikmahnya kan.. 


"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)." Surah Al-Baqarah, ayat 22.

p/s: masih menunggu alamat dua orang lagi pemenang. Sila beri ya..ke xmo?hihi.. :p

senarai peserta dan pemenang GA tiba2..

As salam..

Setelah check komen dan like kat facebook..yang mana penyertaan ade kedua2 ni, dan menepati syarat2nya..baru penyertaan dikira sah ye..

ok, ade 6 penyertaan yg sah semuanya..

Dan..pemenangnya!


no. 4, 2, 6, dan 3!
ok, update pos adress cepat ye kat komen sini..

then, bg yg x menang or penyertaan tak tersenarai.. janagn putus asa tau..
ade yg lambat bape minit (xpe..nnt join next ga lg tau..jgn la unlike..sedih sy..huu) , ade yang x tersenarai (mungkin masa like kat widget tu, korang tengah x login fb sekali)..
Sangat berterima kasih atas sokongan korang semua..

Saya nak buat GA ringkas lagi..dah jumpa barang baru masa kemas2 nak pindah ni..daripada semua masuk encik tong, baik sy buat ga..kot2 ade yg sudi kan.. :)
nanti sy updet..
wassalam.. 

Sunday 4 November 2012

Saya nak berhijrah..+ GA TIBA-TIBA

As salam...

Actually malas nak buat dua entry.. So, saya gabung je la entry kali ni dua sekali..hihi.

#Saya nak berhijrah...~ :)
Sekarang ni, memang tengah sibuk dalam persiapan kami sekeluarga akan berpindah dari Shah Alam ke Melaka. Yer..pindah rumah. Banyak perancangan yang belum selesai lagi. Cuba untuk buat satu2 agar takde yang termissed. Hampir 4 tahun kami duduk di sini. Banyak sungguh kenangan..Sedih pun ada nak pindah. Tapi, demi kebaikan..insyaAllah. Untuk masa depan.. Kenapa kami berpindah? Panjang ceritanya.. Di lain enrty pasti saya akan ceritakan.
Rumah di Shah Alam ni? InsyaAllah, buat masa ni, perancangan nak dijadikan Homestay. Bermula pada hujung November 2012 ni. Jadi, kalau ade sesiapa nak guna homestay, boleh la contact saya..gerenti puas hati sebab rumah ni memang lengkap segala lah.. Then, dekat dengan kedai2, medan selera, UiTM Shah Alam, pengangkutan awam mudah (bas/teksi), Giant. Takpe..ni cerita kemudian, siap gambar lagik.. Tapi kot2 ade yang urgent nak guna homestay utk konvokesyen UiTM bulan ni kan, boleh deal..hikhik..

Ok, bila nak pindah...mesti lah rumah perlu di'clear'kan kan..time kemas2 ni la ade jumpe segala..~
Banyak benda nak let go.. Ade yg tak pakai lagi pun..
First time saya buat GA dulu, antara hadiahnya ialah SHAWL? Then, saya bagitau yang masih ade shawl baru belum dijumpai kan? Sekarang dah jumpa.. :) dan memang niat nak bagi je kat korang sebab memang saya tak pakai..

Jadi...nak panas enjin GA-GA ni, maka...

#GA TIBA-TIBA...~
Hah! jadilah GA TIBA-TIBA ni.. Senang je.. Tak payah susah2 nak buat entry bagai.. Ape yang korang perlu buat:
1) Like page saya, Zaimah Bakar (Official) - yup, ni page biz saya...tapi, ada juga info2 lain saya update..mana tau ade info yang tibe2 anda perlukan ade pulak saya share kat situ kan. :) Feel free to LIKE..Klik 'Like' kat widget box kanan atas mcm dlm pic bawah ni pun boleh.. :p
2) Just tinggalkan komen kat entry ni, dengan nama FB korang yg like tu. Nanti saya check.. :)

Dah..tu je. Senang kan? Harap ade la yg sudi join.. Total ade 4 Shawl. So, kalau ade 1 komen je, sorang tu konfem dapat lah.. :) Tapi, kalau yang join lebih dari 10 orang, saya akan tambah lagi 3 hadiah misteri..(tak sure lagi.. tapi nanti kemas2 rumah mesti jumpa barang baru lagi..~confirm! :p) Pemenang saya pick guna ramdom no.

Ehh..lupa. GA ni saya open kejap je.
4/11/2012...tamat tepat jam 12 malam..
Then, pagi Isnin, 5/11 saya inform pemenang...
Pastu, pemenang sila update delivery details before 12 tengahari, 5/11/2012 (Isnin)
If sempat, isnin jugak sy pos barang..sebab Isnin saya nak pegi pos ofis nak pos barang, jadi pos sekali hadiah GA. :)

Memang semua tiba2 kan?hihi..
Jika GA ni tak mendapat sambutan langsung, saya akan forward hadiah tu untuk GA akan datang..

Sekian, wassalam..


Aleesya lunch mekdi pree... :)

As salam..

Hari ni Aleesya lunch McD... Uncle fakry belanja! yeay...
Suka la Aleesya, dapat apa yang die nak..toy happy meal pun dia pow..haha.
Yang lain tu, uncle tanya Aleesya nak makan apa..(tak sempat mummy nak bisik kat Aleesya mintak Apple pie!hahah) Tapi, macam biasa la..mummy yang dok perhabiskan semuaaaa.. burpp... Alhamdulillah..
"tq uncle!"

p/s: dah join GA TiBA2 saya? tamat tengah malam ni tau.. sonang jo..jom... ;)

Thursday 1 November 2012

Aneesa dah dapat kaki! :)

As salam...
hihi... Aneesa memang dah dapat kaki yang sempurna sejak dalam perut mummy lagi..
Tapi, Aneesa dah pandai gunakan untuk berjalan, malam tadi!
Wah! bukan main excited dia.. 1 rumah die tawaf bape kali pun taktau malam tadi..sampai nampak dia sangat penat and asyik jatuh je..maybe kaki dah lenguh.tp tetap semangat die nak berjalan lagi! :) Good job Aneesa!

Pagi tadi bangun tido, sambung tawaf lagi..haha..sukanya dia.
Alhamdulillah..Aneesa dah pandai berjalan sendiri. Now Aneesa is 1 year 2 month. Really happy tengok dia membesar dengan sempurna depan mata. Love u baby!


Wednesday 31 October 2012

Kenapa HARUS 1 biji MultiVitamin sehari?? :)

As salam...

Kali ni nak share sebab kita perlukan vitamin. Dulu, saya pun tak pandang vitamin-vitamin ni semua. Tapi, bila symptom2 dah kelihatan bila usia semakin meningkat ni, baru nak ada kesedaran. (Nasib la saya sedar..kalau tak sedar, lagi teruk akan datang agaknye.. :p)Prevention is better than cure... (^_^)

Pernah juga saya kongsikan secara ringkas kat FB. Tapi kali ni nak kongsikan pula info menarik dan penting yang saya terbaca kat blog sususejat.com.
Jom baca.....~
10 sebab mengapa anda harus mengambil 1 biji pil multivitamin sehari?
1Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan
Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika aku katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.
Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru aku ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!
Pernah dengar ungkapan ini, “ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.
2Faktor sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

3Termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.
4Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.
5Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.
6Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.
7 - Tabiat makan memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.

8Tahap penyerapan nutrien yang rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.
9Harganya yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV), mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?
10Role Model kita
Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”).

Itulah dia 10 sebab munasabah mengapa kita memerlukan supplemen multivitamin dalam dietary kita. Buat yang sudah memilikinya, bagus, teruskan amalan mengambil 1 pil multivitamin setiap hari. Buat mereka yang belum, apa yang ditunggu lagi? Setiap rakyat Malaysia seharusnya memiliki sebekalan multivitamin dalam beg tangan (buat yang wanita), beg bimbit (buat lelaki tampan dan maskulin), dan beg sekolah (buat adik-adik yang masih belajar). Semua orang harus memilikinya, dan ia tidak terhad untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan sahaja!

10 sebab yang tersenarai memang tidak dinafikan kesahihannya.. Jadi, ape tunggu lagi. Dapatkan multivitamin masing-masing ye.. ;)
Saya? Saya memilih Vita-Lea Iron Formula sebagai multivitamin. Memang recommended dan berbaloi.. :)
Untuk lebih lanjut, boleh sms/ viber/ Whatsapp saya, 017-226 9327..



Mee Siput dan saya tak boleh dipisahkan.. :p

As salam...

Orang Muar, Johor mesti tau apa tu Mee Siput! :)
Mee siput tu bukan mee pastu letak siput tau! Mee sahaja, takde siput2..tapi mungkin sebab bentuknya dibulat-bulat, macam siput agaknya..heheh.. :p dibuat daripada ape?err..yang ni saya tak sure. Tapi yang pastinya buka dari mee kuning yg buat mee goreng mamak tu. Sebab my atok belah my abah ade buat kat persatuan belia (mengisi masa lapang di usia2 emas.. :p) memang terbaiklah mee siput ni! ;)

Kalau balik Muar je, memang mee siput saya terjah. Kalau kat rumah mak ade stok yang mentah, saya memang bungkus untuk bawak balik Shah Alam..hihi.. Aleesya pun sangat suka. Mee siput ni memang favourite saya dulu, kini dan selamanya.. Banyak kenangan dengan mee siput ni.. :)

Gambar google je..tak sempat nak snap gambar yang real, dah habis licinn.. :p

Mee siput yg digoreng rangup ni biasanya dimakan dengan sambal kicap or sambal tumis/rebus. Memang sedap sangat! Enak juga dimakan begitu saje..

Cuti raya haji, saya balik muar..so, mmg mengadap mee siput la.. Siap bungkus yang mentah nak bawak balik Shah Alam..tapi, mee siput terkandas di Melaka (rumah MIL), goreng terus kat sana..Kruk..krapp...krukk krak..licinnnn! Tak sempat bawak ke shah alam.. ;p

Dulu masa saya kecik2, kerana mee siput la saya terkantoi puasa tanpa sengaja. Habis 1 tin mee siput, baru teringat yang tengah puasa. Dah memang rezeki saya..serius terlupa..hahaha.. :D

Mee siput ni macam-macam hidangan pun boleh. Ade juga yang buat mee siput ni sebagai mee goreng mamak tu.. Kire tak goreng jadi rangup, tapi rebus dulu bagi lembut then goreng la macam goreng mee kuning tu. Rasanya tak sama macam mee kuning biasa..apepun memang sedap.Nanti singgah muar, gi try mee siput ok! :)

p/s: 31 Oktober (hari ni), LAST DAY untuk borong ESP buy 6 free 1! Ade lagi tak yang nak booking ESP harga paling best ni? Serius harga runtuh! ;) Hari lain memang tak dapat dah.. :p Nak tau lebih lanjut or nak booking dulu, sms/ wasapp 017-226 9327 untuk respon pantas k... :)


ESP - Soy Protein Isolate Powder

As salam...

Nak story sikit general info untuk ESP.. -SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN :)


Mostly, dalam setiap set Shaklee ada ESP ni kerana ia penting dalam diet harian kita. ESP merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

**Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
**Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
**Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
**Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Untuk maklumat lanjut, feel free terus hubungi saya. Your PM or sms/whatsapp dialu-alukan dengan jari menekan2 keyboard/keypad.. :p

Zaimah Bakar [Shaklee ID: 889328]
FB Page: Zaimah Bakar (Official)
SMS/ Viber/ Whatsapp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Kita berikhtiar, Allah yang menentukan..InsyaAllah :)

Credit: my best Shaklee Group

Saturday 27 October 2012

segment bloglist pelangi by myadyna.com

As salam...
nak join segmen dari kak dyna hari ni..
Jom join ramai2.. klik sini


Friday 26 October 2012

Focus bisnes ape?

As salam...

Sempena raya korban ni, saya juga ingin mengucapkan salam aidiladha kepada semua muslimin muslimat... :)
Saya juga tertanya diri sendiri, saya nak focus dalam ape ye? Ye la.,nampak macam2 saya jual..macam tak serius je! ;p Hihi...buat masa ni, saya masih focus betul2 dalam kerjaya sebagai House Manager a.k.a fulltime mommy! :)
Rasa macam2 juga saya cuba jual, sambil2 isi poket utk keperluan anak2 dan keluarga. Mmg tak seberapa yg saya dapat sebab saya tak focus untuk marketing. Buat masa ni, saya cuma promote barang2 yg saya sendiri dah try guna, dan saya suka.. Boleh diertikan juga lebih kurang "I'm not selling, but sharing..." ecehcehh.. ;)

Saya takmo la share benda tak elok, tak best..so, saya guna..saya suka..saya sebarkan.. :)

Contoh setakat ni yang saya dah pernah jual..
#1 Baby stuff (float, dress, etc..)[sini]
Suka sangat bila customer happy dengan barang yg dibeli..pembeli x ramai, tp gembira bila ianya dihargai.. tq dear, u know who u are..hik3..

#2 Cheese powder cheezy2.. [sini]
Saya sendiri suka mkn..dah cuba n sgt sedap. Jadi, nak bg korang merasa kesedapannya..sambil2 nak tolong kwn jual.

#3 ciskek mix... [sini]
Mmg senang sgt! Dan sy dah rasa buat sendiri, mmg marvelous rasanya..sedap! Sy ni x bape pandai nak buat kek..lgpun my hubby x bape gemar kek2 ni. Bila dah ade ciskek mix ni mmg best utk saya..

#4 easy caramel, tepung2 instant..
Yg ni kat fb je..tak done lagi nak buat entry..hik3. ;p

#5 Shaklee ;) [sini]
Saya mmg dah lama nak jadi member Shaklee..sbb sy sendiri guna dan ia betul berkesan utk sy..alhamdulillah, ketika sy first time guna, Shaklee ni salah satu cara sy berikhtiar.. Nnt sy akan share di lain2 entry k.. ;) insyaAllah bagus utk semua juga.. Buat masa ni, saya menawarkan harga hampir serendah harga dealler. Sbb niat di hati lebih kepada sharing kan, bukan selling semata..hik3.. :)

#6 Rempeyek n cakar ayam..
Hahah..yg ni jual kat jiran2 je..ambil stok kat kampung..tapi mmg tebaik lah rempeyek n cakar ayam nyer.. Serius! Jom dtg umah saya kalau nak cuba.. Tak berani nak pos2 takut hancur.. ;p If korang x kesah..boleh je pos..hik3..

Byk kan saya cuba jual2..ni pun ade yg tak recorded..hehe.. Tp semua mmg biasa2 je..poket pun tak penuh2. :p Tp syukur alhamdulillah, saya tetap gembira dengan ape yg saya buat. Saya tetap bersyukur dengan ape yg Allah kurniakan sekarang..dan saya bahagia.

Moga Allah limpahkan kami sekeluarga kesihatan yg baik, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat, murahkan rezeki dan sentiasa diberkati dan diredhai olehNya.amiiin.. Saya doakan kalian juga. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan.. :)

Wednesday 24 October 2012

Vitamin C terbaek! :)


As salam...

Vitamin C antara vitamin  paling famous.. Bila cakap je vitamin C, mesti terbayang oren! Padahal, vitamin C pun boleh dapat dari lain2 fruits kan..hik3.. :p

Ok, nak story sikit tentang vitamin C. Vitamin C ni mudah didapati dari kebanyakkan dan buah-buahan. Walaupun mudah didapati, vitamin C ni terlalu fragile...ia mudah musnah pada suhu yg terlalu tinggi. Ape tanda2 bila kita kekurangan vitamin C?

- Mudah stress!
- Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik :(
- Tapak kaki keras dan kasar
- Luka lambat baik
- Mudah selsema (*_*')
- Wajah nampak tua (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen) (-_-)
- Mudah dapat ulcer
- Mudah demam o_O


Haaa..korang ade tanda2 mcm kat atas tu tak? hihi... :p
Vitamin C ni amat penting.. ada yg kata kita tak perlu ambil supplement vitamin C sebab dah makan macam2 vitamin C dalam makanan kita hari2. Yup, it's totally true..makanan seimbang adalah yang paling penting.

TAPI, banyak faktor lain yg menyebabkan vitamin C tu termusnah. Personally, sy juga berpendapat begitu dulu2. Saya mmg susah sgt nak demam, sbb saya mmg cuba sedaya upaya mengamalkan makanan yg sihat dan seimbang (kononnya..haha..sbb tu bdn saya pun takde la gemuks.. :p *terpuji diri sendiri pulak~ ) Masalahnya, walaupun tak demam, simptom2 lain menjelma menandakan sy tak cukup vitamin C ni..hahah :D
Yer2..saya selau stress, kulit x bape nak menawan, nampak lebih matured (haha..tak sanggup nak kata diri nampak tua..matured dah ler.. :p) dan lain2 lagi..
Setelah keinsafan menjelma, saya pun cuba mengambil vitamin C dari Shaklee.. Seriously, mmg banyak perubahan positif terasa.

Ok, dah2..terlebih cerita ttg diri sendiri sudah! :p Berbalik kepada vitamin C.
Banyak pilihan vitamin C dipasaran..mcm2 perisa, mcm2 brand, mcm2 harga. Tapi, pendapat saya pilihan terbaik ialah Shaklee. Kenapa bayar lebih untuk beli vitamin yang ada perisa (kita bayar untuk perisa, pewarna dia sekali tau..menbazir je.. :p). Lebih baik memaksimumkan untuk vitamin C dari Shaklee ni. Tanpa perisa tiruan, perasa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet! :)

Vitamin C dari Shaklee.. Belah kanan tu berwajah baru, Shaklee Sustained Release Vita-C Plus. Harga tetap sama... :)


Apa beza vita C Shaklee ni dengan vitamin C lain di pasaran?
SUSTAINED RELEASE - maksudnya, pelepasan berperingkat dapat membantu menyalurkan vitamin C secara berterusan. (err..paham ke?)
Ok, lebih kurang macam makan sebiji oren untuk setiap jam. Ye la, kalau makan terus sekali 7 bijik oren, terus terhadam semua buang kat toilet kan membazir..tak sempat badan nak serap vitamin yg diperlukan kan.. :p

Banyak lagi kalau nak cerita tentang vitamin C ni..Sambung di lain entry k..

Jika ada kemusykilan, sila2 tanya jangan malu k.. :) saya akan terangkan info lebih detail.

Siapa nak Shaklee Sustained Release Vita-C Plus sekarang angkat tangan! :)

Independent Shaklee DIstributor (ID 889328)
SMS/ Viber/ WhatsApp: 017-226 9327
Email: zaimah.bakar@yahoo.com

p/s: Jemput Like facebook saya, Zaimah Bakar (Official) untuk info2 menarik lebih cepat dan ringkas.. :)

Tuesday 23 October 2012

Aleesya dan permainan wajib kanak2 perempuan..

As salam...

Entry ni sambungan dari entry Playdate Aneesa & Syaurah yang lepas. Ni nak upload sikit picture dari camera daddy pula..
Masa kecik2 korang main masak2 tak?hehe..saya main juga.. :p
Aleesya ni suka sangat main masak-masak. Saya takde la encourage die main masak-masak sahaja, tak boleh main kereta atau robot. Saya beri kebebasan untuk anak-anak bermain. Aleesya pun main jugak kereta mainan, lori, truck and robot. Cuma, memang dengan semulajadinya apabila dia main masak-masak tu, terserlah keasyikkan dan keseronokkan untuk dia.

Kebetulan, kat playground ni ada set kitchen.. memang lengkap la! Macam kitchen sebenar.. Saya pun teruja sebab kecik2 mana ade peluang nak main masak dengan kitchen comel ni. :p



Imiginasi kanak-kanak tinggi kan. Aleesya duduk main kitchen tu agak lama juga la. Sampai rakan kongsi main kitchen tu bertukar-tukar, tapi Aleesya tetap setia dengan dapurnya.. *agaknya takut hangit masakan dia..hahaha*

Aleesya dengan gandingan Chef Cilik yang pertama..berbangsa cina.. :)


Dengan gandingan Chef cilik kedua...kanak2 india.. (masak kari ka? :p)

Dengan gandingan Chef Cilik ketiga...Boy! Aniq ni tak minat pon.. Jalan2 kehulu hilir tgk aleesya masak ape je..hik3.. :p


Best kalau beli letak kat umah ni..bpleh mummy tumpang main sekali.. tp mahal jugak kitchen set ni kan.. Takpe, takyah susah2, nanti tiap2 minggu kita gi main kat sana je..hahah :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...